askum semua, shillama? (dah makan ke belum)? idoklah tujuan cik talam menanyakan dah makan ke belum tu sebab nak membelanja korang makan, tapi sebab kalau ikut culture org beijing, first thing to ask kalau jumpa orang is, shillama? (dah makan ke belum?)...tak kiralah kalau masa kita tanya tu, orang tu memang tengah dok mengadap makan nasik ke apa ke, kena tanya macam tu jugak...ia merangkap apa kabar sekalilah tu sebenarnya.
cik talam ke beijing bermula 20/6-27/6 baru2 ni. penat sungguh. pening kepala. sakit kaki pasal jalan banyak sangat. kami bertolak dari klia pukul 12.30 malam. sampai pukul 6.30 pagi di beijing. cuacanya perghhhh, panas sungguh. panas kering gitu. baca kat internet weather is around 26 deg C. haa amik ko. padan muka. sekali menurut tourist guide kami, miss aliah weather hari yg kami sampai tu ialah 40 deg C. panas kering, bukan panas lembab macam di malaysia. berbahang rasannya.
selesai urusan bag dan imigresen, kami melawat tempat yang pertama iaitu Summer Palace. luas betul kawasan istananya. menurut sejarah, palace tu dibina untuk ibu suri yang takutkan panas. ala2 puteri lilin lah kot kalau kat malaysia ni. selesai di summer palace kami ke kilang mutiara (pearl). pearl kat sana bukan pearl laut (air masin) macam di sini tapi pearl air tawar (dari tasik). cik talam pun terpikat dengan satu bracelet tu, lalu ku belillah seutas. lunch dan dinner sepjg di beijing adalah di restoran2 muslim. mula2 semuanya sedap. lepas 2-3 hari, mak aiii. macam takleh terima dah tekak ni. pasal rasanya saaamaaaaaaa je. sayuran rasmi: timun. aku heran betul, takde ke sayur lain korang ni selain timun timum timun. ikan pulak, tak tahulah apa namanya ikan tu tapi sejak hari pertama sampai nak balik ikan yg sama je. sampai kami dah hafal dah muka ikan tu.petang lepas check in. solat dan rehat sat, kami tengok acrobatic show, cukup mengagumkan. malam tu berehat lepas dinner pasal esoknya nak jalan banyak.
HARI 2: breakfast di hotel. menu: telur rebus, nasi goreng cina, roti, jem (yang student2 aku salah anggap, dianggapnya sos cili maka telah dicicahnya mereka jem itu denga telur rebus, susu, teh cina dan kopi susu). start dengan kilang jade dan sutera. berminatlah gila aku dengan gelang jade macam org cina selalu pakai tu tapi mak aiii mahal nak mampus. murah lagi dr malaysia tapi ratus2 gaklah harganya. itu yang betul2 oroginal lah. yang tak ori ada, RM15 pun ada tapi tak syiokk aaa. lepas tu kami di bawa ke kilang ennamel (pasu2 cina tu). makan di restoran best. siap ada tempat solat restoran tu. lepas tu kami bertolak ke GREAT WALL. very impressive. kagum betul aku dengan buatan org cina zaman dulu. panjang great wall tu adalah sebanyak 6750 km. dari kawasan gunung turun sampai ke tepi laut. hebat2. cik talam dan kawan2 seangkatan apa lagi, menebeng kat tepi tangga great wall tu je. tak panjat pun. kenapa? gayat babe. so kami menebeng jelah kat bawah tu sambil melawat gerai2 dan menjamu mata. lepas tu kami ke kilang ubat luka terbakar. tak beli pun. buat penat je makcik kilang ubat tu buat demonstrasi siap bakar2 tangan dalam api. satu pun kami x beli.
HARI 3: breakfast kat hotel. menu: sama je seperti semalam cuma nasi goreng tu diganti dengan udon goreng. hari ni sepanjang hari xtvt ke universiti. 1)central u of fin and econ (cefu). memang enjoy lah lawatn ke cefu tu. students dia gila2. wakil kami buat 3 performance (zapin, kuda kepang dan dikir barat). depa pun buat 3. diaorg punyalah impress ngan malaysia, aku pun heran, terujua sungguh students u tu. then kami ke peking U. haa yang ni serious sikit. maklumkah first rank U. hebat gila. ivy league gitu. nak masuk U ni je kena sit 2 exams. collaboration dia pulak pergh semua dengan U2 hebat around the world. students dia pun lebih seriouslah berbanding U sebelum tu.
HARI 4: pagi kami ke tiannmen square dan forbidden city. mak aii nak tercabut kaki. punyalah besar kawsannya. penat gila seh. aku rasa aku dah tualah. cepat sgt rasa penat. lepas lunch kami ke kilang buat sutera. then kami di bawa bershopping. time yang ditunggu2. kami di bawa ke yashow market. best gila 7 storeys shopping mall. boleh mintak kurang. gila2 punya bargain. hampir dihampuk dengan kalkulator 2-3 kali. tapi nak kena berani. rasanya kalau pi ngan cik kieli mesti lebih bagus ni. sama2 pandai ayat punya...errr, ke silap2. ke selama ni aku je yg tukang bargain...tak ingtlah heheheheh...beli cadar 2 set, alas meja, sarung tisu berpuluh2 helai, kasut sukan dan macam lagi. waa duit dah tinggal sikit. bari sekerat hari bershopping.
HARI 5: pegi central tower then pegi underground city. tempat perlindungan bawah tanah zaman mao tze tung. panjangnya lebih pjg dari great wall. slap2 kalau kami jalan berterusan bawah tanah tu ada yang sampai malaysia agak2nya pasal malaysia beijing baru 3000 km. lepas lunch kami shopping di alien street dan men street. kurang best berbanding semalam. beli t shirt, cofffee table punya alas meja, kasut hubby dan 2 pasang kasut adik.
HARI 6: all day shopping. pagi kami di bawak ke silk street. 8 storeys rasanya. ni lagi satu shopping heaven. Ya Allah punyalah syiok tapi tak cukup masa. kami diberi 3 jam setengah tapi tetap tak cukup masa. selesai beli barang cederahati kolej, kami shopping barang kami pulak. cik talam beli sutera cina 2 pasang (pakai kredit kad pasal dah pokai), souveniers sikit, dan baju kemeja ayah ku. tengahari atas permintaan ramai, kami kembali ke yashow market. habiskan sisa2 duit yang tinggal. sedih sungguh. beli sepasang lagi kasut sukan. beli baju anak cik talam. stoking anak 3 pasang, stoking cik talam 5 pasang (cute sebab siap ada kepala pooh, snoopy semua pada socks tu), dan apa lagi eh. tak ingat dah. one thing for sure duit kami semuanya kering at the end of the day. cik talam tinggal 4 yuan (=RM 2), kawan cik talam tinggal 6 yuan, yang sorang tu tinggal 0 yuan. sejam sebelum waktu berkumpul tu kami berempat duduk tepi longkang sambil mengipas2 kepanasan, maklumlah duit dah habis takde mood dah nampaknya.
esoknya kami selamat sampai ke klia dalam 3.30 pm. Alhamdulillah selamat semuanya. InsyaAllah ada rezeki akan kembali ke beijing bersama bonda tercinta untuk tujuan bershopping2. memang menakjubkan lah barang2 kat sana. brg2 elektrik pun murah2...sony lagik. dirisik2 rupanya sebab cost of labour di sana too cheap. gaji seorg pekerja kilang di sana hanyalah 20 sen sehari. sedihnyaa..kita ni patutnya bersyukurlah duduk kat negara indah permai ni.
oklah cau cin cauu