Saturday, January 29, 2005

zoom out

malam tadi tengok zoom in bersama misha o. berdebar2 gak mula2. pasal from previous experience dah serik rasanya nak tengok tv show yang melibatkan misha jadik host. eg; hmi dan rancangan raya kat tv3 masa raya puasa hari tu. bukannya apa, dari rancangan menyanyi, bertukar menjadi rancangan sembang2 dan beramah mesraaa... fed up betul, lagunya sepanjang program sejam tu dalam 2-3 je. yang lain semua dia sembang2...tensen-tenseennn.....tapi luckily malam tadi it was totally different. dia tau kot, aku ngan cik kieli dok mengutuk dia masa hmi hari tu...

zoom in malam tadi live. bestt memang best. puas hati. sejam lebih rancangan tu. banyaak betul lagu dia nyanyi. takde penyanyi undangan lak tu, semuanya dia kecuali masa nyanyi lagu pulangkan berantu tu, adalah ezad sebagai penyanyi latar dia. yang lain semua dia nyanyi...bessttt.. semua lagu famous2 dia, dia nyanyi. bunga2 cinta (muak dah sebenarnya dengar lagu tu), debu2 apa entah, pulangkan sebagai closing punya lagu dan macam lagi. lagu omputih pun ada. yang paling best rasanya part dia nyanyi medley lagu2 yang dia nyanyikan masa bertanding dalam bintang hmi dulu. ada lagu anita sarawak, dayang etc...

hari ni, di hujung2 minggu ni, cik talam ada kelas lak. nak buat camno, kelas ganti pasal semester ni banyak sangat cuti. sat lagi kelasnya, pukul 11. pukul 1 kang kami k**** ada majlis pemnghargaan staf kat eden garden. hi-tea. baguslah, dari lunch, heavy sangat. better hi-tea. ptg semalam, ladies dia unit kami mengadakan minum2 petang. sorang bayar RM 5. makan choc chip cheese cake dari secret receipe. sorang pm tu sponsor green tea. so kami beli sebuku kek tu dan suruh org tu potong kepada 12 bahagian. masa mula2 dapat tu, dalam hati, alamak kecik jee nampak pasal cheese cake ni kan dia macam very compact gitu, so nampak keccikk jee.. sekali makan, tak habis daaaa....kenyang sangat. walaupun sedaap mak datuk tapi dah tak larat nak habiskan. malam ni ada cerekarama, pelakonnya adalah pelakon fav aku iaitu sapa lagi kalau bukann..paa bedah yoo!!!!

Wednesday, January 26, 2005

tv

waa seronoknyaaaaaa!!! seminggu dua kebelakangan ni, banyak betul rancangan2 tv baru atau yang dah lama tapi new season start. bestnyaaaaaaaa. first and foremost, american idol. macam cepat je masa berlalu, dah start american idol new season. dah setahun dah. rasanya baru sekejap. biasalah awal2 ni semuanya hampeh2 belaka. rasa2nya lah, kalau geng2 cik talam macam cik kieli, prudence atau maksu wa pun yang masuk, sah jauh lagi best. tapi biasalah gimmick american idol. time ni dia tunjuk yang hampeh2 tu, sekali bila masuk top 32 ke apa ke, muncul lak muka2 bersuara sedap yang diaorg tak expose masa round awal2 ni.

secondly, american next top model. yay bestnyaaa. tapi kali ni contestant dia half daripadanya black rasanya. malam tadi miss the first episode pasal ada meeting. tenseen. tapi takpe, ada back up. tape lagi. tapi miss csi lak malam tadi. dah lah malam tadi spesel, 90 minutes lagi. tak lama lagi nak start csi new york lak. alaa tak bestnya, kiat suka si grissom dengan horatio tu. tapi masalahnya, lately grissom punya masalah pendengaran tu semakin tenat nampaknya. nak kena bersara kot eh...

amazing race - dah lama. dah tinggal separuh pun team yang masih survive. but best cite tu. Alhamdulillah, last week, group yang paling tak disukai (even the host pun tak suka rasanya) terkeluar. team mana?? alaaa, team yang partner laki dia tu bengisss gila ala2 mafia dalam cite godfather tu...yang mana?? alaaa, yang minah partner dia tu si blondie tu, yang masih lagi bertahan dengan mamat tu walaupun kena maki hamunn tuu...tak paham aku minah tu....

last but not least, desperate housewives...baru2 ni tengok golden globe. cite tu menang two awards. nampak macam best. so monday baru2 ni tengok the first episode. memang best pun. especially teri hatcher. minah tu pun dalam cite tu natural gitu, tak put on make up sgt pun. but she looked old. cuma ada certain parts dalam cite tu yang i dont really prefer. tapi jalan cite dia memang best. ada kawan dah habis download the whole season punya episodes. as for me, takpelah, tgk tv jelah. tapi InsyaAllah hari ni masuk line internet kat umah. see, how we can make the full use of it. 24 hours punya service lak. tapi nak kena tengok gak dia punya penapis tu. kecik2 ke atau besar2 sievenya. kalau kecik2 banyaklah bende2 yang tak boleh nak dimuat turunkan.

semalam cuti, so first time dapat gak tengok poooopppp kuiz musim baru ni. selama ni tak berkesempatan pasal dia buat siang. cik talam mencuba bakat utk menjawab sama soalan2 yang diberi. nampaknya skill dah menurun. dah tak sehebat dulu. kalau soalan melibatkan lagu2 atau artis2 baru memang fail lah aku. kalau zaman dulu2, masih power lagiii, score aku, markah penuh. lately dah tak sempat nak update berita2 terkini dunia artis dan lagu2 terkini ni. tapi with a sikit usaha, rasanya boleh kot nak kembali ke era kegemilangan dulu, zaman pengacara pop kuiz aznil ngan rina hang dulu. masa tu semua soalan keluar boleh jawab. boleh lah kot a few more excercises, cik talam dan cik kieli mencuba bakat untuk pop kuiz musim akan datang, perhaps...

Wednesday, January 19, 2005

hari raya qurban

puas hattiiiiii dengan keputusan AJL ke 19 baru2 ni. menjerit cik talam dan suami bila spider was announced as the juara lagu untuk tahun ni. memang kami sukaaa pun lagi rela kupujuk tu. memang kami suka pun suara tam yang besst gila tu. gifted lah mamat tu, boleh buat lagu sendiri lagi. yang paling bestnya pasal misha tak menang. i have nothing against her, it just that tak suka dengan style AJL yang kadang2, bila sorang tu menang satu, yang lain222 pun dia sapu sekali. lepas tu untuk beberapa tahun berturut2 pulak tu. kasilah can semua merasa ya tak? macam anugerah vokal tu, i guess patutnya better kalau diaorg buat anugerah tu boleh diterima oleh the same singer once sahaja. yelah, kalau dah suara org tu sedap atau pesen macam gitu, sah2 tahun depan, tahun tulat, tahun tubing, suaranya tetap begitu. so bagi sekali anugerah/pengiktirafan sudahlah rasanya. tahun akan datang tu, acknowledge artis lain pulak. bukannya tak power suara2 artis2 lain tu. zamani pun best gilaa. noraniza hmmm, best gak, cuma the persembahan lebih menonjol dan best dari vocal. thats why menang persembahan terbaik. memang best pun persembahan dia malam tu. cuma malam tu teringat aksi summersault berpusing artis 'ada cinta, ada rindu' tahun lepas. fun and unforgetable.

sarimah ngan najib pun bestttt. cheryl pun best. tapi pity ella. suara dah cukup best dah. tapi ada satu part tersalah pulak. termasuk cepat sangat. macam diana degarmo pulak. tersalah masa bertanding. anyway...

sebelum terlupa...

cik talam dan suami mengucapkan selamat menyambut hari raya haji aka hari raya qurban kepada semua muslimin muslimat seluruh negara. kami akan berangkat pulang ke ktn esok pagi InsyaAllah. have a nice raya dan break everybody!

Thursday, January 06, 2005

kunjungan mengejut

malam selasa baru ni, cik kieli dan ann usagi membuat lawatan mengejut ke umah cik talamubi. bestnya!!!!!! lama tak jumpa kedua-duanya walaupun cik kieli keje opposite the road only dari tempat cik talam. tetamu yang sungguh tak disangka2 tapi seronokk!!!! macam biasalah, kitaorg bila berbual, mesti suara semua macam halilintar especially bila cik kieli cite part 'pria terhebat' tu...ann punya rambut fuiyooo, tak sangka boleh panjang sampai macam tu...tak tahu nak jamu apa untuk tetamu sebab takde banyak barang kat umah, nasib baik ada karipap frozen dan kuih raya lagi sikit.

cik kieli dan cik talam biasalah, kalau jumpa, mesti nak mengupdate gossip2 terkini. nak tahu perkembangan terbaru tokoh2 tertentu. dari pakcik bowling, ke the 'right here waiting' guy hinggalah ke the 'majalah mingguan wanita' lady punya cite, semuanya diupdate malam tu. kalau si ann pulak bila dia start bukak mulut, memang out of tune sikitlah. dia cite pasal hanson, mmm, lagi cite2 katun jepun, lagi mmm hanson lagi, dan jepun lagi dan lagi dan lagi dan lagi...maklumlah, lain wavelength sikit. tapi boleh ajeee....semua jenis cite pun kitaorg semua boleh share with each other.

petang ni cik talam punya turn pulak menjadi polis trafik. seronok gak, cuma jangan aku yang pulak yang kena langgar lari nanti sudahlah. lagi apa yek...mm tak de apa, cumaaa luahan perasaan....memang susah hidup kalau dapat kawan yang mooOOOdy....apalah nasib aku, selalu dapat teman2 setempat tinggal yang mooody. sejarah hidup dah membuktikan. walaupun kajian kesnya baru 2 kali (cik kieli, you know who are those kan? sebab cik kieli pun rasanya serik dengan kedua-duanya) tapi dah serik rasanyaaa....orang yang moody ni lebuh bahaya dari tsunami tu. pasal tsunami tu walaupun dasyat, dia datang once in a puluhan years, kalau orag yang moody??? every minute the mood can change. takpelah, yang penting kita tak buat apa ye tak???