hari ni network seems ok. at least for a time being. so nak gunakan peluang ni mengqada' semua cite2 yang lepas. where to start? haa from saturday i guess. sabtu baru ni sabtu keje, tapi pegi keje lambat. hanya nak memenuhi syarat. lepas zuhur terus ke taman U. bila bahan2 untuk buat mee goreng mamak dan beli durian. semalam dah beli tapi dah tinggal 2 biji je kat umah. so tambah sikit lagi hari ni utk dibuat bubur. beli beras pulut juga sebab memang teringin sangat nak makan pulut durian. walaupun tak reti2 lagi masak pulut (selalu hangit), kali ni nak try jugak guna kukus kecil dalam rice cooker tu.
malas pulak rasanya nak masak mee goreng lepas sampai umah sebab masa tu dah pukul 3. pukul 5 ada janji dengan n*** dan suaminya utk main badminton. end up kami makan roti canai segera je. sambil tu masak pulut dan kuah durian. alhamdulillah kuah durian menjadi kerana terpaksa menolak pantang iaitu santan pekat. selama ni kalau masak bende2 bersantan, mesti pakai santan sikit sangat. kalau tak pun pakai santan serbuk. so kuan durian selama ni cair2 gitu, tak serupa macam org lain buat. kali ni nekad, pejam mata, masuk santan dari sebijik kelapa. tu yang menjadik tu.
tunggu n*** dan hubbynya. sms and call. tak berjawab. tidolah tu rasanya..hehe...so me and my husband, kami berbadminton berdua je. as usual permainan yang awalnya harmoni yang stress sikit sebab cik talamubi ketinggalan jauh. tenseeeee....so utk hubby kesian, dia kasik chance. kononnya tak dapat ambil bolalah dan etc. last2 dia main guna tangan kiri semata2 nak bagi aku pintas point dia. tak berjaya jugak....kot2 dia kena main ngan kaki kot, baru aku boleh kalahkan dia...
malam tu me, hubby, zal, ziz, ip, ec,ais,n*** and hubby pegi makan kat gazebo place. saje mengajak mereka ke tmpt tu. keluar dua kete. zal order chicken maryland. besarrr betul ayam tu....bestnyaaa..puas hati..sedap pulak tu...lain kali datang situ nak order chicken maryland pulak. balik dari gazebo kami bercadang nak tgk movie pulak. sekali sekala hang out 2gether, apa salahnya panjang sikit langkah. ke pelangi. punyalah ramai org, pusing a few times just to get parking. sekali tengok semua cite sold out......dah sah2 sold out, weekend lagi babe....next time diaorg kata, weekdays pulak kita try...
esok pagi at 8 ada gotong royong sebenarnya. mengawasi budak2 p*n yang buat keje amal di kolej. cik talamubi betul2 ngantuk dan penat. so buat tak tahu je....sekali dengan n*** dan ziz menjerit2 panggil ikut tingkap toilet. 'taklamubi, budak2 p*n ni datang pun, jom main badminton'..diaorg ajak...'ok!!!' jawab cik talamubi. so, n***, talamubi, hubby, zal and ziz gi main badminton pagi tu. sakan jugak. cuma budak2 perempuan ni diaorg punya style main, pukul bola tu pastikan lawan boleh amik bola tu...hehehehe....lawak betul...
tiba2 cik m call. budak2 p*n dah datang. so kami balik kolej. tengahari tu cik talamubi dan hubby ke majlis kawin ila di tampoi. dia buat di dewan. makannya best.. cik talamubi bawak zal. kesian pulak kat dia. kat situ siap ada dj dan nyanyi2. best suara penyanyi2 tu. kononnya dalam proses buat album diaorg tu. dengan sapa eh? jojo production kot eh.
semalam (selasa) selesai one day course yang dianjurkan. alhamdulillah sangat. semua dah selesai. penat pun penat. so thinking of dah amik cuti je hari ni. ingatkan memang hari ni cuti. wesak day. sebab singapore cuti. rupanya tak. malaysia dah cuti wesak sebelum ni. i thought it should be seragam satu dunia....masa cuti wesak hari tu talamubi takde kat malaysia ni. tu yang tak tahu rupanya malaysia dan sambut wesak dulu. tapi ada org cakap, chinese malaysia pun bagitau, wesak day dalam kalendar malaysia ni silap. it suppose to be today.....something to ponder pulak rasanya.
nak call cik kieli utk urusan menukar2 gambar...