Saturday, May 29, 2004

pengantin popular

semalam cik talamubi mengikut kawan ke kelas aerobic. first time for me actually. comment: lagu best2! tapi tak cukup tiring. kind of kecewa jugak mula2 sebab belum pun meloncat sakan sekali dah warming down. tapi since yang datang semalam tak ramai, pengajar tu ajar kami buat senaman lantai. ala2 untuk dapatkan perut yang kempis gitu. results: aku senak bagai nak rak...

esok kawan satu mrsm kawin. rumah nya kat area sini je, so kalau takde aral InsyaAllah kami sampai ke umah pengantin esok. malam ni kakak kepada suami cik talamubi buat kenduri. anak dia duaorg nak bersunat. ramai jugak saudara mara yang dijemput. saudara mara dari kajang pun turut datang. tapi kami tak boleh nak balik sebab cik talamubi kena prepare utk presentation.

tadi mak ngah cik talamubi call. 'kau kat mana ni??? mak ngah kat kuantan ni' rupanya mak ngah attend majlis pertunangan sepupu cik talamubi di kuantan. sorang lagi anak pak long akan naik pelamin tak lama lagi. mak ngah sebab mintak alamat nak pos kad kawin. 'datang ye dengan suami kau, jangan tak datang pulak. datang awal sikit. datang jumaat ke'....ooo, datang tu dah sah kami akan datang InsyaAllah. perkahwinan popularlah katakan. semua org expect macam tu. wedding ayiq, sepupu cik talamubi ni sah grand. hari tu sms chu cik talamubi, bertanyakan dia attend tak wedding ayiq...dia jawab dalam smsnya ' mestilah pegi, pengantin popular gitu'....masalahnya aku rasa pengantin tu takdelah popular pun kot sebab sepupu aku takdelah glamer gitu, tapi for sure mak dia akan menglamerkan dia hari tu. takleh nak imagine majlis ayiq...sah dah berbulan2 mak ngah buat preparation. mak ngah cik talamubi ni high class sikit. rumah dia pun pernah masuk majalah anjung seri. so nampaknya cik talamubi pun kenalah buat baju baru utk melaram di hari muka tersebut...jangan dia kata ada warna tema sudah..mampus aku

nak gi supermarket jap lagi. beli kelapa parut. better off now!

Monday, May 24, 2004

the cute natasha...

i am currently busy preparing slides for one-day course that will be held next week. me, Dr k and Dr a are organizing a one-day-course on CL and PBL. I'm a novice of course, not like the other two Drs. I was suprised when being invited by Dr K to join her conducting the course. She gave me my topic last Wednesday, and give me another topic on Saturday. To prepare one is quite a trouble for me, and now I have to prepare slides for 2 topics! At first, I was quite excited actually because this will be my first experience giving talk to others instead of being one of the audience (thats my normal practice). We only offer 20 seats. Its a first come first serve basis and we were expecting juniors to register. Somehow, unfortunately, last Saturday, we received one reservation from junior and another seven form the big bosses. Among the big bosses are dean and head of departments and a few other senior lecturers. Ya Allah, matilah aku! since saturday, all the excitement has gone, replaced by scary, not confident feelings. Its ok, focus talamubi, focus! what i need to do now is to complete preparing the slides, looking for more relevant papers, extracting good content from related websites that I found and Dr K gave me. Then, by next week, a day before the course, I'll decide wether I'll move forward and take the challenge to give the talk and conduct the course, OR, pretending I am sick, looking for any clinic that sells MC cheaply and chickened out. as long as the materials are prepared, i'm sure i can convince Dr K to deliver the materials for me in the course. (can't i?)....

I was amazed by this new website my friend gave to me this afternoon. cant stop clicking on the icon on the website until now. i was so impressed with the website and natasha's mom too! (natasha is the girl's name-from the website).
after reading and browsing this website, i suddenly found myself ready to be a mommy. 'are you real???'...err, i'm not pretty sure myself though. its not the matter of ready to be a mom or not, i guess thats beyond our will, itu kan semua rezeki dan kuasa Allah yang menentukan. it just that, since got married i never got so excited over reading something about a baby or a kid until this afternoon. well, maybe its the website that make me feels that way. well done and tq to natasha's mommy for making me feel this way about a baby or a kid. :)...anyway, guys, i recommend you all to go to the website. go to the milestone icon and you'll be totally amazed!

http://www.geocities.com/natasha1607/

i tried making karipap last saturday. making the inti on the evening and making the pastry from 10 pm to 2.30 am. gracious! my husband was very proud of me. tq :). tq to cik kieli for being a good and reliable cooking teacher actually. it works although there were some parts when I almost putus asa and was-was, jadik ke idak ni??? awat tepung ni tak boleh kepal?? bape kilo majerin lagi aku nak kena letak ni??? finally all the hard work paid when dr k and her hubby said 'waa sedap, lembut je pastry dia' when they tasted the karipap. i guess the pujian sebab 1) nak amik hati kot, takkan nak cakap tak sedap pulak depan org yang membuatnya....2) because my beloved hubby spilled out to them that i make the karipap sampai 3 pagi!...memalukan sungguh...:)

i went to sai's wedding yesterday in kota tinggi. best sebab makan nasi minyak dan siap dapat tapau lagi. mak dia bagi. segan sebenarnya but since diaorg dah bagi, kebas jelah. petang lepas asar, me and hubby went to dr k's new house. impressive! berbaloilah renovate sampai 100k sebab bilik air pun macam hotel. they even have a small graden in the house with a green-house concept. ada walk in closet (that impressed me most!)...siap boleh jalan2 dan menari dalam closet tu. bestnyaaaaaa....

ok gotta run! nak tengok website natasha lagi. cant help thinking of her cute face. she's cute because she's a mixture of a malay and an australian. her mommy is a malaysia and my friend said to me this afternoon 'cuba kau tanya suami kau, mak natasha tu budak batch dia ke kat mrsm dulu??? sebab muka that woman is so familiar'...ok nanti aku tanyakan kat. :)

Thursday, May 20, 2004

sesi luahan hati...

isnin malam cik talamubi dan rakan2 dipanggil bermesyuarat. mesyuarat macam biasalah, check minute and so on..but there was an interesting thing remarked made by our beloved p******. 'saya perasan satu bende lately, korang ni macam ada simpan rahsia dari saya. korang ni tahu tentang sesuatu tapi korang cuba rahsiakan dari saya ye?' lebih kurang gitulah kata2nya malam tu. 'ha, mana cik tammy???' kami jawab...'takde apanya, bila kita sebut nama seseorg tu, korang buat muka. ada yang pandang atas lah, ada yang lukis katun...' heheheh, tak sangka cik tammy sensitive orgnya. bende sekecik tu pun dia boleh perasan. 'ok malam rabu ni kita buat perjumpaan khas untuk bincang perkara ni.' cik tammy cakap....lepas cik tammy balik, kami berlima berbincang. sapa lagi kalau bukan the five of us, ahli kumpulan puteri mawar berduri gitu...'takkan cik tammy tahu kot pasal ni??? nak bagitau dia ke tak nak???' we asked each other. and last nite perbincangan berjalan dengan lancarnya. kerigidan kami utk mula2 tak nak spill a word about that guy akhirnya runtuh jugak dengan kepandaian cik tammy lead us utk spill out all the story. ternganga mulut kami; mulut cik talamubi, mulut abang us, mulut cik z, mulut kak a, kak d and kak n termasuklah mulut cik tammy sendiri mendengar pengakuan masing2 malam tadi. bila berkongsi cite dan pengalaman hampir 2 jam malam tadi, semua tak sangka yang that guy we are talking about is so that tooottt...people with a very bad attitude and immoral behaviour is so unacceptable kat tempat kami bekerja tu. kami pun takdelah that 'perfect' tapi at least tak melanggar dasar2 kemanusiaan gitu. it was good and fun talking to cik tammy malam tadi since he is so understanding and nice and sporting and etc :)...

oo gottago. ada kursus. last session petang ni. malam ni keputusan American idol. i go for diana. orr..fantasia??? ehmm not sure but one thing for sure not jasmine. hihi :)

Monday, May 17, 2004

bertemu radhi oag

saturday

ding dong..first time after about a month, loceng rumah tu berbunyi. ingatkan sapa..rupanya maksu wa and her dear friend. maksuwa made a plan - dinner, the three of us; me, her and cik kieli malam ni. ok no problem. by noon, receive an sms from cik kieli about the dinner...she suggested: tgif...ok tgif, here we come!

petang tu, cik talamubi dan suami visited ecah. its been about a month since i last met her. she is still the same, kurus...i made cekodok pisang for her. lepas visit ecah, we went to BJ. beli limau nipis (utk buat air), barli (utk buat air lagi), asam boi dan gula merah. niat awal nak beli gula merah je sekali merapu2 beli bende lain. gula merah tu utk buat bubur. yesterday we bought durian kat TU. dah teringin sangat. akhirnya jumpa. puas hati betul. sebijik tu kami reserve utk buat kuah durian. makan dengan pulut atau lempeng masin....

at 8, cik kieli fetched me and maksu wa. Alhamdulillah parking senang kat tgif tu. sampai kat sana, kami diberi menu. tiba2 ada sorang mamat datang, mengejut terus melutut kat meja kami..'opocot mak kau!' terkojut den...entah dari mana dia strolling...'hi saya j****, waiter anda hari ni' macam tulah lebih kurang dialognya malam tu...'takdelah, kau bukannya jamal, kau ni radhi kot, radhi oag tu, yang nyanyi selambe yaya kau berpoya poya tu' dalam hati cik talamubi cakap. sebijik rasanya muka waiter tu ngan radhi. cik kieli and maksuwa pun cakap bende yang sama. rasa2nya ketinggian dia pun sama, because he is not that tall. socik talamubii order apple juice, banana juice plus apa entah utk maksu wa and refill coca cola utk cik kieli. and for appetizer, kami order nachos.

minum air dan makan nachos tu saje dah cukup mengenyangkan...tobat, kenyang betul. nasib baik cik kieli suggested kami order 2 main meal je. so kami order mushroom chicken apa entah and surf and turf (or the other way around???)...best sebab ada shrimp besar2 gitu...balik tu, kami singgah di d**** bay, naik cho cho train and buat rancangan program hati ke hati...we had a fun nite

sunday

skip breakfast and terus lunch. menu: ayam goreng, bayam masak air + ubi, telur dadar and terung bakar + kicap cili. telur dadar tu cik talamubi masak style mak uda cik kieli. tutup ngan tudung periuk. hasilnya: memang naik gelembung telur dadar tu. macam kat kedai....terbukti teori yang diajar. tengok final piala thomas at nite...kesian jugak kat denmark sebab rasanya they had a chance to win thomas cup for the first time in histroy (betul kan???) malam tadi but they didnt. tapi tak kisahlah china ke denmark, yang penting bukan indonesia..kekee..bukan dengki ye, cuma kasi canlah kat org lain sebab Indonesia dah dapat thomas cup 6 kali berturut2 since 1992 masa malaysia won the cup kat kuala lumpur...teringat lagi peristiwa masa kecik2 dulu. cik talamubi ni memanglah peminat fanatik badminton. masa thomas cup kat kuala lumpur 1992 tu, menjerit sakanlah menyokong pasukan negara. bila malaysia menang, terus menjerit dan berlari sampai keluar rumah. sekali abang2 bujang kat sebelah rumah tu tanya..'malaysia menang ke dik???' waa malu aku, tapi takpelah, masa tu pun baru form 3. tapi sejak malaysia dah tak juara sangat (ada ke istilah tu???), cik talamubi pun dah kurang tengok...busy pun salah satu sebabnya sebab form 4 dah masuk mrsm, tv pun payah nak tengok. kalau kat umah tu anytime nak pasang tv pun boleh.

dah pukul 12...oppsss belum punch card pagi ni. jatuhlah standard aku kalau punch card at 12...takpe, solution: punch card balik kang, dalam pukul 5 gitu. nampaklah dedikasi sikit...*wink*

Friday, May 14, 2004

memory...

visit cik kieli's diary for almost hundredth time today. no update...weii, cik kieli, bila nak update??? :)...click on SS's diary. and here i am, still in fornt of my pc after almost 2 hours (straight), reading her diary and chem eng online journal alternately. the problem is, i read the technical paper for 1 minute before i realized that i am again, reading SS diary for the next 15 minutes. it was fun reading her diary. congrats to u SS!...i've heard about SS from cik kieli almost 2 years ago (or more???) but i never had a chance to meet her. and now, after reading her diary (i've read all the entries by this afternoon), it seems to me that she is a very familiar person. not by the look (as i never met her before) but familiar in term of her 'kegila-gilaan'. when i read her diary, i feel like reading mine when i was in UK. biasalah kalau dah kat UK tu, sikit sebanyak xtvt2 harian tu are almost the same. especially when she mentioned about 'pegi pasar beli pisang'. dulu kat UK, samalah. asal gi pasal beli pisang. tak pun epal. mana taknya, the fruits there are so damn cheap compared to here. and that mixed emotion she had, i was experiencing it too when i was in uk. keep wondering, 'am i good enough and smart enough to do this???' it keeps bugging my mind especially time nak hantar report and assignment. i heard many people said..'ala, study kat UK senang je, sapa2 apply pun boleh masuk'...yes, u are rite in term of that kemasukan punya thing. i have to admit, UK universities memang business and money oriented. they are relying on the foreign students because we pay them a lot. alot means ALOT! however, part yang 'senang belajar' tu its not rite. ask anybody else who did their post grad there). i'm not talking about the undergrad. ask cik kieli or etc..these universities (especially the high ranked U - top 5), they are very strict in passing their students. they dont give a damn if you have to go back to your country without any cert. if u are not qualified to pass then thats it. you have to resit for the exam or etc. there's no mercy. i've learnt a lot when i studied there. and the experience, i just cant get it anywhere else. the fun, the challenge, the happy, the sad, the lonely moments that I experienced when i was there had turn me into a more mature person (at least, mature for myselflah, utk org lain maybe masih tak mature2 hehe)...and that 'rindu' feeling that i had to my mak, abah, sister and brothers and not to forget, my better half masa tu, it was killing me. i guess, since we are 'jauh di perantauan', so all those feelings asyik datang to us.

tapi semua tu tinggal kenangan, a wonderful memory that will never be forgotten...to SS, nice reading your diary. happy writing and u know what, nice shoe! ada sale tak masa tu?

kawin punya cite...

cik talamubi dan rakan2 k**** terkejut besar sebab dalam mesyuarat baru2 ni, kami diberi kad jemputan kawin. rupa2nya one of our collegue nak kawin minggu depan. terkejut semua org..bukannya sebab apa, tapi tak dengar langsung kabar2 angin mengatakan dia akan menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat ni. bertunang pun takde dengar berita..tapi what the heck, tak bertunang pun boleh kawin, ye tak??? waaaa, tak sangkaaanyaa..bertambahlah lagi ahli k**** yang bergelar isteri tak lama lagi...

'talamubi, aku hantar kad jemputan nanti. aku kawin 30hb ni, kau datang ye!' sms dari kawan baik masa di mrsm dulu. kami deskmate for 2 years. rapat, and masa cik talamubi kawin pun, dia datang all the way from jb bersama tunangnya. kali ni mesti bayar balik. dahlah rumah dia kat tampoi je. melampau kalau tak datang. memang dah lama looking forward nak attend kenduri dia. congrats ila!

'alamat kau apa? nak hantar kad jemputan kawin' satu lagi sms diterima malam kelmarin dari kawan belajar sama masa di UK dulu. inamaz nak kawin....waaa tak sangka aku mamat tu!!! memang dah termasuk dalam kumpulan wajib kawin pun mamat tu, sebab gatal semacam je aku tengok.heheheh..anyway congrats inamaz. pelik jugak mengingatkan cite inamaz ni. pasal masa kat UK dulu memang heboh yang mak dia hanya nak menantu dari negeri yang sama. pernah jugak inamaz bercinta dengan gadis negeri lain, tapi beria mak dia mengamuk. last2 bertemu jugak dia jodoh dengan gadis luar. jauh pulak tu..hehe...tulah, kalau dah jodoh, sapa boleh menghalang, ye tak??

cik talamubi ke pejabat pos pagi tadi. masa tengah berurusan dikaunter, ditegur oleh junior masa di mrsm. walaupun kami jarang berjumpa tapi kami memang ingat each other. dia jeling2 ke arah suami cik talamubi. 'sah nak bergosip ni' dalam hati cik talamubi mengagak. 'kak talamubi, bila nak kawin???' hehehe, there u go..i told you....sah tengok laki aku, diingatkan bf ke...'daaahh, tu suami aku' cik talamubi explain....'laaaa tak jemput pun' teriak dia sambil menepuk2 cik talamubi. ' ha ha, tak kena jemput' sampuk mamat yang post office yang tengah sibuk buat keje tu....sabar jelah mamat tu, mengeruhkan keadaan sungguh...'bukan tak jemput, tak sempat hari tu' hehe cik talamubi memberi alasan. mana taknya, jumpa nya sekali setahun, alamat dia pun kita takde, hp no semua maklumat takde, mana nak redah???

hari ni lagi canggih dari semalam dan kelmarin. bawa bekal bahulu dan mamee je...semakin 'advance' nampaknya menu cik talamubi akhir2 ni...

Thursday, May 13, 2004

iron chef

cik talamubi buat sandwich sardine pagi semalam untuk breakfast. pikir2 mula2 nak buat nasi goreng ke, mee hoon goreng ke, tapi bila bangunnya pun taklah seawal mana, so yang paling cepat dan ringkas is sandwich je. lepas tu bergegas ke fak sebab ada forum dari pagi sampai tengahari. call dr R kerana dia suruh jumpa dia at 11 but terlupa yang sampai noon ada forum. 'takpe, u datang at 2.30 then.' dia kata...

forum tu memang best. beneficial dan makan2nya pun best jugak. tapi cik talamubi makan sikit je. sebab risau gak makan banyak sangat lately. lepas balik dari jepun kelmarin pun, cik talamubi ajak suami ke jusco. pandang ni teringin, pandang tu teringin. beli coklat, aiskrim, biskut, etc...'Ya Allah, macam org kebulur bini aku'....suami cik talamubi cakap...hehehe..nak kata kebulur tu takdelah, sebab kat jepun, makannya cukup..bukan saje cukup malah berlebih2 rasanya, mengalahkan di malaysia. nasi lemak, karipap, kek coklat, mee hailam, roti canai, bla bla semua dapat makan kat jepun. cuma rasa macam mana yek...ala2 melepas geram gitu, sebab kat jepun, nak beli food ni memang jauh sekali. mahalnya bukan main. so bila balik sini, nampak aiskrim RM 7.00 baru berapa yen...so menggila lah beli itu ini di jusco kelmarin.

by 4 pm, selesai mengisi 3/4 borang upp baru. projek baru but not mine. my collegue's dr k. but since dia ada beberapa lagi borang lain nak diisi, so i helped her to fill in one form. bukan buat free, but since she put my name as her researcher dalam hampir semua projeknya, so y not...dr k memang generous, langsung tak berkira. lucky to have a collegue like her in the fac. so boleh jadik role model gitu dalam research and studies.

jumpa dr R at 2.30 as promised. bawak pen dan buku as backup kot2 ada bende nak jot down (tapi rasanya tak de apa2, nak tulis apa pulak ye tak?). rupanya dia nak bagi duit. my first consultation punya fee. dr R ada company sendiri, so hari tu dia ajak buat keje2 consultation dengan dia (me only as a small punya consultant). memang masa mula2 buat tu, cik talamubi anggap bende ni macam research work, buat utk dapat experience and exposure. sekali, semalam dia bayar, siap beresit. cik talamubi tolak jugak sebab segan. kejenya tak seberapa, tak patut dapat payment rasanya. tapi dia kata 'amik je, this is for u'. Alhamdulillah. terharu pun ada. waaa!!! cover duit tiket shinkansen ke jepun hari tu. terima kasih dr R for being so generous. semoga Allah murahkan lagi rezeki dr.

balik keje petang tu, terus ke HP. carik pasal sebab tahu dah, kalau ke HP mesti terbeli cd. kali ni bukan sekeping dua, sampai 40. cite bersiri gitu. cite korea. sampai 40 episode. hantu betul cik talamubi ni. baru tadi duit masuk, tak sampai setengah jam, duit dah keluar semula. nak buat macam mana, kalau dah chem eng tu, mesti life nak kena involve mass balance ye tak? kalau ada yang masuk, mesti ada yang keluar. tapi ni masalahnya mass balance yang menyusahkan diri sendiri. waa!! dahlah gaji pun lambat lagi. so bertaubat. lepas ni nak duduk rumah je diam2. takde dah berfoya2 ke sana sini...waaa!!!

pagi ni, breakfast punya menu pun simple jugak. cekodok pisang. kawan dekat rumah balik kampung baru ni. banyak pisang family dia kasi. so dia kasi cik talamubi 3 ikat. pisang tu memang dah masak sangat, so pagi tadi buat jemput2. tambah kelapa parut sikit and garam sikit nak menambahkan rasa lemak. maa kat jepun hari tu, berpeluang belajar dan menyalin macam2 resepi. dengan kek tunanya, puding rotinya, kek coklatnya, karamelnya, karipap pusingnya, tapi menu cik talamubi tetap cekodok pisang, esok kot2 cekodok kentang....bila entah nak beranjakan paradigma. alatan memasaknya toksah cakaplah, kalah iron chef. dengan apron barunya, semua dibeli di jepun. tapi kalau cooking practise tak berubah2 jugak, sia2lah nampaknya pelaburan yang dibuat. takpe, weekend ni ke kita cuba buat salah satu resepi tu. cuba tu memang means cuba, or experimenting in another words. sebab cik talamubi ni kalau part masak2 ni memang takut betul, entahnya jadik ke idak...bantai jelah, kalau tak cuba, mana tahu jadik ke tak, ye tak??? so talamubi-can....berusahalah! HAIT!!!!

Tuesday, May 11, 2004

jepun oh jepun...

baru mula keje hari ni. semalam dah sampai ke johor bersama cik kieli. hajat di hati nak ke opis dalam pukul 3 petang. akhirnya sampai ke malam tak pegi2. mana taknya, excited menunjuk barang2 yang dibeli kepada suami tersayang. impress terlopong mulut suami aku tengok barang2 dapur yang canggih2 dari jepun. the same word comes out from his mouth 'kreatif2 betul orang2 jepun ni' tulah ayat yang asyik keluar dari mulut cik talamubi dan cik kieli masa pegi ke 4 kedai membeli belah terhebat didunia semasa kat jepun tu (;))...

nak cite dari mana ye??? too much to tell after almost 17 days. baru nak tulis 'sila rujuk diary cik kieli untuk liputan lanjut tentang tour di jepun'. sekali baca diary dia, dia pun harap cik talamubi dalam keadaan rajin nak mengupdate. memang nak sangat cerita tapi bila dah banyak sangat, dont know where to start. tapi cik kieli dah cite some of it especially pengalaman manis dan berharga (berharga beribu2 yen) di akihabara. pengalaman di disneyland, tokyo dome etc, kyoto dan lain2 nampaknya kena tunggu dalam esok lusa (boleh kan cik kieli?;)). i hope by that time kita boleh baca banyak cite kat diary cik kieli. cik talamubi tengah terblur like sotong lagi ni sejak balik. dengan suami pun tak bercerita2 lagik. maybe sebab banyak sangat nak cerita, tak tahu nak cite macam mana...

manage to bagi souveniours kepada 4 org sahabat di fak. tak banyak sangat cik talamubi beli barang2 sebab duit dah tak cukup. itupun cik kieli pinjamkan 1000 yen kat sana. yang geramnya kat sana banyak kedai tak terima credit card. berlainan masa di korea. kedai buruk pun accept credit card. so as a result, terpaksa beli sikit je agar memadai dengan duit yang tinggal...sedih sungguh...

ramai jugak di fak menegur tadi 'dah balik??? bila balik???' hairan jugak cik talamubi sebab rasanya kat fak ni yang tahu 3 org je termasuk ketua jabatan. tak kisahlah tu. dr r tanya dalam mesyuarat pagi tadi 'mana pegi, lama tak nampak?' 'ke jepun' cik talamubi jawab pendek. 'fuiyoo, bape lama?' dia tanya lagi. '2 minggu' cik talamubi jawab. 'pandai cakap jepun ke?' dia tanya lagi. 'tak reti langsung' cik talamubi jawab....'pegi bape org?' dia tanya lagi. '3 orang, semua perempuan' cik talamubi jawab.'''kagum, kagum, memang impress gila' dia jawab...kekeke..ye ye, bukan kau je impress, aku pun sama2 impress. ni pun macam tak percaya, kami 3 orang survive di negara matahari terbit tu selama hampir 2 minggu (with 1 full week of berjalan sendiri2) without knowing satu pun full sentence of japanese language. yang kami tahu 'susimasen...' :)

macam2 pengalaman. pengalaman yang tak boleh nak dibeli. berharga sungguh. berbeza masa pegi berjalan di UK sebab kat sana semua org pandai berbahasa inggeris. di paris pun, walaupun org2 nya tak suka english dan mostly hanya tahu cakap french tapi still better than japanese yang memang tak tahu langsung berbahasa inggeris. dr r tanta kemudiannya, 'habis communicate macam mana?' cik talamubi jawab ringkas 'guna isyarat tangan' bukan saje tangan, kalau boleh kaki, kepala semua nak diguna. payah sungguh nak menyatakan hasrat dengan org yang tak paham sepatah haram apa kita nak cakap. waaaaaaaaaaaaaaaaa, survivor all star kami kat sana.

time to go. kejap lagi ada meeting. gambar belum dicuci. transfer ke komputer pun belum. nak kena tukar2 file dengan cik kieli. anyway, cik kieli, maksu wa ajak berkaraoke weekend ni. remember, karaoke yang dia pernah cite tu. yang murah tu??? amacam? dia habis final sabtu ni. bila lagi kita nak menyumbangkan suara untuk tanahair, ye tak???

dah pukul 2...ciao!