Friday, October 29, 2004

jumaat yang mulia...

Assalamualaikum muslimin dan muslimat sekalian...

Hari ni dah jumaat, penghulu segala hari. jumaat ni dah jumaat ketiga kita berpuasa. tak sangka eh, dah almost 15 days kita berpose. maksudnya tinggal separuh bulan je lagi. sekejapnya rasa. hari ni, cik talamubi pegi kejap lambat. hampeh sungguh. kejenya banyak melambak, tapi masih lagi tak reti-reti nak datang cepat. lepas tu barulah melompat ke sana sini nak siapkan keje. sebab org lain masuk pukul 8 pagi, kita pukul 11...sungguh tak efisien. hari ni jugak, kumpulan tadarus cik talamubi vaporise entah ke mana. semuanya senyap. buat tak reti...hehehe..nak take a break kot. takpe, kami konpiden boleh habis. ni dah pertengahan juzuk 4. kami punya kumpulan sampai juzuk 5 je. dalam 3 hari lagi InsyaAllah selesai...

baca diary cik kieli, teringin pulaaak laah nak bukak puasa kat chimpanze chimosa tu. kat mana ye??? hari tu masa sesat balik dari gazebo place, ada lah melintas tempat tu, tapi la ni dah lost world...tak ingat dah kat mana tempat tu...yang aku ingat, dia macam kat kawasan2 kampung gitu. ada pokok2. ke cuma ilusi eh? pasal masa tu malam kan, gelap semacam...

tapi takpelah, ahad ni, ada majlis bukak puasa kat seri malaysia. so tunggu yang tu dulu. kalau agak2 tak puas hati etc...baru ke chimosa tu pulak. semalam printer baru dan pen drive baru sampai. setelah hampir 3 tahun, aku menumpang dan menagih printer kerani2 dan printer wakaf pejabat yang keadaannya hidup segan mati tak mau tu, akhirnya dapat jugak printer sendiri. dah tak sanggup babe. harap2, semangat bekerja pun barulah macam printer dan pen drive tu.

semalam, tiba2 cik talamubi terliur nak makan petola masak air. pegilah ke kedai, beli petola 2 biji. balik, masak. lauk2 lain beli je kat bazar ramadhan. hari ni lak hubby tiba2 teringin nak makan sayur kangkung. dia kata dia terbayangkan kangkung tiba2 masa dengar khutbah. canggih2. khusyuk sungguh tu rasanya. oklah, nampaknya petang ni kena beli sayur kangkung pulak. lauk2 beli. weekend ni baru masak semula. bukannya apa, raw material kat rumah tu dah habis. nak pi pasar lak, kat bandar ni, mak cik talamubi kata bandar org kaya. pasal pasar awamnya tutup pukul 12.00. kat bandar cik talam dan suami pasar tutup pukul 4 petang gitu. yelah, org kat sini beli bahan2 mentah semuanya kat jusco rasanya. masalahnya ikan dia baunya kurang sedap kat jusco tu. tu yang malas tu...

lagu favourite buat masa sekarang: pening by ezlyn dan m daud kilau. :D

Wednesday, October 27, 2004

whats hot and whats not???

whats hot happening to me this past few weeks? takde kot, bukan saje yang hot, yang suam2 kuku pun takde. semuanya just like usual. some updates:

1) peksa dah habis
2) menanda dah habis:- 2 subjek perdana ria dan 2 subjek angkasa lepas
3) semester break dah bermula (yay! yay! takdelah bersesak lagi kat bazar ramadhan tu)
4) sejak puasa, 3 kali beli lauk kat luar, yang lain2 masak sendiri...(gilo ke apo? bertobat eh???)
5) my parents came last week for 2 nites. biasalah, emergency. ambulance nenong nenong. hanya cik kieli dan seangkatannya yang memahami
6) hooked with cite stairway to heaven sekarang. manage to get the vcd, ada 28 episodes, so takyahlah aku dok tercongok depan tv setiap pukul 8.30
7) berjaya buat kek baru2 ni. ada kesilapan teknik, walaupun dah baca resepi for almost 100th times.
8) pegi 2 kilang baru2 ni. fop kat p. gudang (tak dapat apa2 soveniour tapi fun) dan shell kat PD (dapat keychain pewter dan tie)
9) tak pernah miss sahur setakat ni...(ni lagi satu achievement yang mengejutkan semua org, siap makan nasik you..bukan air kosong macam dohulu2)
10) last but not least, rasa gumbira and excited yang amat pasal cik kieli akan terbang ke angkasa bersama gagaknya (that crow should be here by now, I'm sure). waa bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaa

tu je untuk kali ini. berjumpa lagi di waktu dan hari yang sama. sehingga itu...daaaaaaaaaaaaa....

Tuesday, October 05, 2004

sekian lama...

setelah sekian lama tak mengupdate, akhirnya hari ni cik talamubi update jugak blog ni...bernekad ni, from now on, i'll drop at least a line a day dalam blog ni...so where to start ah??? emm..hari tu last sekali stop kat topik pgl...dah lapuk dah rasanya topik tu...puteri tu pun dah hilang entah ke mana...end up kita tak pegi pun tgk cite tu...after received some bad reviews on that movie from friends and etc...takut lak nak risk 7 hinggit menonton filem tu...akhirnya, kami pegi tengok cite ulau besau tu (anaconda 2)....oklah, better than anaconda j-lo....beli dvd the terminal....comments: 2 thumbs up...besttt...sampai tengok ulang kali pun tak boring....

enuff pasal carta ngetop movie bulan ini. emm nak cite pasal apa lagi yek...haaaa semalam pegi jumpa dr. ada appoinment for monthly check up...as expected, berat badan dah bertambah...naik 500 gram. mana taknya kalau makan nasik 3 kali sehari...tu baru nasik, belum masuk yang side2 dish tu (which is taken in every 2 hours)....sekarang, kalau pegi makan kat mana2, cik talamubi akan order utk myself and hubby...sebab, kalau gi restoran ke, gerai ke, mesti teringin nak makan more than 1 dishes. so orderkan utk hubby tu sebenarnya kita yg teringin nak makan...dan dah bape kali, end up mesti kita amik makanan dia, sebab selalunya yang kita order utk dia tu lagi sedap dari yang kita order utk diri sendiri.

esok ada malam penghargaan di m-suite. meraikan perpindahan 2 staf kami. cik kieli mesti kenal salah sorang staf ni....alaa, yang hot2 news and gossip gitu......acaranya malam...ni yang cik talamubi tak berapa prefer ni...nite xtvts ni kureng sikit pasal di malam hari cik talamubi kurang sihat...kalau siang, nak meloncat2 macam ulat nangka pun boleh...

petang ni and pagi esok kena menilai presentation psm. better off now sebab banyak lak bende nak kena buat...cau cin cauuuuu...