Wednesday, April 14, 2004

5th day - end of the trip

hari ni hari terakhir kami di seoul. bertolak 7 pagi ke restoran undon mee. besssttt sangat undon mee tu , di masak dengan fish ball. berselera kami makan. lepas tu ke tingkat bawah utk ke kedai beli belah. semua org komplein sebab kedai ni mahal. 9.30 kami ke incheon airport. joe uruskan hal2 check in. bergambar dengan connie dan amy-our korean photographer. connie dan joe menyanyi lagu selamat tinggal (kot, tak paham pun apa diaorg nyanyi) dalam bus. bertukar2 email address dengan connie dan amy dan bertukar 2 no telepon dengan rakan2 tour yang lain. at 11, we flew back to kl...

sampai di kl, decide nak take bus to skudai. tapi memandangkan bag berat dan banyak, kami amik air asia balik ke senai. thanx a mil to cik kieli for fecthing us kat airport, we owe her so much. overall, we had a very precious and enjoyable moment in south korea. we were grateful to have a very nice tour leaders (joe and connie), photoghrapher (amy), coach captain (bus driver) and a nice group tour members - chris, joanne, penny, mrs and mr wong, aunties and uncle yang ramai and tak tahu nama, chew and mun, and aunty faridah and family.

end of trip

4th day

breakfast sama seperti semalam. buffet di hotel. kali ni makan 1 setengah keping roti sebab takut lapar. makan jagung dan salad jugak. hari ni kami mulakan perjalanan ke tempat fav Joe of all time - the Korea World Cup Stadium 2002. Joe was assigned by FIFA malaysia utk iringi bos2 besar syarikat hp malaysia tengok world cup game di korea n japan in 2002. out of hamoir 30 games, he got the chance to watch 15 games in VIP room. dia dapat gold prestige VIP card. punyalah happy bila dia cerita experience dia, rupanya dia memang minat soccer dari kecik. 8 years before world cup in korea and japan dia dah tahu the next game will be in asia but he didnt know in which country. tapi dia memang fight to get this chance to accompany all the big bosses to the game. the stadium is marvellous. seronok dapat masuk ke stadium tu. sebelum masuk ke padang, kami masuk ke theather room dia utk tegok beberapa snapshot korea games. tere jugak korea, dapat no 3. masa world cup dulu takdelah minat pun nak tengok. masa tu cik talam ubi di UK. tapi bila tengaok short video tu, interesting jugak. semangan juang tinggi. tu yang diaorg boleh pegi that far...

dalam bus joe bagi teka teki. macam mana korea boleh dapat letak nama Korea dulu baru Japan dalam Korea Japan World Cup 2002...??? antara 4 ceremony, the opening ceremony, first match, final match and closing ceremony, mana 2 event yang Korea pilih in order to get that title??? cik talamubi dan suami jawab opening ceremony and final match and kami menang. dapat free keychain dari joe...soalan tu takdelah susah pun..hhehe tapi since joe tanya in english, so out of 19 org, kami berlapan jelah (malays) yang paham soalan. so 11 yang lain dah tersingkir di pusingan awal. lepas tu pulak, rasanya logiklah sah opening ceremony and final match yang paling org tunggu2. and yes, we were rite...

dari stadium, kami ke kedai ginseng terbesar di s. korea. ada salesgirl malaysian di situ. tak beli pun sebab semuanya in US dollar and the cheapest was 230 USD. takyahlah. aku minum tongkat ali power root lagi murah. tak pun kacip fatimah si linda off tu. lepas tu kami ke Amethyst factory - batu warna purple yang boleh dijumpai di Korea. memang kat korea ni ada 2 je sumber asli yang utama - ginseng and amethyst. cik talamubi beli satu rantai dan loket amethyst. selain tu cik talamubi beli jugak rantai dan loket macam dalam winter sonata tu, yang bintang Polaris tu...hehehe..terima kasihhhh tak terhingga untuk suamiku tercinta for both necklace...

lepas tu kami lunch di chinese restaurant di tingkat 4 bangunan apa entah. banyak jugak hidangan tapi semuanya sayur..... sup telur kali ni dicampur jagung. rasa dia manis. loya tekak sebab manis, macam mana nak makan dengan nasi. lepas lunch kami ke Itaewon, pusat Imitation paling famous di South Korea . banyak mat saleh, sebijik gila barang2 dia dengan barang2 orginal. according to joe 99% barang kat situ sama dengan original, 1% je berbeza which is the manufacture. butik puma, adidas, calvin klein, nike sepanjang jalan. dengan kedai2 sekali imitation. real gila. cik talamubi beli tshirt dan sweater korea. tu pun puas bertekak mintak kurang, tak nak bagi. sia2 je aku belajar kakusaseyyo tu. then kami ke Walker Hill Casino. tak sangka, masuk casino cik talamubi kat korea. nak buat macam mana dah dalam schedule. bukan buat apa pun. apa salahnya, pengalaman. joe suruh kami beli cip 5000 won, sebab dapat keychain free. dia kata this is the only casino in the world yang bagi keychain upon beli cip. lepas dapat keychain (lawa keychain tu) kami tukar balik cip tu dengan duit. tercengang jugak kami tengok org2 kat situ main judi, macam dalam tv tu. soft drink pulak diberi percuma. amik je nak banyak mana. ada mesin air dan cawan disediakan. lepas casino, kami ke Lotte World - the biggest internal theme park in the world. dia ada internal and external park. besar gilaaa. macam disneyland lah. tapi smaller scale. own by korean chinese, tokey chewing gum lotte. seronok kami di sana. dapat 5 tiket game free yang diberi oleh tour agency. mula2 kami naik sinbad adventure. kapal menyusuri alam sinbad. kemudian naik monorail mengelilingi theme park. them kami masuk jungle adventure. then kami masuk 4D theatre. bergoyang2 kerusi kat cinema tu, macam nak tercabut kepala. then cik talamubi dan suami naik roller coaster. first experience ever. memang selama ni cik talamubi tak berani. penakut nak mampus dan memang tak pernah terpikir pun nak naik. kali ni entah semangat dari mana datang, decide nak naik. menyesal sungguh. pejam mata sepanjang ride. turun vertically about 90 degrees. laju pulak tu, panjang lagi. hampir nak terkeluar dari kerusi. dalam hati tak habis2 menyesal kenapalah pilih naik bende ni. lepas ride selesai, found out lutut menggigil. waaa tobat. ada satu lagi tiket sebab roller coaster tadi tak dicop. kami naik cawan pusing2. pening nyaa...hampir termuntah..hekekeke...at 7.30 kami duduk di situ sebab ada parade..seronok tgk parade....

malm tu kami makan nasik ala claypot gitu. cina2 lain pulak makan spring chicken ginseng. sedap nasi claypot tu. setiap kali kami makan mesti kawan2 cina tanya, ok tak, boleh makan tak?? diaorg risau kami tak makan....malam tu kami tido lambat jugak sebab berkemas. pagi esok kami akan balik ke malaysia....

end of day 4

3rd day

kami breakfast di hotel. buffet. best. boleh pilih macam2. and that macam2 is sayur...well well well. dah macam popeye pulak rasanya. makan roti and fruits jugak. lepas breakfast, kami ke Freedom Park, park macam symbolize freedom mereka gitu. from today onwards, tempat2 yang akan kami lawati semuanya dekat2 sini, around seoul and incheon areas. so dah tak payah duduk dalam bus lama2. lepas freedom park, kami pegi ke Incheon Port. This is one of the main port in S. Korea. from this port, naik kapal boleh ke China, Incheon Airport and another one place, tak ingat apa nama dia. chinese2 sama tour ngan kami ni sibuk membeli macam2 makanan kat gerai2 tepi jalan kat port tu. baik betul diaorg, setiap kali mengoffer mesti explain ingredient..'ni sotong, boleh makan.' very understanding.

dari port kami ke War Memorial, museum peperangan mereka. paling syahdu tengok tugu duaorg askar lelaki kat park tu. besar betul. those 2 guys are brothers. yang abang kena hantar ke south korea and adik serve for north korea. masa tengah perang, they jumped into each other dan terus peluk kat situ..waa sedih sungguh. lepas tu kami lunch buffet di satu bangunan tingkat 5. me and my hubby makan ikan steam kat situ banyak jugak sebab sedap. rasanya lain dari ikan steam yang biasa kita makan kat kedai seafood kat sini tapi sedap. kedai makan kat sini memang pelik2. bawah tu kedai keretalah, macam2 kedai, tapi kat tingkat 4, tingkat 5, ada kedai2 makan.

dari situ kami ke National Folk Museum, macam museum negara kita lah. dia tunjuk south korea dari zaman dulu sampai perkembangan hingga sekarang. interesting. kesian joe sebab dia dah tak larat nka translate si connie yang dari tadi berceloteh panjang. connie can only speaks korean and mandarin. so joe kena translate apa connie cakap pada kami malays ni. last2 we decide to do joe a favour and read on our own semua particul;ar2 kat situ. ada english version pun. lepas museum, kami ke the famous Dongdaemun Market. tempat shopping dia yang famous selain Itaewon. tapi takdelah murah mana sebab kat Malaysia kita boleh dapt much cheaper than here. lepas tu style ciplak dia pulak ala2 malaysia punya style sepuluh tahun yang lalu. kan dulu malaysia famous dengn Abibas, guss, samalah ngan korea sekarang. malaysia sekarang pasal ciplak2 ni punyalah advance. tgk petaling street oun dah cukup. semuanya sebijiik dengan yang real. tapi kat korea ni, masih ketinggalan dalam teknologi menciplak2 ni. mana taknya org christian dior, dia christian diol...nasib baik tak christian biol...tapi me and my hubby dapat beli bag pack yang cukup besar kat market tu. memang dah hajat nak beli untuk expedisi minggu depan, tak sangka boleh beli dengan murah di sini. 27 000 korean won. cheaper than malaysia...

kami dinner makan nasi goreng ala korea dan telur mata kerbau hari ni. lepas tu ada sup telur dan mee hoon korea...sedapp....

end of third day

2nd day

hari ni masuk hari kedua. lebih bersemangat sebab dah segar sikit. bangun subuh lepas tu tido semula. morning call at 7 sebab kami kena berkumpul at 8 am. tapi memandangkan semuanya pekak2 malam tadi, kami turun at 7 instead. oleh kerana ada masa lebih 1 jam sebelum breakfast, we decided to jalan2 di depan hotel. banyak betul pokok bunga sakura. cantik sungguh. lepas bergambar, kami mencuba pakaian kawin tradisional korea yang disediakan oleh pihak hotel. bergambar sakan. masa tu cik talamubi dah start berkenalan dengan hampir semua rakan2 chinese yang lain dalam trip tu. malam tadi pun dah start berpok pek pok pen dengan mereka. they were very nice, yang sorang tu punyalah fasih cakap melayu, nama dia Chris. adik dia Joanne. rupanya sekolah Pudu dulu. tu yang fasih berbahasa melayu. yang aunty2 and uncle2 pulak, pelat sikit. 'sebelum pegi korea, aunty jalan2 mana?' cik talamubi tanya sorang aunty tu..'oo Ampang'..dia jawab..sabor jelah, macam ayam ngan itik. aku tanya lain dia jawab lain..nak ketawa pun ada...

pagi tu kami breakfast di hotel. scramble egg, roti dan orange juice. then we departed to Kosu Cave. Cave tu historical sebab dah lama. punyalah panjang, 45 minutes walking. dalam banyak stalagmit etc. cik talamubi dah seram sebab gayat. suami memberi support, kononnya fear factor. oklah kita pun cuba. Ya Allah, nak pengsan aku, naik tangga vertical ke atas punyalahhh tinggi, nak patah balik dah tak boleh sebab ramai sangat org kat belakang. teruskan jugak. turun pulak guna tangan pusing2 tu. menggigil lutut sepanjang dalam gua tu. dah sampai rasa lega yang teramat. kelaur dari gua, ada deretan gerai2 menjual souvenior. barang2 kat korea ni, harganya 3 kali ganda dari malaysia. takde barang yang kurang dari 1000 korean won. cik talamubi, chris dan joanne berpakat membeli barang bersama2. kononnya beli sama2 mungkin dapat mintak diskaun. tapi makcik2 dan pakcik2 kat korea ni, garang2 nak mampus. kalau kita mintak lebih2 mulalah dia menjerit. takut kitaorg. dah lah tapk paham satu hapa. kitaorg hanya belajar cakap 2 ayat penting. 1) omayo? - how much? 2) kakusaseyyo - mintak kurang sikit...heheh

dari cave, kami singgah di hentian highway ala2 PLUS gitu utk luch on our own. kemudian kami ke Everland
, ala2 disneyland gitu. punyalah besarrr tempat tu, tak mampu kami cover the whole place. tiket masuk telah masuk dalam harga pakej tapi utk game, kami kena beli sendiri. semua setuju dengan Connie -our korean tour leader utk beli tiket 3 games berharga 17 000 korean won. sebab nak beratur panjang and takes time, so 3 games pun belum confirm habis. sampai disitu, mula2 kami pegi safari world, which is wajib utk semua. best bestul tengok lion dan tiger lives. ala2 masuk jurassic park gitu, pintu pagar dia berelektrik semua. yang paling impress tengok liger
- kacukan lion (kepala) dan tiger (badan). jahat betul diaorg ni, pegi letakkan tiger dan lion tu together to get that liger. lepas tu kami ke water world, another game wajib utk semua...besttt sangat, kami bertravel dalam air, melalui beberapa kawasan, waterfall dan curam dengan pelbagai penadangan dikira kanan kami...the third game tu boleh pilih sendiri-acara bebas. masa suntuk sebab kami kena berkumpul semula at 6.30. cik talamubi dan suami mula2 decide nak naik suspended coaster. adventureee tapi kena tunggu > 30 min. cannot affors to wait that long.

akhirnya kami decide utk round and amik gambar dulu. pegi ke tulip park dia dan kawasan2 theme park yang lain utk bergambar dan masuk ke kedai2 souvenior dia. suami dah pening kepala sebab cik talamubi terover suka dengan barang cartoon and in PINK color. takpelah, dia sporting. puanyala luas tempat tu, hari semakin petang and suhu dan semakin sejuk. last2 kami tak habiskan the third game tu. takpelah, ramai yang lain pun tak dapat habiskan. we had fun. we managed to solat kat park tu di celah tempat loacker barang2. lepas tu kami pegi dinner. makan setamboat lagi. rasa macam kambing pulak sebab bertan2 makan sayur. rasa macam dah tak tertelan tapi hentam jelah sebab nak makan apa kalau tak...

kemudian lepas dinner kami ke incheon untuk bermalam di sana. kali ni kami bermalam di Robert Hotel sampai hari kami balik nanti. lepas masuk bilik, me, suami, chris, joanne dan penny keluar jalan2. kemudian 3 org amoi tu pegi kedai cuci rambut. 7000 korean won harganya. mereka ajak cik talamubi sekali. malaslah. malam2 ni. sejuk. so cik talamubi dan suami berjalan2 berdua kat bandar tu. bandar tu known as red light district, macam kat amsterdam tu. memang macam kat amsterdam pun sebab tempat ni banyak club, banyak org mabuk, pelacur2 semua. cik talamubi dan suami pun hampir kena curik kamera oleh sorang mamat korea tak beretika masa jalan2 malam tu. ciss, ada hati, koreabeng betul...takut aku!

end of day two

6D/4N-Seoul/Suanbo/Incheon-1st day

Cik talamubi dan suami decided nak pegi ke South Korea utk bercuti masa kami pegi ke MAS travel fair di Midvalley bulan Februari yang lalu. masa tengok iklan MAS travel fair di tv, dah memang had the feeling, the offer will be great. lepas do all the comparing and analysing, at last hari tu jugak kami decide utk bayar down payment bagi package 6 days 4 nite ke south korea.

kami bertolak ke incheon airport pada 1 am, 9 april 2004. pagi tu, 8 april 2004, kami ke kl at 10. thanx to cik kieli sebab menghantar kami ke hentian sri princess. silap cik talamubi kerana memberikan maklumat bas yang tidak tepat kepada dia. tqqq cik kieli. Alhamdulillah bas still kat situ. we reachd kl around 2.30. lepas tu, pegi ke masjid jamek utk solat sebelum ambil star ke stesen hang tuah. dari situ amik monorail ke stesen bukit bintang. hajatnya nak amik taxi dari depan kotaraya terus ke bukit bintang tapi malangnya punyalaaahh payah nak dapat taxi, so tukar plan. kemudian kami menuju ke sungei wang plaza utk tukar duit. korean won really makes us feel like a millionnaire. mana taknya, dalam dompet masa tu kami ada more than 100, 000 korean won. bak kata apek, 'berjuta juta jutaaaa'. and betul kata tour leader kami, joe, yang money changer kat situ gives the best rate. selesai urusan menukar matawang, kami amik monorail ke kl sentral, kemudian amik komuter ke stesen nilai. dari nilai, kami amik airport coach ke klia. sampai di airport around 7.30 pm. then kami cari tempat solat. lepas tu makan kfc for our dinner. masa tu rasa macam tak percaya jugak, nak pegi korea ke kita ni bang??? maklumlah, pegi dengan tavel agency, rasa tak secure tu memang ada. dengan tiketnya takde, muka Joe tu pun kami tak pernah tengok. buatnya ada apa2 konspirasi, mampus kitaorg, bawak semula bag balik ke jb.

at 11 pm, as promised, kami jumpa Joe di counter C. masa tu dah ada beberapa peserta yang lain jugak sedang menunggu. there were 19 of us altogether. malays ada 8 org termasuk kami berdua. lagi 6 tu satu keluarga-mak, anak lelaki + isteri+2 anak, and anak lelaki dia lagi sorang. family tu memang kaya, diaorg own a bus express punya company.

dalam flight, everything went well. kami solat subuh dalam flight around 5 am. betullah rasanya sebab kat korea, subuh masuk around 4 something, and malaysia punya lebih kurang pukul 6. so kami amik in the middle punya masa. we reached incheon airport at 8 am. incheon airport is a new, big and modern airport of south korea. before this, main airport s. korea was in kimpo. weather was ok. around 7 deg C in the morning, tengahari up to 12 deg C and malam around 4 deg C. ok, badan boleh tahan. so hanya pakai a thin jacket. tapi sebab i really know myself. selalunya tangan memang tak tahan. so bawak glove sebagai backup.

ingatkan dari airport dia bawak kami check in hotel dulu. tapi sangkaan meleset semata2. dari airport kami terus dibawa ke Chuncheon, tempat shooting winter sonata. punyalah jauh, about 2 1/2 hours journey. dari situ, kami naik boat ke Namiseon Island. this is a man made island, tempat winter sonata di shoot. tak sangka, yang dalam cite tu semuanya diaorg baru buat, khas utk filem tu. kalau dalam cite tu, tengok macan tasik2 yang diaorg selalu berdating tu macam reachable by car, rupanya tempat tu is in an island. pandai diaorg buat. tempat tu sekarang dah jadik one of the main tourist attraction place. ramai betul org kat situ. ada tourist dari japan etc. ada jugak satu group tu datang nak buat shooting kat situ.

sebelum ke Namiseon island, kami singgah di satu restoran utk lunch. risau jugak kami pasal makan2 ni. tapi lepas di beritahu, korean tak banyak makan pork, mereka lebih banyak makan beef, hati lega sikit. joe memang baik. dia dah sediakan makanan khas utk kami as Muslims. so masa makan, kami berkenalan dengan keluarga melayu lagi satu tu. they are nice. kami makan steamboat dengan nasi pulut diaorg tu. and their main dish, kimchi. kimchi is a sayur jeruk. oklah rasa dia. me and my hubby memang rugged. segala bende kami bantai. asalkan halal. tapi family yang kaya sikit tu punyalah cerewet. tak lalulah, tak seleralah. ayo maaa, mana ada masak lemak cili padi kat sini bang oii..

dari Namiseom Island, kami ke Suanbo utk visit Chunju Lake. ni lagi satu, punyalah jauh sampai semua org tertido...after 2 hours, we reached there. dah solat siap2 dalam bas sebab tahu, lepas ni sah tak sempat. di chunju lake, we had a cruise ride. lama jugak, hampir 1 jam. lake tu terlalu besar. bersama2 rombongan kami was a group of makcik2 kat kawasan perkampungan tu. diaorg tu punyalah rugged. siap menari2 sakan dalam cruise tu. diaorg ajak kami join, errr tak nakk....tapi diaorg baik, siap peluk2 kita, cakap macam2, kita pun sengih2 and angguk2 je. kat kampung ni we can easily identify samada makcik tu gave birth to a son or a daughter utk her first baby. kalau first baby is a girl, diaorg akan jalan bongkok sebongkoknya. yang dapat boy, jalan tegak bak tiang telepon. kesian betul.

6.30 pm, kami pegi ke kedai makan. kali ni makan bbq sotong. tapi bbq dia lain dari malaysia. sebab dia buat sotong tu macam sambal tumis sotong yang kita makan dengan nasi lemak kat malaysia. sedaapp.. lepas tu kami bertolak ke danyang dan bermalam di danyang hotel.

end of first day

South Korea-6 D/4 N

Me and my husband, we just arrived from South Korea yesterday. thank you so much to cik kieli for being so kind and helpful to fetch us from senai airport and sent us to bus station sri pu**** last Thusrday. not thinking of working today tapi ada department meeting at 10 am. takpe. just show my sleepy face kat meeting tu, after the meeting, tengoklah macam mana. ingatkan nak lepak somewhere with beloved hubby utk edit gambar2 utk dicuci dan siapkan vcd-korea terlampau.

too much to tell. cant describe the experience we had in s. korea. what a great2 moment we had. tak sia2 tengok vcd winter sonata tu bagai nak rak sebelum pegi. bila sampai kat tempat diaorg shooting tu, which is called Nami Island, barulah appreciate. err.. its already 9.47 am. i need to get some stuff before meeting. hari tu dah print out minute mseyuarat utk meeting kali ni tapi entah di mana ya??? takpe, in the next entry, i'll story mory what we've been thru in korea.

till then, byeeeeeeeee....

Tuesday, April 06, 2004

network is up and running

Alhamdulillah, at last, after almost a week, the network in the faculty is up and running (at least for a time being)...punyalah lama without networks...no internet, no emails, no diary updates...waaa..suffering...

nak cite apa? too much to tell...macam2 xtvt dibuat sepanjang 1 minggu ni. dari bergiat cergas sebagai ahli sukan (ke gym pulak sekarang) ke akhirnya jumpa jugak kat mana gazebo's place tu and me and my husband really enjoyed that place (thanx a mil cik kieli), kemudian start menonton cite winter sonata yang org lain dah tengok sedekad yang lalu. pinjam vcd tu dengan kawan. ada 20 episodes all together. mula2 rasa macam malas nak tengok. tapi bila dah tengok 1 cd, punyalah hooked dengan cite tu sampai kami berjaya habiskan 9 cd in two days...dan yang akhir sekali, kehavockan cik talamubi dan cik kieli semalam, berulang alik ke menara ansar...InsyaAllah everything goes well...

ok sampai sini shj kali ni. nanti sambung lagi. can cin cauu...