Saturday, February 28, 2004

'fully-booked' weekend

sampai ofis terus try my luck to msg cik kieli. and she replied! congrats cik kieli. awal betul datang keje hari ni, sabtu pulak tu. did ask her about her plan to sure heboh. me and my husband, mula2 memang ada intention nak pegi, tapi seram dengan jam terlampau kat area tu, err i guess better not. tengoklah, kalau terasa nak pegi pun, thinking of getting there by am tomorrow morning. pagi2 buta, orang tak ramai lagi kot...(booth pun tak bukak lagi agaknya)...

untuk concert sure heboh malam esok, tak sure who will show up. tulah macam kata cik kieli, kalau artis yang datang tu ziana zain ke, anuar zain ke ani mayuni amy mastura ke, worth it jugak pegi tengok. kalau puteh ke, rosmah AF ke...errr takyahlah kot, duduk kat umah merehatkan badan lagi bagus...

dapat berita terkini dan terpenting hari ni (for a woman), today - malaysia shopping carnival starts! laaa, first time cik talamubi tak ingat pasal carnival ni. sebelum ni bukan saje dah looking forward a week before the date, tapi siap dah book tiket bas awal2 ke KL. dah 3 kali shopping carnival macam tu...tapi kali ni tak kot, round2 sini jelah. sini pun apa kurangnya, semua ada...:)

check inbox yang dah lama (> 4 months) tak bukak. looking for email kawan yang katanya dalam email tu dia hantar gambar dia dan isterinya (they just got married). excited sgt nak tengok isteri kepada kawan cik talamubi tu. tapi check2 takde pulak email dari dia. agaknya dah lama sgt tak bukak, inbox dah full, so email tu terdelete sendiri kot...will sms him later to resend that pic....

dah lapar...nak gi lunch di sri menunggu yang dah lama tak dikunjungi tu. kinda miss the food there. lepas tu balik umah jap, solat dan terus heading ke holiday plaza. nak carik cite jepun terkini lagi sensasi dah keluar ke belum. tadi kawan di singapore (a chinese girl who i met at holiday plaza) bagi this info...kitaorg memang close pasal bende2 gini. yang funnynya, i met her kat holiday plaza, masa tu both of us tengah membeli belah vcd jepun. tiba2, macam mana entah, kami ter berbual sekejap about satu cite jepun ni, sejak tu we become friends. yang kelakar dan ajaibnya, this chinese singaporean girl is so niceee. masa i was in UK, dia selalu msg me, tanya mcm2, hows lifelah, hows everything, bla bla gedebak gedebuk....baik budak tu...:)

well well, enough for today, i better get going. kang habis pulak lauk2 kat sri menunggu tu...

Friday, February 27, 2004

here comes weekend!

finally, it's friday! end of the week. so weekend boleh buat acara bebas, tak perlu dtg ke pejabat. but wait, esok sabtu keje kan??? man.....

pegi sure G petang semalam for the first time. target: nak beli food semata2 sebab hari dah senja masa tu. tak sempat nak jalan2 ke gerai2 lain. lain kali datang lagi InsyaAllah. actually, malam tadi ingatkan nak tengok Hijjaz perform kat sure G tu. tapi since dari pukul 8 tak berenti duduk depan tv, dari gotcha, then fear factor tcs 5, break kejap masa news, then sambung at 10 - american idol, diikuti dengan trista and ryan's wedding sampai 11.30 kemudian diteruskan dengan fear factor ntv 7....maut betul....

akibatnya, miss Hijjaz show. takpe malam esok ada Yassin pulak buat performance kat situ. bukan Yassin senario ye, tapi Yassin yang famous dengan lagu Yassini Salsabila tu. kalau cerekarama tak best esok, adalah cik talamubi kat show tu malam esok.

pagi tadi breakfast keledek goreng. lama betul tak makan keledek goreng. 'bang, keledek ni kena rebus dulu ke sebelum goreng?' cik talamubi tanya...'takyah, goreng je'...kekeke..mula2 memang cik talamubi dah confident yang keledek tu terus goreng je lepas balut dengan tepung tu, tapi memandangkan masa kerat keledek2 tu, keras sangat, tiba2 terpikir, boleh ke jadik lembik isi keledek ni dengan hanya menggoreng je?? ke kat kedai tu, diaorg rebus sekejap, baru goreng? (duhh!!!)..tengahari tadi sempat salin resepi kuih keria. tengok lah esok kita cuba kuih keria pulak. kalau tak jadik pun takpe, sebab tetap dapat sokongan moral :).

hari ni nak balik awal. pukul 5 nak cabut balik umah. lepas tu ke pasar malammmmm...hope to see my fav face kat pasar malam tu (as usual), tak gitu cik kieli?;)

Thursday, February 26, 2004

fav song suami aku


sejak 2 3 hari ni, suami cik talamubi asyik nyanyi lagu ni. bukan saje part lagu tu, part makcik tu rap pun dia boleh nyanyi dengan betul, with the SLANG! my goodness. entah mana dia belajar. rupanya lagu ni memang in his mp3 collection masa kat states dulu...ok guys enjoy the song! :D

Kek Kurma

Tengah mengemas laci di ofis tadi, terjumpa cik talamubi dengan resepi yang memang sudah lama dicari. Sejak bertukar status ni, cik talamubi dah start interested jugaklah dengan resepi-resepi dan masakan-masakan baru ni. Ok, kepada yang berminat bolehlah salin resepi di bawah:-

KEK KURMA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan kurma (dibuang biji)

  • 1 cawan minyak masak

  • 1 cawan gula

  • 1 cawan telur

  • 1 cawan tepung gandum atau tepung naik sendiri

  • 1 sudu kecil vanilla

  • 1 sudu kecil bikarbonat

  • 1/2 sudu baking powder


CARA-CARA:

Bikarbonat dan baking powder diayak bersama tepung gandum (bagi yang tidak menggunakan tepung naik sendiri). Kurma, minyak masak, gula dan telur dimesin di dalam blender. Tuang bahan2 yang telah dimesin ke dalam bekas dan masukkan tepung gandum (+bikarbonat+baking powder) dan vanilla ke dalam bahan2 yang dimesin tadi. Kacau dan bakar.

My aunty and me tried this receipe masa raya baru ni. and it works! tak sangka guna blender pun jadik. sebijik macam kek kurma yang kita beli kat kedai tu (yang panjang tu). memanglah kalau beli dah siap pun berapa sen sangat harganya, tapi best jugak kalau kadang2 mencuba resepi-resepi baru ni ;). selamat mencuba!

What a relief...

Alhamdulillah, what a relief...3/4 daripada what-to-do lists yang dibuat semalam berjaya dislash sehingga tengahari ni. Yang paling urgent was carry marks students. Dan akhirnya penantian students yang tak henti2 dan tak bosan2 mengetuk pintu cik talamubi bertanyakan carry marks berakhir apabila pagi tadi cik talamubi berjaya menyiapkan carry marks untuk 3 subjects yang diajar pada semester ini. Hairan jugak cik talamubi bila pelajar2 ni suka sangat bertanyakan carry marks; tak kira lelaki ke perempuan, tak kira bangsa apa, suka sangat bertanyakan 6 million dollar question tu, 'cik talamubi i***, carry marks saya berapa?' I bet bukan kat cik talamubi je diaorg tanya, semua subjects yang diaorg amik pun diaorg tanya tentang bende ni...It is very true that they have right to know their carry marks before final exams. But what bothers me is kenapa perlu tau carry marks? takkan kalau dah dapat carry mark tinggi, takyah study kuat2 and score for the final? kalau dapat carry marks rendah pulak, takkan nak menangis siang malam sebab dah tak boleh nak buat apa pun, u cannot drop the subject (tempoh dah tamat), u cannot sit for retest (there's no such thing in these subjects) etc...so kalau cik talamubilah, prefer tak nak tau sebab that can caused

  • over confident (kalau carry mark dah tinggi)

  • depression (kalau carry mark rendah sangat)



pagi tadi datang keje lambat...waaaa, rosak separuh dari hari khamis aku. letih yang amat malam tadi. mana taknya main badminton mengalahkan atlet yang training nak gi SUKMA (sukma je hehehe). main 1 hour and 15 min. 4 of us termasuk my hubby bermain sakan. walaupun yang wanita2 ni hehehe skill dia memang power kuang kuang kuang (teruk lah tu) tapi kitaorg tetap berada di tahap keexcitedtan tertinggi. cik talamubi yang bergandingan dengan suami sendiri (takkan suami org lain kot) lawan dengan another 2 girls. kita main 2 sets. set pertama diaorg menang (17-15) and set kedua kami menang (15-6). suami cik talamubi dulu wakil maktab dan universiti, kira tere jugaklah. hehe. so cik talamubi banyak kali cakap ngan dia 'smash bang!' keke kiranya nak menang cepatlah ni. tapi dia kata 'tak nak, sebab i smash target kat badan, nanti kesian pulak diaorg'..oklah, kita mian macam biasa jelah. tapi since game tu start after 45 min kami dah main secara suka2 dulu, so masa game tu cik talamubi dah collapse. penat siot...mula2 nak stop je lepas first set tu, tapi diaorg insist nak main 2 sets. memandangkan cik talamubi letih sangat dan dalam kepala ingat nak balik jeeee, tiba2 tahap keteraan dan serangan cik talamubi meningkat dengan mendadak. pantang dapat bulu tangkis tu aku smash. kesian gak team lagi satu tu, dia serve pun cik talamubi smash. bola tinggi, bola rendah semua bantai. bola tanggung (istilah hasbullah awang RTM), bola cangkung, bola ala kangkung semua cik talamubi bantai smash (over actinglah pulak). naik terkujat suami aku tengok. akhirnya sekejap je kami menang set tu....

'apsal tiba2 u tere?' suami cik talamubi tanya. 'bukanlah, i dah tak tahan dah, letih.....nak cepat2 habiskan game tu, tak sabar nak balikkkkkk' cik talamubi jawab.

org selalu kata main badminton ni kalau terburu2 bawak padah. tapi cik talamubi, main2 terburu yang menang, main hati2 yang lingkup. akibat beria sgt main tak ingat dunia ptg tu, lepas american idol terus tidoo malam tadi. tapi frankly, last nite punya group was the best. semua contestants suara powerr22...finally .....:)

cik kieli, bintang hati tu dah start ke??? tadi cik talamubi check mega pavillion and gsc, belum ada. yang ada dari kelmarin cerita bisikan asmara remaja tu....kalau dah keluar jangan lupa bagitau ye. tak sabar nak tengok anuar zain...;)

Wednesday, February 25, 2004

HIT IT!!!

pagi tadi lepas solat subuh, tekad tak nak tido balik. sebab, kalau dah tido balik, harapan nak pegi keje awal tu memang tipis, senipis kulit bawang (cewah!). so lepas subuh (which is takdelah bangun awal sgt pun :)), cik talamubi terus buat breakfast. breakfast apa kita pagi ni? ya, itu dia...homemade instant roticanai. dalam masa 5 minit, siap 4 keping. lembut pun lembut macam kat kedai mamak tu...hehehe...biasalah, wanita moden...;)

lepas masak, kemas bilik, mandi and sampai office at 8.10 am. lepas tu terus buat what-to-do list. penting list ni sebab selagi tak dislashkan semua item dalam list tu, kinda gelisah jugaklah. tapi nampaknya memang takkan terslash-slash lah item2 tu dalam satu dua hari ni sebab keje tu takes time. nak kena hantar questionnaires to about 300 kilang seluruh malaysia...errr.........

dalam pukul 11, received quite an important (not that important actually) phone call from a friend. isu: gaji. isu yang nampaknya tak reda2 sejak 2-3 bulan ni...mana tak temper, sebab kita ketinggalan 1 tangga gaji kerana kesalahan err..sapa eh? banyak pihak yang terlibat, so tak tau nak point kat sapa...dah banyak kali komplen pun sama jugak....(duhhh!!!)...anyway, InsyaAllah akan ke pejabat berkaitan esok untuk bersemuka dengan org yang bertanggungjawab...senang cakap depan ni, biar dia tengok keseriusan, kefiercean dan kebengisan muka kita...bukan nak carik gaduh, tidakk..jauh sekali. cuma nak settlekan bende yang dah lama tak setel2 ni...

hari ni cadangnya nak masak nasi goreng cendawan. terus terang memang tak tahu resepi dia. tapi dari malam tadi sebelum tido, cuba membayangkan rasa dan rupa nasi goreng cendawan yang selalu dibeli kat kedai2 sekitar tmn di sini. bantai jelah...asalkan letak cendawan, jadiklah kot...

kawan ajak main badminton petang ni at 5. cik talamubi bukan tak nak main, tapi baju tak bawak (alasan!). err...bolehlah sekali sekala. nak ikut wawasan salah seorg pemimpin kat sini - gaya hidup sihat...tapi ada sorang Dr tu bila cik talamubi cakap macam tu, dia kata..'kau jaga diri kau tu pun cukuplah, tak yah nak begaya2 sihatnya...' hehehe...gaya hidup sihat ni membawa banyak erti mengikut firasat cik talamubi...pertama - kita main sukan atau xtvt riadah lain yang boleh menyihatkan badan, kedua - tak bersukan pun takpe kalau tak nak, asalkan kita pandai bergaya menggayakan pakaian sukan dan alatan sukan yang kita ada pun dah cukup bagus. ada semangat kesukananlah tu kiranya....

nak baliklah, ready for the game, ready for the challenge bebeh. HIT IT! - bak kata siti nurhaliza :D.

Tuesday, February 24, 2004

berantu sungguh bende ni...

separuh dari hari bekerja cik talamubi hari ni dihabiskan dengan 'membelek-belek' blog baru ni...start dengan mula2 nak bukak akaun bcb diary yang barunya, lepas tu mencari tagboard, looking for a new template (tak jumpa yang sesuai di jiwa) dan etc...

lepas zuhur, berkejar ke bangunan kuning oren. ada pameran di sana hari ni. kena jadik evaluator untuk 3 kumpulan...2 kumpulan tu buat plant bio...which is i found less challenging compared to pure chemical plant...sebab apa??? aaa sebabnya temperature, pressure of the process semuanya moderate, ala2 suhu bilik gitu...yelah kang suhu tinggi-tinggi sangat kang, arwah pulak bakteria2 tu...jadik, designnya jadik simpler...

tapi satu kumpulan tu, since dia buat chem plant, kena bantai teruk gak...mula2 masa kita suruh dia cite pasal plant dia...berabuk2 keluar, macam2 bende cite..yelah excited kan, disuruh bercerita bende yang memang diaorg tahu...bila part Q&A tu, pilu jugaklah rasanya...sampai satu part ketua kumpulan dia jawab...'kitaorg main buat je, sebab dah pegi jauh masa tu, so tak sempat nak pusing balik dan betulkan kesalahan kitaorang...' well well well...meletup jugaklah kilang korang tu kiah oii, kalau dah macam gitu gaya...nasib baik lah cik talamubi ni ala2 paula abdul dalam american idol tu, maintain senyum je...kalau aku segarang simon caldwell tu, ada pulak student yang terjun bangunan balik karang...takpelah part of learning process...

habis sesi mengevaluate, tiba sesi makan2...makan sikit mee hoon beserta sambal membunuh cili. pedasnya bukan main...lepas tu singgah ke gerai2 postgrad. kebetulan mereka bukak booth hari ni, pamerkan hasil research group masing2.

nonie nak kawin...nonie mana ni??? nonie kawan cik kieli aka kawan cik mimi jugak tu ke??? eh eh kalau ye yang itu, tahniahhh nooo...jemputlah kami ye...;).

nak solat asar lah, lepas tu balik. masak makan malam dan kuih sikit...kuih apa? belum sure..esok baru cite (itu pun kalau kuih tu menjadik)...tadi sepanjang pagi sibuk mengsetup menatang ni. ni petang, update pulak....baru sekejap, ada je bende nak ditulis...excited..maklumlah mula2 ni....tengah buat keje, sikit2 terpikir nak update, mengalahkan cnn punya latestnya berita2 kat dalam jurnal ni...ketagih pulak...ni yang aku maleh ni...berantu sungguh bende ni.......kekekeke

Hello everybody!!!

Assalamualaikum...

dah lama tak menulis. its been ages...bak kata mamat exists (masa suara dia belum pecah) 'berkurun lama kurahsiakan...' well, there are few fear factors yang menyebabkan cik talamubi berenti menulis diary ni dulu. dulu cik talamubi memang rancak menulis kat online jurnal ni. semua ada dalam diary tu. berita2 dunia, isu2 semasa pendidikan, gossip terkini artis tempatan, hollywood, bollywood...semuanya ada...pembaca setia pun ramai gak masa tu...tapi sejak cik talamubi mengambil keputusan berhibernisasi (betul ke ejaan aku ni???) dari menulis, semua pembaca dah lari...

but now, i come back with a new image (cewah), new nick name and new type of online diary....aku nak jadik face-off. tak nak dah dikesan oleh orang2 yang tak diingini. reasons of pilih nick name yang canggih ni (talamubi):-

  • aku memang peminat setia kuih talam ubi
  • beli kuih talam ubi setiap kali pegi pasar malam
  • baru minggu lepas salin resepi buat kuih ubi dari cik kieli. nampak macam senang
  • reason paling utama : cik kieli JANJI nak buatkan kuih ni untuk aku semalam!!! :)


nak cite perkara2 yang dah lepas, too much i guess....so starting from today, semua cite2 dalam blog ni adalah cite pasal hari ni onwards....cuma tak boleh nak resists, nak jugak cite pasal a wonderful day i had yesterday...

Monday, 12.30 noon: receive sms from cik kieli - 'you and 1 friend are invited to have lunch at my place at 1.30. RSVP.' lebih kurang macam tulah sms tu....cik talamubi pun dah tak ingat sangat...the first reaction from me..'wow, bestnyaaaaaaa...sah makan best!'...the second one...'RSVP tu apa bang? kumpulan rap ke???' ...rupa2nya reserve seat via phone...baru cik talamubi tau. lepas ni nak guna perkataan ni banyak2 kali...maklumlah, baru tau..itu pun dengan bantuan kamus bergerak suami ku...hehehe

1.15 : amik mak su wa dan sahabatnya, brutal brut utk ke umah cik kieli. singgah di 7 11 membeli ais. cik talamubi bawa sikit buat tgn utk tuan rumah...cookies and bayam goreng tepung...

1.30 : sampai kat umah cik kieli. first time datang umah dia. sy** pun ada. seronoknyaaaa...lama tak berkumpul ramai2. nice house....complete umah dia, semua ada...cik kieli tgh sibuk di dapur masa kami sampai dibantu oleh sya**...

2.00 : cekik time...spesel sungguh hidangan di rumah cik kieli. menu: nasi jagung, ayam masak merah, masak lomak cili padi version asli N9 (pedaasss tapi 'goreng pun sodappp') , ikan goreng tepung kfc, buah2an and air oren...
sedapnya toksah cakaplah, sehingga menjilat tapak tangan...

3.00 : kami menonton koleksi video2 cik kieli. dimulai dengan HMI baru2 ni featuring ella...ella rocks! walaupun gaya dia tu kureng kami gemari, tapi suara dia memang powerr...rockk kapaackkk gitu...sya** meneruskan tugas sebagai suri rumah dengan membuat kek coklat...cik kieli membantu sambil menimba ilmu...lepas tu kami tgk show fauziah latiff, ziana and siti...memang seronok tgh rancangan lama2 ni....kekekeke....cukup terhibur. kami turut dihidang dgn fries and chicken nuggets sambil menonton...

5.30 : kek siap. siap ngan home made topping sekali. rasanya....kalahlah setakat heavenly secret receipe tu...tahniah sy** and cik kieli...kek mung menjadik and taste sooooo goood....

7.00 : say goodbye to tuan rumah. terima kasih daun keladi atas layanan dan makanan yang sedap2 semuanya. we had an enjoyable moment kat rumah dia. lain kali anjurkan lah lagi program2 membina badan seumpama ini...cik talamubi takkan terlepas untuk mengikuti...

9.00 : cik kieli menjemput cik talamubi untuk join bbq students dia kat tr**** house. sy** pun ada. seronok kami...makan macam2. ayam, sotong, hot dog, kuih, keropok bla bla...students dia pulak..yang laki2 semuanya hensem2....sopan santun lak tu...sejuk jari2 cik kieli menulis kat white board dapat anak murid baik macam tu...di akhir program, kami semua dapat buah tangan. cik kieli dapat jam sailor gitu..cantik sekali..terima kasih adik2..tahun depan jemput lagi ye....

lepas tgk my best friend wedding (fav movie of all time), cik talamubi melelapkan mata...esok keje..isyhh, kan best kalau esok lusa tulat dan tubing public holiday lagi....