Wednesday, September 28, 2005

kitos!

timbul rasa bersalah kat hati cik talam...'kat sini tak boleh pura-pura minta tolong ke???'

macam ni kisahnya...semalam, cik talam bawak satu suratkhabar tu, in it ada iklan promotion pasal handphone line...tak tahulah apa yang dia tulis, i can only understand the figures..ada macam: €0.11/kpl..so yang bende2 macam tu cik talam boleh agaklah. mesti maksud dia 11 sen/sms...dah bolehlah catch up sikit2...kalau per month kat sini dia tulis /kk (kk means month, err, where is it comes from? aku pun tak tahu)...so cik talam pun tunjuklah artikel suratkhabar tu kat roomate ni (kristina, lets call her kristina-fin in order to avoid confusion between her and cristina-hgary heheh)...so kristina pun translate kan. dia pun citelah itu ini. lepas tu cik talam tanya dia pakai line apa? dia pun cite pasal line hp dia, gedebak gedebuk murah bagus itu ini. lepas tu dia panggil cik talam pi meja dia, dia tunjukkan website line hp dia tu and many other related websites (kitos-kitos meaning: thank you!)...lepas tu dia panggil lagi, tunjuk website kat kedai mana card tu boleh didapati...kitos-kitos!...lepas tu kami pun buat keje masing2...

kat sini orang2nya reserved sikit. kalau time buat keje tu senyaaap je. kalau sorang tegur, baru yang lain2 tu jawab dan cakap. tapi bila dah tegur tu baik melampaulah pulak...so kami semua pun buat keje, sunyi je dalam kedinginan cuaca tu..kalau kat malaysia aku ada 3 org roomate dalam 1 bilik, sah mulut masing2 tak berenti2 bergossip, artis lah, movie terkinilah, nak masak apa lah weekend ni, sale and shopping lah bla bla..aku rasa memang tak berentilah 8 jam waktu keje tu, tu tak kira lagi kalau sanggup balik lambat kadang2 semata unnecessary things hheheeh...jam dah tunjukkan pukul 5 masa tu. heran gak aku, selalunya kristina-fin, pukul 3.45 atau 4 lebih sikit gitu dah balik. banyak keje kot dia hari ni sebab hari ni nampak dia asyik kuar masuk dari bilik kami tu...

pukul 5 lebih cik talam pi printing room nak amik materials yang diprint. kristina-fin pun ada kat situ amik materials dia. tiba2 dia datang kat cik talam and cakap 'here i find this for you' Ya Allah, macam2 artikel and promotion pasal line telepon ada dia printkan utk cik talam. satu artikel special tu siap ada comparison between for big network companies tapi artikel tu only in finnish (no english version). so dia pegi translatekan kat tepi artikel tu satu2 into english..alahai menyesal lak aku tanya tadi, sampai gitu sekali...rupanya dia balik lambat semata2 mencari materials hp tu utk aku...so kitos-kitos lagi!

balik tu kami jalan sama2. pagi ni, dia datang je (cik talam sampai dulu), dia terus dtg meja aku. dia bawakkan map main city kat finland kalau cik talam nak jalan2 (actually dah ada, elisa bagi hari tu :))-kitos-kitos!...dia kata dia amikkan kat library di bandar semalam. sian lak aku rasa. tapi library tu memang best, dekat sello. boleh pinjam buku, dvd, video, majalah semua for free. besstt!!! cik talam tanya, nak kena bayar ke kalau register to be member of that library? dia kata takyah, pi je...5 minit lepas tu dia dtg lagi, dia printkan info pasal library tu and bagi cik talam...kitosssss lah lagik utk ke seratus kalinya...tobat dah rasanya aku nak tanya apa2 lepas ni...baik betul...hmm, pelik tapi benar (macam misteri nusantara...)

hari tu masa jalan2 pi sello, cik talam, suami dan baby masa tu tunggu bas nak balik. apa lagi kami pun sembang2 aa kat cakap melayu (syok aa kat sini boleh cakap je)..tau kan, diaorg tak paham...tiba2 ada satu budak laki comel2 (teenager gitu) datang, nak tengok jadual bas kat belakang suami cik talam. suami tak perasan, budak tu pun jadik macam kepala kura2, menjenguk2 tak henti2...cik talam cakap ´bang budak tu nak tgk jadual bas'...sekali budak laki tu tanya 'bapak dan ibu dari mana?' ohhh orang senegara rano karno gitu...ehehhe, terkojut den! nasib baik tak cakap bende pelik2...sejurus tu gak masa tu teringat kat iklan ning tu 'kapan kamu mau ke mari?'...


Tuesday, September 27, 2005

jali-jali ku...

a few days back, while waiting for the bus at 7.45 in the morning, i saw an advertisement (a movie ad actually) on one of the buses passed by:

Johnny Depp: Jakli Sukkhla bla bla (dah tak dapat nak catch up the rest tu)....

it's a plain ad (no picture or graphics or whatsoever), just the simple writing with this simple decoration...mula2 lepas tengok ad tu, i was like...'sejak bila pulak johnny depp berlakon cite hindustan nih?'....bila pikir lama, ting!!! yeah, yeah!! its the latest johnny depp movie of charlie the chocolate factory! my oh my....awatlah charlie dalam bahasa finnish jadi jakli?? teringat lagu anak kambing jali pulak...and since i love chocolate so much (kat sini asyik makan coklaat je, biskut coklat, choc bar, etc), sampai dah hafal chocolate in finnish is sukkhla....lawaaaakk sehh...agak2nya kalau cite mr amd mrs smith dalam bahasa finnish apa lah ek? mr and mrs semaun, perhaps?

Sunday, September 25, 2005

sehari di helsinki

ahad lepas kesampaian jugak hajat cik talam nak makan karipap. buat intinya pagi2, biarkan sejuk lepas tu uli tepung. tapi kali ni cik talam betul2 malas nak buat karipap pusing (the original karipap yang cik talam belajar ngan cik kieli), cik talam ingat nak accelerate (asalkan dapat makan sudah), so buat yang 1 adunan tepung je (normally we have 2). tapi since cikgunya mengajar pakai 2 adunan tepung, kali ni bila cik talam modify and guna satu, cik talam jadi tak retii nak gelek tepung tu...waaa, aku conpiuss, end up aku taram je...hehe, bila dah goreng, rasa dia ok lah, acceptable (me and my husband memang semuanya ok, tak picky), tapi rupa karipap tu jauh sekali dari rupa karipap yg sebenar, ada yg bentuk macam dinasour, meteor dan macam2 lagi, yelah sebab takde penggelek, guna gelas plastik, mana taknya...


minggu lepas tgk G&G, 5 stars utk movie tu, walaupun its a simple and predictable type of movie, but i really like it. its a light and yet entertaining movie. isnin, cik talam sat for my first exam. Alhamdulillah dah selesai. supervisor anta email 'm***, good luck! king of malesia is coming to helsinki today and tomorrow' hehehe, tq for the wish. pasal king of malesia tu, hehehe...

selasa, cik talam mengemas2 meja. lap sini lap sana. kemas drawer. lepas hari ni barulah cik talam boleh stable duduk kat bilik postgrad tu. sebelum ni pi lepak di library. kawan2 sebilik ku, oh baik...minah kristina (sebilik) yang mula2 cik talam ingat kerek tu rupa2nya baik sungguh, cuma kat sini one thing about finnish is they are very reserved. so u have to initiate the conversation etc..tapi once u tegur diaorg memang and helpful gila lah...kristina and antti tolong setupkan komputer cik talam. lepas tu kristina ajak cik talam minum kopi kat pantry...ehhhe, cik talam kata esoklah rasanya, hari ni saya nak balik awal...

cik talam jumpa supervisor, bincang2, minta kebenaran balik awal pasal nak pi kela. kela tu berada kat selo. pi kelanya (urusan rasmi) 10 minit je, lagi 2 jam lebih meronda2 kat selo. kalau terserempak ngan supervisor mati aku hhehe..waaaaa happy bangat, ketemu rice cooker yg dijual dengan harga 18 euro je...besar lak tu, aku tak percayaaa.....kat uk dulu susah sungguh nak mencari cinta rice cooker. kalau ada pun, ala2 rice cooker diraja gitu..mahallll...baru nak beli sekali out of stock, dia kata dia tengah order, mungkin esok lusa sampai..ok kami dtg balik nanti...rupanya kat sini org2nya makan nasik, so tak heranlah beras kat supermarket kadang2 lagi murah dari kedai india. lepas tu kami buat groceries, then singgah orient shop beli roti canai segera...

rabu, khamis, jumaat, nothing....cuba buat homework and cari data sikit utk research.Alhamdulillah semua ok, cuma cik talam rasa terkilan sikit sebab kat sini susah nak carik tempat solat. masa kat UK dulu, no of muslim students ramai, so our present in the department is quite significant, maka kami boleh cari satu space khas utk semayang secara terang-terangan gitu. kat sini, teramaaaaaaaaatlah sikit no of muslim students (err sikit tu meaning cik talam sorg kot kat department tu)....tapi kat sini diaorg ok asalkan kita explain, tapi nak mengexplain tu...rasanya kalau boleh nak solat kat bilik sipa(secretary) or dalam bilik postgrad cik talam tu sendiri tapi nak kena bgtau and explain kat the three roomate tu...hmm...takpe nanti bincang ngan supervisor, mesti Allah permudahkan urusan Amiin...semalam cristina (kawan hungary) tanya, 'are u muslim" 'yes' cik talam jawab...heheeh dia baik sangat...everyday mesti dtg meja cik talam, bagi artikel2 baby, borak2, ada petang jumaat tu, Ya Allah punyalah lama dia berbual sampai aku bagi hint yang aku banyak keje nak siapkan..dia cite pasal suami dia lah, bla bla...tapi memang kaya rasanya minah ni, org2 kat embassy hungary semua tu kawan dia, profesor2 pun ramai dia kenal, ibu mertuaku dia is a medical doctor, selalu cakap nanti mehlah jalan kat hungary, biar dia cakapkan ngan org embassy tu pasal visa semua...(kalau ko bagi duduk apartment ko for free nak aaahh)

sabtu (yesterday) was a fun fun day. me and hubby and baby pakat ngan R***, his wife and his 2 kids, kami jalan2 sehari di helsinki. amik bas from U nombor 102T or 103 terus sampai, baru sembang2 ngan isteri R*** (namanya azim) dah sampai. rasanya tak sempat nak betul2kan seluar masa duduk tu dah kena turun. dekat sungguh rupanya helsinki, selama ni cik talam selalu rasa jauh (sebab selama ni imagine macam nak pi KL dari JB)...then kami jalan dekat port semua sampai ke flea market. nice place. kat sini flea marketnya everyday, tapi plg meriah on sunday...takpe lain kali pi sunday lak...cuaca panas (18 degree C), matahari semua ada, bessst dan sesuai utk bersantai..lepas tu kami naik tram (kat sini aku tak tahulah masa beli org beli tiket, betul2 based on trust, takde org jaga, dia letak mesin scanner tiket tu kat tepi escalator. kononnya sebelum turun escalator tu korang scan aa tiket korg tu, masalahnya kalau tak scan pun takde org jaga dan takde org bother, based on trust)...cuma kadang2 kalau journey jauh2 tu adalah pakcik inspector gadget datang buat inspection.

lepas tu kami pi K market, beli ikan rainbow trout. tgh sale. besar2 ikannya. then kami amik tram turun di stesen hakamintie (in seedish, hagnas)...beli sayur2 sikit kat market dia, then pi tengok kedai daging2 halal and pi kedai grocery ling (malaysian owned). beli sos cili, kicap, beras, roti canai (muraah lagi dari di tempat cik talam), then kami pi beli ayam, sosej kat kedai arab...

lepas tu naik tram semula, turun di stesen kampi. sampai di bas stesen yang canggih manggih...balik tu R*** ajak singgah umah. ok...diaorg tinggal dalam area U, bessttt...azim (wife R***) hidang air nescafe susu dan cake..bestnyaa nescafe susu...daah berzaman tak minum susu pekat...lepas tu diaorg insist stay for dinner, mula2 risau gak, since saturday and sunday buses are not as frequent as during weekdays. R*** kata takpee, mesti ada basnya...ok then. kami sembang2. diaorg dah lama di sini. R*** dah masuk setahun. wifenya and kids lak datg bulan jun baru2 ni. diaorg kata yang feasible for us to visit from here (dekat and reasonably cheap aaa, not that cheap but ok lah) are estonia (crystals heaven) and sweeden...germany ok tapi kena ada visa..err, ok, cik talam rasa tu nanti2lah..ni baru sgt tiba. finland ni pun tak jalan lagi....

azim masak laju sungguh, cekap2...we had chicken curry, ikan masak sweetsour and sayur goreng campur udang for our dinner. lepas tu balik..

balik tu, tiga2 terbongkang..penat sehhh....hampir 10 jam keluar...lain kali kalau nak pi helsinki lagi nak kuar pagi2 supaya boleh balik cepat...

hari ni whats the plan??? takde apa, basuh baju, gosok tudung (sini baju takyah gosok, takde org nampak), kemas2, masak2, rehat2...

cau cin cauuu

Saturday, September 17, 2005

after 1 week

dah seminggu tak update. quite busy the last whole week. dari isnin hingga khamis pegi library. study. ada exam next monday (doakan cik talam korang semua!!!) selasa dan khamis tu curi masa pergi ke department. berjumpa supervisor. supervisor kata takpelah, study utk exam dulu minggu ni. thank u Sir. hehe. pegi ke department, supervisor tunjuk bilik cik talam. di dalam tu ada the other 3 postgraduates. 2 lelaki dan sorang perempuan. perempuan tu nama kristina, laki tu sorang nama antti (quite a famous name for a guy here in finland) and sorang lagi tu nama sobei, sopei..syed sobri??? apa entah, stepo kot...ntaH, memang takleh ingat nama yang sorang lagi tu. mungkin sebab nama tu kurang familiar utk cik talam and secondly sebab dia dah berumur, so tak berminat lah kot aku mendengar nama dia masa diperkenalkan ehehhe. Antti tu, hensem gila sehh..macam muka ethan hawke cuma dia kurus lagi and pakai spec. betullah, macam ethan hawke, sekali dua tiga dan berkali2 aku tengok, saling tak tumpah macam muka fav actor aku tu...hari selasa tu decide nak baca notes di department sekejap. sebelum tu pi fax borang ke sponsor di coffee room. tengah aku termangu2 pasal form tu asyik tak went thru the fax machine and ada suara perempuan bercakap2 dari machine tu in a language that I didnt understand, ada sorang mamat tu tegur. 'can i help u with that?' dia tanya. baik pulak lah. so kami dua pun godek2 lah mesin fax tu. hampeh, hehe dia pun tak berjaya. cuma satu je yang dia berjaya figure out, suara minah dalam fax machine tu not in finnish but in bahasa german...hehehe. baik mamat tu, very helpful sebab masa tu gak cik talam nak log in computer kat situ to print out notes tapi takleh, dia kata takpelah dia tolong log in kan guna account dia..tiba2 supervisor aku masuk ke bilik tu cakap 'oh, your user id and your password is in the envelope on your table' heheh, mana aku tahu, aku ingatkan yang U bagi tu boleh pakai gak kat department....

tengah baca notes tu, tiba2 S**war datang, introduce me to a girl. ooh inilah kristina...akhirnya ketemu jugak aku dengannya. kristina ni bukan kristina yang sebilik ngan cik talam tu tapi ini adalah student supervsior cik talam gak. baik sangat minah ni. masa cik talam sampai dulu dia xde, dia balik hungary for 2 weeks dengan anak and suaminya. tapi dia bagi banyak brg kat cik talam thru my supervisor masa tu, bagi pinggan kaca, cawan, sudu, garfu, makanan baby, air kotak, tisu dapur...rupanya dia baru balik semalam. hari ni dia mintak S**war tunjukkan di mana cik talam duduk di department tu.

borak2 sat ngan dia. baik bangat orangnya. dia ajak cik talam ke biliknya. kemas je. share dengan another 3 person. one of them is my supervisor's korean student. baik mamat korean tu. fasih berbahasa inggeris. sudah 4 tahun dia di finland. takpe, meh aku supplykan drama2 korea kat kau. aku bet i have more korean drama and movie colection than you do...tiba2 kristina cakap 'ok take your bag and lets follow me. its ok, our supervisor is not around' ehheheh. dia ajak cik talam pi sello..alahai malas sungguh aku, tengah2 study tu nak pi shopping mall lak. tapi pi jelah. naik kete, bukannya naik bas macam selalu.

dalam kete sembang2 ngan dia. kaya raya rupanya minah ni. kota2 anak menteri. masa pi car park tu cik talam stoplah kat kete buruk kat car park tu. ingatkan kete dia, yelah student kan, manalah mampu..sekali, jeng3x, dia pi kat kete peugeot besaaarrrr and baru lagikk....cite2, laki dia keje di nokia di helsinki. anak dia nama greta. dia baru beli umah kat finland ni. kat hungary dia ada 2 rumah, satu apartment satu umah biasa. dua2 tak sewakan...balik hungary (balik kampunglah tu) 5 kali setahun....kaya sehhh.....sampai kat sello, dia bawak cik talam mula2 ke tempat baby. dia plg concern pasal baby...dia ajar baju apa nak kena pakaikan, makanan macam mana itu ini, ubat-ubatan bla bla bla. lepas tu bagi tips kat cik talam lak, makanan ni sesuai bla bla, sabun cuci ni sesuai bla bla, roti ni bagus bla bla, brand ni murah bla bla..setelah selesai program 'sepetang bersama cik kristina di pusat membeli belah' kami pun balik.

jumaat tu cik talam rehat.penat sebab dari isnin ke khamis dah keje. me, hubby and anak pi keluar hari jumaat tu (semalam). mula2 kami pi Maastrati (registration office) to register hubby and baby. then kami jalan2 sekejap kat stockman. then kami plan nak pi torjoulos (rasanya cam salah eja ni). kena naik bas 18. tunggu bas dekat 20 minit. then perjalanannya Ya Allah, jauhhhhh, dekat 45 minit rasanya dlm bas. tak sampai. sampai masuk highway semua. panic gak cik talam ngan suami, betul ke ni??? dalam journey planner betul dia kata, naik bas 18. akhirnya tiba dan Alhamdulillah kami selamat sampai. worth it. muraaahhh barang2 kat kedai tu, murah bangat compare ngan KKK dan prisma and kedai2 lain kat tmpt cik talam ni. kat sini cik talam beli travel card that allows me to travel for free (sebb dah bayar duit kad tu) in the whole espoo area. hubby pulak free sebab dia bawak baby dalam stroller. so kami pun bebaslah ke sana ke mari, turun naik bas itu ini sebab percuma.

malam tu kami makan macaroni soup. lepas tu start mendownload. tq to cik kieli my besst friend kerana introduce us to that 'toooot' website (bukan kedekut ilmu eh tapi atas dasar2 untuk keselamatan diri dan organisasi) hehehe..segala bende yang melayu aku download, biasalah cik talam, bila di perantauan, semangat patriotik tu mulalah menebal lebih dari tahap standard. sampaikan majlis birthday mawi semua aku tengok. kalau boleh upacara penyerahan kete suzuki swift to mawi tu pun aku nak tengok. malam ni nak tengok G&G (filem baru tu), MIdol episod latest...

one thing cik talam perasan kat sini, bag brand samsonite tu glamor betul kat sini. kat malaysia pun glamor, mana2 pun glamor sebab bag tu mahal, cuma kat sini merata2 org pakai. dari bag laptop, bag luggage sampailah ke bag sekolah budak2 pra sekolah (tadika) semua pakai samsonite. memang cik talam dah lama teringin nak bagpack yang gambor penguin tu. tadi tgk dua org budak adik beradik bawak bag tu nak pi tadika....agaknya kat sini, bag samsonite setaraf ngan bag sekolah jenama Swan kalau kat malaysia kot....

better pen off now. movie nk start dah. ingatkan nak buat karipap hari ni.alamatnya takdelah, kalau dah tengok movie close kitchenlah...

Sunday, September 11, 2005

visit to sello!

there were few things happened the last few days. ok, start dengan jumaat. emm, kelas habis awal. we finished at 2 pm. what a relief!!! sebab memang dah tak sabar2 nak balik. the last session tu, the 'supposed to teach' professor could not make it. ada emergency. wife dia bersalin hehehe. so kelas habis awal. balik dari kelas terus rush ke alepa- macam kiosk atau mini market lah. nak beli barang2 sikit. end up, beli 7 cup of yogurts, roti 3 jenis, air apple and air orange, chocolate...macam overacting pulak aku. tengah membelek2 makanan kat rak tu ada sorang lelaki jalan laju pass by, tiba2 dia brek mengejut dan undur pandang cik talam. terus cik talam cakap 'R*** eh???' dia cakap 'M*** eh???' Ya Allah punyalah seronok to at last jumpa melayu kat espoo ni. seronok gila, terus berbual kat situ. dahlah suara kitaorg kuat semacam, memenuhi satu alepa tu...lepas beli barang kami pi bangunan kat school and sembang2. macam2 cite lah. best sebab isteri dia pun just came with his 2 kids last month. bolehlah nanti berkenalan dengan isteri dia gak. lepas tu kami pi student union. dia kata nak suruh cik talam amik calendar. dah habis, next week baru ada. kami plan esoknya (saturday) nak pi flea market kat helsinki. that is so great sebab memang nak pi pun tapi tak tahu kat mana. kat jepun dulu masa pi ngan cik kieli dan wanie, kami managed to pi one flea market. kat Uk memang pi beberapa kali. nak tgk kat sini macam mana marketnya. sama jelah kot...berjanji malam tu akan email each other utk set what time kami nak pergi semua.

balik tu cik talam buat experiment. naik bas lain sebab nak berenti depan umah. barang2 berat gila. selama ni dari school naik bas 52, or 52A or 510 utk balik. tapi kena jalan dalam 10-15 minit to sampai umah. hari ni cik talam naik bas 52, lepas tu turun kat ngan galleria tu then amik bus no 23. gabra gak mula2 sebab bas tu siap masuk hutan semua, redah jalan sempit semua, akhirnya nampak gak jalan familiar to my house. hehehe, Alhamdulillah selamat. lain kali boleh buat lagi...

sampai umah, terus solat zuhur dan rushed ngan suami and adam keluar. kami nak pi powermill. nak cari stroller and besen mandi adam. tengok kat internet, we need to take bus 231 then berenti kat bust stop makylla dan walk 1/2 km to arrive there. tak sangka tiba gak. kami sampai dalam pukul 5.15 and the kedai tutup at 6 pm. hampeh betul. dahlah esoknya (sabtu) bukak pukul 10-3 petang. sunday lak tutup. gila pemalas hehehe....kat sini kedai mossstttly especially bih supermarket gitu tutup on sunday. orang, sundaylah nak berjalan. sabtu lak bukak tapi tutup awal dari weekdays. balik tu sebab dah penat berjalan semua, kami endp up makan maggie mee je..hehehe sedap tu sebab maggie malaysia. semalam best, makan nasi goreng cina ngan ayam goreng. kat sini kalau tak best pun jadik best sebab takde warung tepi jalan atau kedai mamak as alternatives...

sabtu, bangun pagi, kemas2, rendam baju and cik talam terus masak lunch sebab hari ni nak keluar. tau dah kat sini, kalau balik baru nak masak, jgn haraplah pasal by the time balik mesti dah lapar gila. since today is weekend cik talam lak masak. kalau tak hubby masak. cik talam masak simple je, tomyam ayam letak carrot dan bancuh telur dadar. balik kang baru goreng. ikut resepi mak jah kat U**, telur dadah letak grated carrot. sebenarnya sebab dalam peti tu ada sayur carrot je hehehe...

akhirnya dalam rush2 tu, we end up keluar at 10.45 am. bus pukul 10.46, so by the time we reach the bus stop, nampak bontot bus je.. tensen betul. since today is saturday, buses are not as frequent as during weekdays. kami plan hari ni nak pi LIDL (kedai germany, sells things with quite cheap or reasonable price, and they sell rice cooker agak murah!!!) and lepas tu pi sello. sello ni supermarket besaarrr, besarr betul so kami ingat pi sello last lepas tu boleh terus balik. according to the journey planner in the internet, mula2 amik bus 23 atau 231, turun kat leppavara keskus then seberang jalan amik bus 248. tapi before we left the house we check the planner again and this time dia suruh amik bus 35V lak....ayoyo, apo ni jang?? tadi lain, ni lain....

kami sampai kat leppavar keskus (bus stop depan sello) dan terus went thru underground punya jalan to wait for bus 35V kat sello tu. seberang jalan kami nampak banyak bus 248. rupa2nya both boleh to sampai ke LIDL cuma by the time kami check kat planner tu bus 35V tengah on the run compared to bus 248. tensen2..mana nak tahu..bus 35V pulak tak sampai. masa tu dah pukul 12 noon. kang takut tak sempat zuhur lak. so kami decide pi sello dulu sebab dah kebetulan kat situ masa tu, kang 12.45 ada bus 35V kami pi LIDL lak. tapi tengok2 sello tu besar sgt, so sah2 tak sempat nak cover dalam masa 45 minutes. so we decided to go to LIDL lain kali jelah. kat sello tu ada orient market, owned by muslim tapi tak tahulah arab ke...kecik sgt kedai tu tapi barang2 dia impressive. daging2 hala, sosej, burger, all the chinese food, asam jawa, cili padi, serai, and all jenis kacang hijau, kacang hitam, kacang dal, roti canai semua ada..waa bestnya, maybe the price is more expensive than the one in helsinki tapi takpelah, at least kalau dah desperate sgt we can always go to this shop to get some things...

kat sello, mula2 kami masuk prisma, a big supermarket macam giantlah. beli macam2, termasuk diapers adam.beli sayur2 sebab dah seminggu tak makan sayur. beli cauli flower, brocoli, kobis ungu, capsicum(betul ke eja ni), bawang...kat sini kena timbang sendiri ans setiap sayur tu diaorg numbered. so masa nak timbang just tekan no bape sayur tu represent. kalau buat macam ni kat malaysia sah ada je org yang tekan harga sayur yang murah utk sayur yang mahal. tak pun masa timbang tu letak kat tepi2 supaya tak berat sgt heheh...

lepas tu beli biskut, donut (for veggie babe), susu, cereal, pisang...semua terliur sebab entah, memang asyik terliur makan je kat sini. lepas tu kami masuk K-supermarket lak kat depan tu, beli susu adam, glove adam, tomato puree, mushroom, tuna, jam, nenas dalam tin, ikan salmon...lepas tu kami balik...tobat dah, burst budget bulan ni, biasiswa tak masuk lagi, waaaa!! ok thats it. lepas ni beberapa minggu tak nak shopping2 dah...duduk rumah diam2...

hari ni sunday...lepas bangun, kemas2 umah sikit then prepare makanan adam. hari ni firstt time anak ku akan makan solid food. malam tadi cik talam masak, sejukkan, hari ni baru lenyek. letak beras segenggam, ayam beberapa ketul, cauli flower, carrot dan brocoli. lepas tu lenyek guna tapis plastik. very the very traditional methods of preparing baby food. takpe, the more hurdles we went thru for the preparation, lebih besar ganjarannya nanti, InsyaAllah. the conversation with specialist doctor that I had masa di btn dulu is veryy meaningful to me tentang penjagaan baby ni. tadi suapkan adam, dia tak berapa reti lagi sebab first time makan. so kami masukkan gak makanan tu sikit dalam susu dia. sekejap je bende2 ni, esok2 dia dah one year gitu dah boleh makan nasik macam kita dah...didoakan adam nak berseleralah makan
dan sihat walafiat, Amiin. one thing yang bagus is that preparing adam's food is actually preparing hubby's food at the same time, sebab suami cik talam memang suka makan porridge ni. aku, idaklahh....tak reti makan nasi lembik2 ni...

dah dekat pukul 11. nak lipat baju. adam tengah tido. amik kesempatan buat apa yg patut. pagi tadi tengok apprentice last battle between keandra and tana. resultnya tengah download. nak habiskan cite fever pitch-drew barrymore sikit lagi sebab malam tadi tertido. esok nak berjuang habis-habisan...heeehehehe

Wednesday, September 07, 2005

wow!

hari ni kelas abis awal. yahooo!!! seronok sebab boleh semayang kat umah...heheehh...so far dalam kelas tu dah berkenalan dengan 3 kawan baru...sorang tu nama dia mikila, sorang tu nama dia tarja (pronounce as tarya), sorang lagi tu lak tak tahu nama...mikila dan tarja tu finnish but they couldnt speak finnish, they understand the language but they speak swedish. kat sini memang ramai sgt finnish yang tak tahu cakap finnish but converse in swedish. even everything like sign, brochure ke anything lah, they have it in both languages. yang duduk sebelah cik talam yang cik talam tak tahu nama tu (susah lak nak cite pasal dia, lets call her blondie), baik gila. dia tanya tadi
'where r u from again?' 'malaysia' cik talam jawab...'wow!!!' dia kata...apa yang wownya pun aku tak tau..macam husin lempoyang pulak, wow!!!

pagi tadi cik talam minta email add mikila dan tarja. beria si mikila tu suruh contact dia in case cik talam kena pi U dia...dia duduk kat island, so kalau nak pegi vacation, dia suruh contact dia...kena naik ferry katanya...kat sini tak macam kat UK. so far, hmm macam mana eh nak cakap..malaysia taklah sefamiliar sebagaimana malaysia familiar di UK...but they are nice...biasalah, students selalunya ok pasal diaorg live in this education environment..local people so far ok. biasalah, ada yg ok ada yang tak..mana2 tempat pun sama...

tadi cik talam terima email dari malaysia. menerima perkhabaran yg sama dengan cik kieli. 2 org dilantik sebagai prof pagi tadi. one is from cik kieli's faculty and one from mine. paling proud to hear that both are women...hehehe..hebat sehhhhh...oh dr wanita fav ku di fakulti, kini bergelar profesor....sama interest dengan cik talam dia tu, not in research area but in entertainment...hidup mawi!!!

hari ni menu nasi ayam. tapi nasi ayam yang simplified versionlah. tadi masa dalam kelas tiba2 cik talam terbayangkan makanan2 sedap kat malaysia...teringatkan goreng pisang taman U, kfc, kepok lekor, kuih muih melayu sampaikan marry brown yang aku tak pernah makan tu pun aku terliur........................

to cik kieli, nanti dah ada skype kita bersembang2 eh. tak sabar nak bukak tv3 sebab sabtu ni ada cerekarama. semalam try bukak guna laptop abg ciputdesign tapi tak boleh. org tu pakai apple takleh bukak lak. takpe esok try guna komputer cik talam lak...all the best cik kieli for your test tomorrow. tak kiralah how she claimed herself as japanese language student, for me, she's good in that language...tu yang nak pi tgk konsert smap tu...jeles22222.......:)

Monday, September 05, 2005

.fi

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah, cik talam, hubby dan baby adam dah selamat sampai di negara kimi rojak rakkoinen. cite sebelum bertolak dan persiapan nak bertolak tu rasanya usahlah dikenang lagi...nightmare on the elm street rasanya. hectic gila. very the very hectic...marilah kita mulakan hidup baru, cerita baru, bab baru, cewahhh...

cik talam and family bertolak pada 31 August dari senai pukul 8.50 malam (delay 25 minutes). menangis2 aku kat airport tu. masa pi UK dulu, asyik tergelak2. ni menangis2 sampai dalam kapal terbang pun menangis. sampai tercengang abang MAS yang jaga tempat boarding tu. mesti dalam hati dia kata 'la akak ni, JB ke KL tu takdelah jauh benor....'

sampai kat KLIA, tukar diapers adam, buat susu dia, lepas tu call family, then kami boarding. perjalanan ke amsterdam 12 jam lebih. full betul kapal terbang tu...semua mat saleh. seramai2 penumpang dalam kapal terbang 2 tingkat tu ada 3-4 je muka melayu. tu pun aku tak tahu exact warganegara diaorg, malaysian ke indonesian ke...kami bertiga duduk depan sekali sebab ada baby. cipta rekod sebab cik talam tak tengok tv langsung sepanjang perjalanan. pertama sebab penat gilo, kedua sebab adam pun tak selesa sangat, ketiga sebab frust kot sebab ingatkan cite sembilu 2005 tu ada, rupanya ditayang utk perjalanan amsterdam - kl.

sampai di schipol airport amsterdam dalam 6.45 pagi waktu dia. jalan2 sikit dan pi salin diapers and baju adam semua then boarding ke helsinki. perjalanan dalam 2 jam 15 minute. aku pun tak sangka macam mana kami dapat business class gitu dalam kapal terbang ke helsinki tu. naik KLM. patutlah makanan semua dalam gelas kaca2 gitu. ala2 gelas wine. agaknya peraturan depa, kalau bawak baby kena duduk kat situ kot.

kat amsterdan, kastam dia check bagai nak rak. laptop semua kena bawak keluar dari bagnya. tali pinggang laki aku pun kena bukak. sampai kat helsinki lak, vise versa. sampai kami mencarik2, manalah kastam ke police ke nak check barang ni. rupanya turun kapal terbang, amik luggage terus menonong je keluar..lawak betul....

Alhamdulillah bag kami sebanyak 7 buah termasuk 3 kotak dan hand luggage sebanyak 6 bag (total 13) semuanya selamat. luggage kami total 93.5 kg. ALhamdulillah sangat lepas. aku rasa seperti membawa seluruh dan seisi rumah ke Finland. lantak kau...

sampai je, tiba2 ada omputih datang dan hulur tangan. oh, supervisor ku. dia bawak pembantu sorang, orang Asia jugak. nasib baik depa bawak 2 kete. perjalanan ke espoo amik masa dalam 15 minit gitu je. then kami pi Harakantie untuk amik kunci rumah. selesai tu kami terus pi apartment kami di Lintukorventie 7, Lepaavara.

mula2 takut gak sebab bayangkan rumah tu mesti hampeh. pertama, tengok dalam gambar kelilingnya hutan, macam dalam kebun getah. keduanya, supervisor cakap, masa dia student kat U tu tahun 1968 dulu pun rumah tu dah ada. sikit punya lama daa...lepas tu lagi dalam website asyik ckp umah tu tak furnished...sekali masuk, Alhamdulillah puas hati. semua ada kecuali katil dan meja makan. perabot pulak ala2 mpden gitu. banyak gadget2...peti ais dan stove dah ada. itu lah plg penting rasanya. cuma lampu takde, kena beli sendiri rupanya kat sini. heran aku tengok sume lampu togel2. ada fiusnya je. so lepas angkat brg, supervisor dan asst. dia ajak pi beli lampu dan tilam sikit.

kami di bawa ke kedai brg2 secondhand gitu. tapi brg2 semua in a good condition. kami beli sofa bed, lampu satu sebab ada satu je kat kedai tu, meja makan kecik satu dan 2 kerusi. supervsior dan asst dia tukang bargain. semuanya diangkut naik kete supervsior dan asst dia. lepas tu singgah di kedai beli mentol dan susu.

sebelum balik supervisor ajar bukak stove, cite pasal alarm system, tutup bukak oven tunjuk kat kami dan tolong pasang sofa bed semua. aku rasa macam dalm rancangan home improvement pulak. esok dia busy so aku dan laki and baby kena survive sendirilah pegi depaartment.

so far Alhamdulillah. tapi penat gak, menapak. dah lama tak menapak. hari ni je cik talam dah menapak dekat 6 km. bagai nak mati aku. pergi ke bandar berdekatan iaitu di Tapiola nak beli travel card, sekali counter belum bukak daaa..takpe esok pi lagi. banyak bende lagi belum setel, kela korti belum dapat (card ala2 untuk pengenalan diri gitu), phone belum register (kat sini takde phone tu macam rusa masuk kampunglah nampaknya) and banyak bende lagilah. takpelah, kayuh pelahan2...

to cik kieli, thanx a million kerana kenalkan elisa pada cik talam. kami dah jumpa sabtu baru ni di helsinki pada majlis kemerdekaan anjuran embassy gitu. ramai betul malaysia. tak sangka lak. tapi students ilek. ada me and sorang lagi tu je. yg lain keje, or meniaga...kayo2 semuanya kecuali kami yg bergelar students ni. please come and visit me here ok cik kieli, and kawan2 c-club yang lain.

muahhhh!!!!