Thursday, May 13, 2004

iron chef

cik talamubi buat sandwich sardine pagi semalam untuk breakfast. pikir2 mula2 nak buat nasi goreng ke, mee hoon goreng ke, tapi bila bangunnya pun taklah seawal mana, so yang paling cepat dan ringkas is sandwich je. lepas tu bergegas ke fak sebab ada forum dari pagi sampai tengahari. call dr R kerana dia suruh jumpa dia at 11 but terlupa yang sampai noon ada forum. 'takpe, u datang at 2.30 then.' dia kata...

forum tu memang best. beneficial dan makan2nya pun best jugak. tapi cik talamubi makan sikit je. sebab risau gak makan banyak sangat lately. lepas balik dari jepun kelmarin pun, cik talamubi ajak suami ke jusco. pandang ni teringin, pandang tu teringin. beli coklat, aiskrim, biskut, etc...'Ya Allah, macam org kebulur bini aku'....suami cik talamubi cakap...hehehe..nak kata kebulur tu takdelah, sebab kat jepun, makannya cukup..bukan saje cukup malah berlebih2 rasanya, mengalahkan di malaysia. nasi lemak, karipap, kek coklat, mee hailam, roti canai, bla bla semua dapat makan kat jepun. cuma rasa macam mana yek...ala2 melepas geram gitu, sebab kat jepun, nak beli food ni memang jauh sekali. mahalnya bukan main. so bila balik sini, nampak aiskrim RM 7.00 baru berapa yen...so menggila lah beli itu ini di jusco kelmarin.

by 4 pm, selesai mengisi 3/4 borang upp baru. projek baru but not mine. my collegue's dr k. but since dia ada beberapa lagi borang lain nak diisi, so i helped her to fill in one form. bukan buat free, but since she put my name as her researcher dalam hampir semua projeknya, so y not...dr k memang generous, langsung tak berkira. lucky to have a collegue like her in the fac. so boleh jadik role model gitu dalam research and studies.

jumpa dr R at 2.30 as promised. bawak pen dan buku as backup kot2 ada bende nak jot down (tapi rasanya tak de apa2, nak tulis apa pulak ye tak?). rupanya dia nak bagi duit. my first consultation punya fee. dr R ada company sendiri, so hari tu dia ajak buat keje2 consultation dengan dia (me only as a small punya consultant). memang masa mula2 buat tu, cik talamubi anggap bende ni macam research work, buat utk dapat experience and exposure. sekali, semalam dia bayar, siap beresit. cik talamubi tolak jugak sebab segan. kejenya tak seberapa, tak patut dapat payment rasanya. tapi dia kata 'amik je, this is for u'. Alhamdulillah. terharu pun ada. waaa!!! cover duit tiket shinkansen ke jepun hari tu. terima kasih dr R for being so generous. semoga Allah murahkan lagi rezeki dr.

balik keje petang tu, terus ke HP. carik pasal sebab tahu dah, kalau ke HP mesti terbeli cd. kali ni bukan sekeping dua, sampai 40. cite bersiri gitu. cite korea. sampai 40 episode. hantu betul cik talamubi ni. baru tadi duit masuk, tak sampai setengah jam, duit dah keluar semula. nak buat macam mana, kalau dah chem eng tu, mesti life nak kena involve mass balance ye tak? kalau ada yang masuk, mesti ada yang keluar. tapi ni masalahnya mass balance yang menyusahkan diri sendiri. waa!! dahlah gaji pun lambat lagi. so bertaubat. lepas ni nak duduk rumah je diam2. takde dah berfoya2 ke sana sini...waaa!!!

pagi ni, breakfast punya menu pun simple jugak. cekodok pisang. kawan dekat rumah balik kampung baru ni. banyak pisang family dia kasi. so dia kasi cik talamubi 3 ikat. pisang tu memang dah masak sangat, so pagi tadi buat jemput2. tambah kelapa parut sikit and garam sikit nak menambahkan rasa lemak. maa kat jepun hari tu, berpeluang belajar dan menyalin macam2 resepi. dengan kek tunanya, puding rotinya, kek coklatnya, karamelnya, karipap pusingnya, tapi menu cik talamubi tetap cekodok pisang, esok kot2 cekodok kentang....bila entah nak beranjakan paradigma. alatan memasaknya toksah cakaplah, kalah iron chef. dengan apron barunya, semua dibeli di jepun. tapi kalau cooking practise tak berubah2 jugak, sia2lah nampaknya pelaburan yang dibuat. takpe, weekend ni ke kita cuba buat salah satu resepi tu. cuba tu memang means cuba, or experimenting in another words. sebab cik talamubi ni kalau part masak2 ni memang takut betul, entahnya jadik ke idak...bantai jelah, kalau tak cuba, mana tahu jadik ke tak, ye tak??? so talamubi-can....berusahalah! HAIT!!!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home