Friday, May 14, 2004

kawin punya cite...

cik talamubi dan rakan2 k**** terkejut besar sebab dalam mesyuarat baru2 ni, kami diberi kad jemputan kawin. rupa2nya one of our collegue nak kawin minggu depan. terkejut semua org..bukannya sebab apa, tapi tak dengar langsung kabar2 angin mengatakan dia akan menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat ni. bertunang pun takde dengar berita..tapi what the heck, tak bertunang pun boleh kawin, ye tak??? waaaa, tak sangkaaanyaa..bertambahlah lagi ahli k**** yang bergelar isteri tak lama lagi...

'talamubi, aku hantar kad jemputan nanti. aku kawin 30hb ni, kau datang ye!' sms dari kawan baik masa di mrsm dulu. kami deskmate for 2 years. rapat, and masa cik talamubi kawin pun, dia datang all the way from jb bersama tunangnya. kali ni mesti bayar balik. dahlah rumah dia kat tampoi je. melampau kalau tak datang. memang dah lama looking forward nak attend kenduri dia. congrats ila!

'alamat kau apa? nak hantar kad jemputan kawin' satu lagi sms diterima malam kelmarin dari kawan belajar sama masa di UK dulu. inamaz nak kawin....waaa tak sangka aku mamat tu!!! memang dah termasuk dalam kumpulan wajib kawin pun mamat tu, sebab gatal semacam je aku tengok.heheheh..anyway congrats inamaz. pelik jugak mengingatkan cite inamaz ni. pasal masa kat UK dulu memang heboh yang mak dia hanya nak menantu dari negeri yang sama. pernah jugak inamaz bercinta dengan gadis negeri lain, tapi beria mak dia mengamuk. last2 bertemu jugak dia jodoh dengan gadis luar. jauh pulak tu..hehe...tulah, kalau dah jodoh, sapa boleh menghalang, ye tak??

cik talamubi ke pejabat pos pagi tadi. masa tengah berurusan dikaunter, ditegur oleh junior masa di mrsm. walaupun kami jarang berjumpa tapi kami memang ingat each other. dia jeling2 ke arah suami cik talamubi. 'sah nak bergosip ni' dalam hati cik talamubi mengagak. 'kak talamubi, bila nak kawin???' hehehe, there u go..i told you....sah tengok laki aku, diingatkan bf ke...'daaahh, tu suami aku' cik talamubi explain....'laaaa tak jemput pun' teriak dia sambil menepuk2 cik talamubi. ' ha ha, tak kena jemput' sampuk mamat yang post office yang tengah sibuk buat keje tu....sabar jelah mamat tu, mengeruhkan keadaan sungguh...'bukan tak jemput, tak sempat hari tu' hehe cik talamubi memberi alasan. mana taknya, jumpa nya sekali setahun, alamat dia pun kita takde, hp no semua maklumat takde, mana nak redah???

hari ni lagi canggih dari semalam dan kelmarin. bawa bekal bahulu dan mamee je...semakin 'advance' nampaknya menu cik talamubi akhir2 ni...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home