Tuesday, July 27, 2004

perginya seorang patriot...

sedihnya sungguh cik talamubi dan suami minggu lalu. sedih sebab apa? ayam kat kampung mati ke??? selalunya orang akan tanya soalan macam tu kalau tengok muka kita bermuram durja. tapi kali ni bukan ayam kita yang mati (sebab takde bela ayam pun). tapi yang mati is our 'flipper'!...waaaaaaaaaa!!!

flipper - nama ikan yang diberi sempena nama ikan tom kurus dalam cite jerry mcguire tu. ikan yang dihadiahkan oleh cik kieli bersama bende2 lain sempena perkahwinan cik talamubi. ikan yang menemani dan menghiburkan cik talamubi dan suami sejak hampir 7 bulan yang lalu. ikan yang betul2 kami sayang sebab dia baik dan cute. warnanya ungu kebiru-biruan...waaaaaaaaa flipper kenapalah kau meninggalkan kami....

dulu, flipper ni memang aktif. berenang ke sini sana. masa cik talamubi pegi jepun, cik talamubi tak lupakan flipper. cik talamubi belikan flipper rumah baru. akuarium plastic yang sizenya besar sikit dari the first one. mula2 flipper kekagetan (perkataan berikut diambil dari salah satu novel melayu yang dibaca). dia remain stiff. tak berenang. kami agak dia rasa kekok ngan rumah baru. after some time, dia berenang dengan happynya. maklumlah rumah dah besar sikit. kalau kita ketuk2 cermin akuarium tu dia datang kat kita. aku rasa macam dalam cite free willy pulak, cuma bezanya ikan kami ni berjuta2 kali ganda lebih kecil dari willy.

tapi sejak lebih kurang a month ago tak silapnya, flipper semakin mandom. kami bagi makan dia tak makan. akibatnya banyak makan lebih dalam akuarium dia tu. mula2 cik talamubi agak dia tengah mengikuti program diet, tak pun dia makan teh orang kampung, tu yang tak berselera tu. lepas tu dia dah tak berenang2 sangat. duduk je. tak tahulah kalau sepupu dia si nemo tu hilang lagi kali ni. tu yang dia risau tu agaknya. a few times we caught him macam terbaring gitu, risau gila cik talamubi, tapi bila kami ketuk2 dia tersedar, rupanya dia tengah tido...

sampailah minggu lepas, lepas kami balik dari negeri penyu, masuk je bilik, tengok flipper dah menghebuskan nafasnya yang terakhir...waaaaaaaaaaa!!!! dia terapung dipermukaan air. rasanya dia meninggal masa kami takde di rumah. mungkin dia pun tak sangka nak say goodbye kat kami so dia bertahan sampai ke outstation. sedih gila cik talamubi. tak sanggup rasanya.

'ikan ni memang ikan pendek umur, dia bukan untuk disimpan lama2. ni pun dah kira lama dia bertahan.' suami cik talamubi cakap. dia dah banyak kali mentioned yang ikan jenis ni memang selalunya sekejap je. tapi for almost 7 months, flipper dapat bertahan. great achievement for him. mula2 cik talamubi suruh suami tanam kat mana2 body flipper tu sebab tak sanggup sangat rasanya nak flush dia dalam toilet. tapi esoknya cik talamubi tengok akuarium flipper dah terlangkup, suami dah bersihkan. sampai sekarang cik talamubi lupa nak tanya hubby mana flipper punya body. mana yek bang u letak??? hari tu kami ke giant ada gak survey2 ikan lain untuk ganti flipper tapi rasanya we r not ready yet. tapi pulak yang berkenan di hati. sedih lak sebab tak pernah amik gambar flipper. so kenangan kami ngan flipper hilang macam tu je.

tapi takpelah. semua yang datang akan pergi. Allah lebih sayangkan flipper dari kami. to flipper, so long....from both of us.

Friday, July 23, 2004

genting experience: horrible or fun and sweet???

cik talamubi dan suami rushed balik ke johor lepas mengajar di angkasa lepas jumaat lepas sebab i have to be in johor by nite sebab malam tu jugak nak bertolak ke genting sempah highlands. kami sampai at 7.30 pm. lepas mandi dan berkemas2, cik talmaubi goreng kepok lekor yang dibeli di ganu kita. sambil tu tengok malaysian idol. entahlah kenapa, cik talamubi dan suami suka benor dengan si vick tu. ya, pelik tapi benar. sebab dia nampak ala2 along bukit beruntung gitu. tak pun macam muka pelakon singaporean dalam police and thief tu. ala2 young and dangerous part 3 gitu. suka nyaaa..cuma malam tu dia nyanyi lagu yang tak catchy...cis!

malam tu kami bertolak ke genting. menangis jugak aku dalam bus tu lepas bye bye suami. macam tak biasa. ke jepun sampai 17 hari ok, ni ke genting utk 2 hari. tapi sebab penat sangat rasanya, i think i just need some rest masa tu sebelum gi for another travel, tu yang sayu je bila lambai suami dari bus tu. dalam bus, budak2 pasang cite the eye. perlu ke??? dahlah pantang aku cite2 hantu ni, sedangkan cite perempuan harum sepanjang hari tu pun aku tak tengok2 lagi, nikan lak cite seram macam ni. tutup mata sepanjang cite.

kami sampai at 6.30. tapi menunggu urusan bilik semua, at 7 baru dapat masuk. subuh gajah lah kami pagi tu. gi kursus dan perasmian pun tak mandi sebab tak sempat. lantaklah. lepas makan tengahari baru mandi. petang tu cik talamubi bagi ceramah untuk sesi 1 bertajuk generic skills. bantai je tu sebenarnyaaa....

malam tu tina2 cermin mata cik talamubi tercabut...waa nak pengsan rasenya pasal apa, contact lense tak bawak. mana lak aku nak carok kedai cermin mata kat atas gunung ni. nasib baik zah and n*** ada. diaorg tolong pasang balik guna macam2 equipment. dari credit card, kertas, keychain, brooch ke plastic ubat, semuanya di guna. mana taknya, skru tu kecik mengalahkan mikroorganisma gitu. tu yang payah tu.

esonya lepas kursus kami naik kereta kabel menuju ke puncak. and it was the most terrible experience i've ever had. mula2 excited, tapi once naik, Ya Allah...nak pengsan aku. pandang ke atas, tinggi lagi nak kena naik. pandang bawah lak sayuuuppp je. dahlah sekali sekala bergegar kabel car tu sebab lalu di tiangnya. ketawa budak2 tu tengok cik talamubi. bukan dibuat2 tapi memang takut betul. dalam hati menyumpah2...kenapalah aku tak tunggu je kat bawah??? yang gatal2 nak naik sama tu apsal???

perasaan gayat cik talamubi ni memang kisah benar, bukan rekaan. tak percaya?? tanyalah cik kieli dan wanie. hanya mereka yang memahami. masa naik rollercoaster kat korea, hampir pitam. menggigil lutut hampir sepanjang malam. kat disneyland hari tu pun, naik yang splash tu cukuplah. tak sanggup. berdegup2 jantung. org lain enjoy, kita menderita. sebenarnya masa kat disneyland tu, bukan naik spalsh mountain je takut, sebenarnya naik flying dumbo tu pun cik talamubi dah takut gila. peter pan, and semua bende2 lain yang berterbangan di udara. cuma masa tu kontrol sikit tapi perasaan takut tu still ada.

kami sampai di rumah pada ahad, 3.30 pagi. lepas tu berbual ngan suami sampai 5 lebih. punyalah penat hari tu..ok sambung lain kali untuk cite sepanjang minggu baru2 ni...nak kena balik cepat ni sebab ada kawan nak belanja kami kat white sand village...ciao!

Wednesday, July 14, 2004

crazyy tele-match

the weekend was fun and full of madness!!! tak sangka dr2 ni, sometimes they can be more childish than us huh? :D...on friday, we left to desaru at 3 (by bus). tak tahulah the journey was fun or not, the scenary was beautiful or not, sebab lagi 500 m nak sampai hotel, baru cik talamubi terjaga...we arrived at the hotel after 2 hours journey. sampai je, reception tu dah sediakan orange juice (dalam hati, orange juice je ke??? kek ke, buah2 ke, kuih2 ke takde?) my roommate was hapi. actually we chose to stay together sebab kami kenal each other dari k**** lagi. lepas asar kami jalan2 kat swimming pool (jalan2, sebab nak mandi takleh)...sekali dari jauh nampak air berkocak2 dengan hebatnya, gedebush gedebush bunyinya. rupanya one of our important person...kekekekeke....pecah rahsia, nampak gagah tapi baru nak belajar berenang..kuang kuang kuang...

malam tadi, we had a motivation talk. esoknya pagi ada aerobik, tapi we were late. guys dah started berjoging, so kami pun buat senaman sendiri2. we had a fun2 session pagi tu sebab ada pembentangan setiap kumpulan dan pembentangan paling best dari prof r pada sebelah petangnya. siap ada rating 'for 18 and above only'.....kekekeekke, sampai keluar air mata ketawa. mana taknya, kalau bercerita pasal produk sensasi tu, sah2 hillarious jadinya session tu. esoknya sunday,kami ada tressure hunt. we were divided into 3 groups. mula2 cik talamubi sorang female in the goup compared to the other groups that consisted of 3-4 female. memang tak adil. then i managed to get lagi satu female to join my group. so there were 2 of us and the other 11 were all male. memang jabatan kami ni kaum wanita pupus. kumpulan cik talamubi memang best. prof, ketua jabatan 2 orang, dr glamer sorang, technicians, lect muda, semuanya jenis yang ketawa tak ingat dunia and sporty. treassure hunt, kami dapat no 1. utk telematch lak, ada banyak games. malangnya syarat utk semua game adalah, at least dalam team tu kena hantar 2 female untuk main setiap game. memandangkan kami ada 2 female je, so we have to play all games. nak mati rasa. mula2 acara lari buta (lari tutp mata). kami dapat no 1. lepas tu lari dalam guni, kami dapat no 3 (last place) sebab yang sorang tu dia asyik terjatuh, cute pulak tengok. lepas tu lari berganti2, no. 1. terompah gergasi no. 2. lari susun batu bata, no 1, menganyam ketupat pun no 1. mula2 kami expected we'll get the last place utk mengayam ketupat tu sebab kami tak ramai wanita and me pulak, memang takleh buat bende tu. so wakil kumpulan kami 4 laki 1 perempuan. kump lain semua perempuan ramai, advantage. sekali menang gak sebab the only female in our group tu buat ketupat laju, the other 4 hanya sebagai backup singer, mengemaskan daun tu dan provoke kumpulan lain supaya diaorg lemah semangat. jahat betul...heheheh

kami pulang at 2.30. memang dah tak sabar nak balik. rindukan suami jugak. kumpulan kami dapat 2 hamper besar sebab menang no 1 utk treassure hunt and telematch. memang fun. di akhir sesi, i was requested utk wakili junior lect to give closing remarks or speech. malu jugak sebab tak biasa. oh lupa, tengahari tu kami dapat chance tgk malaysian idol lepas habis telematch. lawakkk.....tu dah jadi one of my fav tv show sekarang. seronok tgk. i like that juen (the host). he is funny. and i like roslan too (the judge). he is mean but funny. paling cik talamubi suka line dia 'awak ni menyanyi ke cekik kucing???' kekekekeke....garang jugak dia tu, boleh tahan.....looking forward to watch the next episode this week. tapi kena tape lagi nampaknya sebab esok cik talamubi ke negeri penyu, jumaat lak lepas selesai tugasan, kena bergegas balik ke jb sebab malam tu kena bertolak ke genting h sebab ada program di sana until sunday. hectic mannnn. dahlah kena buat presentation kat genting tu. petang ni lak nak melawat kak nab, the best and most generous cook ive ever met sebab she just got a baby girl (cik kieli sah kenal kan, sapa kak nab ni...)...nak solat sebab kejap lagi ada meeting. malam ni, nak tgk cd yang kawan pinjamkan malam tadi. gila2 pengantin remaja, cd 2 (sebab hari tu cd 2 rosak) and perempuan harum malam siang tu. takut gak nak tgk cite tu...:D

Friday, July 09, 2004

out-station

off to desaru this evening for the dprmnt's workshop until sunday. tak best sebab hubby tak pegi sekali. tak best sebab tak dapat tgk malaysian idol. tak best sebab tak dapat gi jcard sale. tak best sebab weekend ni actually banyak plan lain. and most of all, rasa tak best sebab basically i'm not really prepared mentally to attend the workshop. HOWEVER, i really hope i'll have a wonderful and an enjoyable moment there, InsyaAllah...

Tuesday, July 06, 2004

after some time...

at last, finally, after about a week, i have a chance to update this diary. mana taknya, last week, hampir the whole 1 week network down. &*()%$$&*#% betul...bosan jugak rasanya, without internet. mati kutu.

where to start...ok, last last sunday, i made a birthday party for my beloved husband. jemput kawan2 sek**** dan rakan rapat yang lain. called cik kieli malam tu, because i thought maybe she'd already in sku*** tapi masa tu dia masih di hometownnya. kinda frust jugak sebab memang dah berhajat mengajak dia utk majlis besday ni. InsyaAllah lain kali ada majlis besday lagi, kita jemput lagik. me and hubby started our day hari tu cukup awal. pagi2 dah bangun and headed to sports center utk main badminton tapi malangnya court tutup. so terus ke pasar membeli bahan mentah. balik dari pasar, langsung tak duduk, terus bersilat di dapur. panik gak sebab semuanya baru nak buat hari ni. kecuali satu dish, egg tart dah dibuat malam tadi (oleh hubby cik talam) sebab bende tu kena serve sejuk2. akhirnya at 2, we managed to get everythings ready. juadah: mee kari, karipap, tembikai dan air sirap - ditempah dari kak ban. mee kari dia punyalah banyak lauk, tak sangka lak dia nak jadik segenerous tu. from me and my hubby lak, kami masak pulut, rendang ayam, popia, egg tart, sandwich. Alhamdulillah semuanya ok. org puji egg tart tu betul...sedap kata diaorg. siap ada gula hangus dibasenya and also that rendang (which is both cooked by my hubby). apsal diaorg tak puji popia, pulut dan sandwich yang aku buat??? :(

tetamu pulang dalam pukul 5 gitu. lepas asar, cik talamubi ke umah ziz untuk berkaraoke. macam2 lagu, dari sealed with a kiss, ke siapalah aku dari amy mastura hinggalah ke lagu dangdut secangkir madu merah. semuanya kami taram.

esoknya, monday, cik talamubi lambat ke opis. penat yang amat, tok sah cakaplah. sakit badan. sebab mengemas semua. tapi cik talamubi ni memang dah jadik habit buruk, kalau dah datang lambat, terus malas nak buat keje. so lepas dalam 4 jam di opis, tiba2 cik talamubi terpikir nak buat teknik rebonding...gilo ke apo?? so, pikir sikit2, terus ajak ziz ke saloon. 3 jam setengah melangok kat saloon tu untuk process memrebondingkan rambut. hasilnya, puas hati, berbaloi ngan RM yang dicurahkan. ps/ perlu keeee?????

Alhamdulillah cik talamubi semester ni dapat mengajar kat angkasa lepas utk 2 subject. satu di negeri penyu bertelur dan satu lagi kat sini. mula2 tak nak jugak sebab cik talamubi ada tugas lain di k****. tapi dah disuruh jugak, dan pikir2, subjek lagi satu tu pun sikit je kreditnya, so terima. Alhamdulillah syukur pada Allah utk rezeki kali ni.

so hari khamis tu cik talamubi dan suami balik ke hometown. sampai at 3 am. kemudian 7.30nya bertolak pulak ke negeri penyu utk mengajar. nice students. very active. maybe sebab mengajarbuat style group ni, diaorg beria sikit nak menjawab soalan kita. macam competition gitu. i finished the class earlier hari tu sebab me and my family nak ke kl pukul 4 petang tu sebab sepupu cik talamubi kawin minggu ni.

kami sampai di kl at 9. ayiq dah selamat akad nikah petang tadi. dah jadik laki orang sepupu aku..kecik lagi rasanya...hehehe. tengok persiapan mak ngah untuk menyambut menantu firstnya ni memang perghhh....set bilik tido je RM 6000 plus. kek kawin je dekat RM 500. hadiah bagi kat tetamu pun expensive. kanopi pun punyalah lawa...big investment, HUGE! takpelah, dia pun anak 2 je. lepas ni abang ayiq pulak. lepas tu dah takde dah...

kat majlis kawin tu ada dj dijemput. cik talamubi sumbangkan sebuah lagu duet dengan pakcu cik talamubi...lagu JIKA oleh melly tu. aku nak nyanyi yang paling comel sebenarnya tapi pakcik2 dan sepupu cik talamubi tak tahu lagu tu, so takde partner utk berduet. hairan gak, aku ingat satu malaysia tahu lagu tu???

nak balik cepat hari ni. malam ni nak tengok spiderman 2. dah siap book seat. tak sabar lak nak tengok mary jane (bukan spiderman)...this is the hundredth time i'll watch a sequel movie without watching the first part of it. takpelah, malam tadi dah tanya hubby dah pasal spiderman 1 so more or less dah tahulah hari ni sikit2 character dalam cite tu...tapi so far, ikut pengalaman cik talamubi lah, setakat ni memang takde masalah tengok cite part2 terus without watching the first 1. bukan je takde masalah, seronok lak tu...hehehe...at least jimat sikit, orang lain gi tengok wayang LOTR sampai 3x, kita tgk sekali je, org lain tengok harry potter kat wayang 3x, kita sekali je dan macam2 lagilah...tengok last punya part pun paham jugak...so why bother..??:D