Saturday, May 29, 2004

pengantin popular

semalam cik talamubi mengikut kawan ke kelas aerobic. first time for me actually. comment: lagu best2! tapi tak cukup tiring. kind of kecewa jugak mula2 sebab belum pun meloncat sakan sekali dah warming down. tapi since yang datang semalam tak ramai, pengajar tu ajar kami buat senaman lantai. ala2 untuk dapatkan perut yang kempis gitu. results: aku senak bagai nak rak...

esok kawan satu mrsm kawin. rumah nya kat area sini je, so kalau takde aral InsyaAllah kami sampai ke umah pengantin esok. malam ni kakak kepada suami cik talamubi buat kenduri. anak dia duaorg nak bersunat. ramai jugak saudara mara yang dijemput. saudara mara dari kajang pun turut datang. tapi kami tak boleh nak balik sebab cik talamubi kena prepare utk presentation.

tadi mak ngah cik talamubi call. 'kau kat mana ni??? mak ngah kat kuantan ni' rupanya mak ngah attend majlis pertunangan sepupu cik talamubi di kuantan. sorang lagi anak pak long akan naik pelamin tak lama lagi. mak ngah sebab mintak alamat nak pos kad kawin. 'datang ye dengan suami kau, jangan tak datang pulak. datang awal sikit. datang jumaat ke'....ooo, datang tu dah sah kami akan datang InsyaAllah. perkahwinan popularlah katakan. semua org expect macam tu. wedding ayiq, sepupu cik talamubi ni sah grand. hari tu sms chu cik talamubi, bertanyakan dia attend tak wedding ayiq...dia jawab dalam smsnya ' mestilah pegi, pengantin popular gitu'....masalahnya aku rasa pengantin tu takdelah popular pun kot sebab sepupu aku takdelah glamer gitu, tapi for sure mak dia akan menglamerkan dia hari tu. takleh nak imagine majlis ayiq...sah dah berbulan2 mak ngah buat preparation. mak ngah cik talamubi ni high class sikit. rumah dia pun pernah masuk majalah anjung seri. so nampaknya cik talamubi pun kenalah buat baju baru utk melaram di hari muka tersebut...jangan dia kata ada warna tema sudah..mampus aku

nak gi supermarket jap lagi. beli kelapa parut. better off now!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home