Tuesday, May 11, 2004

jepun oh jepun...

baru mula keje hari ni. semalam dah sampai ke johor bersama cik kieli. hajat di hati nak ke opis dalam pukul 3 petang. akhirnya sampai ke malam tak pegi2. mana taknya, excited menunjuk barang2 yang dibeli kepada suami tersayang. impress terlopong mulut suami aku tengok barang2 dapur yang canggih2 dari jepun. the same word comes out from his mouth 'kreatif2 betul orang2 jepun ni' tulah ayat yang asyik keluar dari mulut cik talamubi dan cik kieli masa pegi ke 4 kedai membeli belah terhebat didunia semasa kat jepun tu (;))...

nak cite dari mana ye??? too much to tell after almost 17 days. baru nak tulis 'sila rujuk diary cik kieli untuk liputan lanjut tentang tour di jepun'. sekali baca diary dia, dia pun harap cik talamubi dalam keadaan rajin nak mengupdate. memang nak sangat cerita tapi bila dah banyak sangat, dont know where to start. tapi cik kieli dah cite some of it especially pengalaman manis dan berharga (berharga beribu2 yen) di akihabara. pengalaman di disneyland, tokyo dome etc, kyoto dan lain2 nampaknya kena tunggu dalam esok lusa (boleh kan cik kieli?;)). i hope by that time kita boleh baca banyak cite kat diary cik kieli. cik talamubi tengah terblur like sotong lagi ni sejak balik. dengan suami pun tak bercerita2 lagik. maybe sebab banyak sangat nak cerita, tak tahu nak cite macam mana...

manage to bagi souveniours kepada 4 org sahabat di fak. tak banyak sangat cik talamubi beli barang2 sebab duit dah tak cukup. itupun cik kieli pinjamkan 1000 yen kat sana. yang geramnya kat sana banyak kedai tak terima credit card. berlainan masa di korea. kedai buruk pun accept credit card. so as a result, terpaksa beli sikit je agar memadai dengan duit yang tinggal...sedih sungguh...

ramai jugak di fak menegur tadi 'dah balik??? bila balik???' hairan jugak cik talamubi sebab rasanya kat fak ni yang tahu 3 org je termasuk ketua jabatan. tak kisahlah tu. dr r tanya dalam mesyuarat pagi tadi 'mana pegi, lama tak nampak?' 'ke jepun' cik talamubi jawab pendek. 'fuiyoo, bape lama?' dia tanya lagi. '2 minggu' cik talamubi jawab. 'pandai cakap jepun ke?' dia tanya lagi. 'tak reti langsung' cik talamubi jawab....'pegi bape org?' dia tanya lagi. '3 orang, semua perempuan' cik talamubi jawab.'''kagum, kagum, memang impress gila' dia jawab...kekeke..ye ye, bukan kau je impress, aku pun sama2 impress. ni pun macam tak percaya, kami 3 orang survive di negara matahari terbit tu selama hampir 2 minggu (with 1 full week of berjalan sendiri2) without knowing satu pun full sentence of japanese language. yang kami tahu 'susimasen...' :)

macam2 pengalaman. pengalaman yang tak boleh nak dibeli. berharga sungguh. berbeza masa pegi berjalan di UK sebab kat sana semua org pandai berbahasa inggeris. di paris pun, walaupun org2 nya tak suka english dan mostly hanya tahu cakap french tapi still better than japanese yang memang tak tahu langsung berbahasa inggeris. dr r tanta kemudiannya, 'habis communicate macam mana?' cik talamubi jawab ringkas 'guna isyarat tangan' bukan saje tangan, kalau boleh kaki, kepala semua nak diguna. payah sungguh nak menyatakan hasrat dengan org yang tak paham sepatah haram apa kita nak cakap. waaaaaaaaaaaaaaaaa, survivor all star kami kat sana.

time to go. kejap lagi ada meeting. gambar belum dicuci. transfer ke komputer pun belum. nak kena tukar2 file dengan cik kieli. anyway, cik kieli, maksu wa ajak berkaraoke weekend ni. remember, karaoke yang dia pernah cite tu. yang murah tu??? amacam? dia habis final sabtu ni. bila lagi kita nak menyumbangkan suara untuk tanahair, ye tak???

dah pukul 2...ciao!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home