Tuesday, November 30, 2004

meeting yang tiada penghujungnya...

kadang-kadang cik talam sendiri pun tak paham...hujan pun kalau turun tau nak berenti, cite 7 perhentian tu pun ada penghujungnya, last2 sampai jugak dia kat perhentian ke tujuh tu....tapi meeting aku kat ***** tu nampaknya macam takde penyudahnya. macam tak reti2 nak berenti. habis lah routine aku minggu ni. mana taknya, malam ahad tu tido pukul 1 lebih. pasal apa? biasaklah babe. program juta2 kononnya tu habis dah pukul 12 lebih. lepas balik umah, ada pulak budak pompuan ting tong umah. 'puan, tertinggal kunci'....Ya Allah berilah hambaMu ini kesabaran maksima. 'tingkat berapa bilik awak?' cik talam tanya dengan muka masam mencuka. 'tingkat 8'...perlu ke setinggi langit tu kau duduk??? dahlah aku ni penakut yang amat. kalau naik ke atas, bolehlah naik lif ngan budak tu, masa nak turun, takutlak sorang2. terbayang2 ada budak kecik muka hijau duduk kat belakang lif tu macam cite darkwater tu. tulah bahananya, dah tahu penakut, ada hati tengok cite hantu. arghh aku tak kira. 'bang, teman orang bukak pintu budak tu' takpelah, dia tunggu kat lif. boleh turun sama2. selama ni cik talam sanggup turun dengan tangga. tapi malam ni dah penat benor....takde kerje nak berexcercise malam2 buta tu...

dah baring, terbelik-belik pulaklah bijik mata. sebab time tido dah lepas. payah nya laahhh nak lelap. buat lawak bodoh ngan suami, dia lak kang kejap lagi berdengkur. entah pukul berapa baru terlelap...esok pagi lepas subuh, memang rasa down. pasal satunya, pening tak cukup tido, keduanya pasal badan panas gila, sebab selsema semua. 8.30 akhirnya cik talam bertolak jugak dari umah. pi jenguk prog bebudak, lepas tu pi fakulti sebab ada meeting at 9.30 (nbi kejap je sampai pukul 10 je), lepas tu buat2 keje sikit. pukul 11 lebih pi balik monitor prog bebudak, lepas tu lari sat, pi klinik, pastu balik ke prog sebab lunch disediakan. petang tu ada meeting ngan student design. baik2 semuanya pasal sem ni batch budak2 pandai. so displin diaorg pun tahu2 jelah. at 5, kena balik sebab kena facilitate students' discussion kat *****. ingatkan malam kami ramai2 nak ponteng, tapi tak berani babe pasal boss balik malam ni. lepas isyak kami pi prog. dinner di sana. masa budak2 buat pembentangan, kami pun sama2 buat macam2 xtvt, ada yang baca buku, ada yang baca metro, ada yang menganyam ketupat, ada yang masa tulah nak belajar resipi buat kek dan macam2 lagik. boring babeeeee......bilalah nak berakhir bende2 ni....lepas tu break utk supper. lepas tu sambung lak sesi komen dari para fasi. masalahnya fasi semuanya hampeh. mana lah kami dengaq hangpa bentang apa sat tadi. so masa komen tu main bantai ikut sedap mulut jelah...lepas tu penggulungan boss. lepas tu ada lak post mortem.

sampai rumah pukul 1 pagi. macam hidup minah karan pulak rasanya. nasib baik malam tadi, dimurahkan rezeki, laju lak mata nak lelap. esok awal2 boss dah warning. kena hadiri sesi at 12 noon, 3 pm and 5 pm. melepaslah separuh akhir juara lagu kategori balada. waaaa!!! yang ku nanti-nantikan sejak awal tahun lagi...kawan2 pun mengeluh, macam mana nak tengok JL? haaa? solution, 'takpe nanti cik talam tape' 'yay' dia org jawab. 'masalahnya video aku tu tak clear gambar dia'. cik takam jawab. 'takpe, dapat dengar bunyi pun jadiklah' desperate sungguh diaorg menjawab....

pagi ni dapat gak bangun pagi. pasai ada kelas pukul 8. bawak bekal roti canai dan nugget. kang lunch pi makan kat prog. takpelah. hari ni last. malam ni last prog ni. penutup dah. untuk kali nilah. sabtu ni mai hak baru pulak. takpelah, at least ada gak break dalam 2 - 3 hari ni. dapatlah aku pegi tengok the incredibles...harap-harapnya.

Monday, November 29, 2004

camping maut

minggu lepas cik talam berjaya gak mendisiplinkan diri ku ini. pegi keje before 8 dan siap bawak bekal lagik. mee gorenglah, sandwich tuna + mayonese, dan macam2 lagi menu yang simple. pelik gak perut ni. masa pose pandai lak dia kenyang, bila dah habis pose setiap setengah jam lapo.

khamis baru ni, me and kawan2 neighbourhood ada keje sikit after working hours. kena membungkus makanan utk parajurit2 negara. lepas selesai keje, ajak kawan2 (4 org je) ke umah. takde apa pun nak jamu depa. mee hoon goreng dan kuih muih je. jumaat tu cik talamubi terpakkkkkkksaaaaaa bercamping. puas pikir macam2 alasan sebab memang pantang cik talam selama ni, closest friends and family pun tahu, cik talamubi paling lemah kalau kena bercamping2, tido2 dalam hutan ni. lagipun cik talamubi tak in a good condition sangat sekarang. tapi sebab tak berani nak say no punya pasal (as usual) gi jugak. cik talam gi trip pagi, mula2 ingat nak pi trip petang tapi since pagi2 esok dah nak balik semula, rasanya tak patut lak kalau pi trip petang. kang contribution tak sampai 24 hours lak. jauh gak perjalanan ke tpt tu. bertolak around 11, 2.30 baru sampai. sampai2, kami kena lak naik lori nak sampai ke tempat kejadian khemah. lori dah ala2 lori kassim baba. Ya Allah, sabar jelah. duduk kat belakang tu ramai2 macam tahanan tak bai tu. sampai je, kami diberi briefing, dan i help the students to set the tent. me kak f, and lin managed to pasang 2 khemah. malam tu, cik talam takleh nak tido dalam khemah. tak biasa. dah lah flat. perut rasa unconfortable. so ajak member2 tent (kak f and lin) tido dalam kete za. punnnn takleh tido, semua org mata celik. tak biasa. panas gila. nyamuk menyerang. waaaa tak tahannnnn. 5.30 baru terlelap. 6.30 bangun subuh. boss tanya 'nak balik gak ke pagi ni' seolah2 tak bagi balik....'nakkk!!' cik talam jawab. aku tak kira. tak sanggup dah nak mengahrungi another nite kat situ.

balik je, cik talam demam sampai hari ni. tadi pi jumpa dr. pasal badan ada bintik2 merah. janganlah kena denggi aku ni Ya Allah...Alhamdulillah dr cakap tu macam kena gigit serangga. allergy. dr bagi ubat selsema. telan sebijik tadik. dah lega sikit. tobat dah. serik. kalau lepas ni nak kena pi lagi this kind of xtvt, i would say NO. memang aku tak boleh.

aha dah tiba masa. nak kena balik. ada sambungan program. can cin caauuuuu

Monday, November 22, 2004

salam aidilfitri...

aidilfitri sudah seminggu berlalu. sekejap saje rasanya. keseronokan dan ke'excited'kan menunggu 1 Syawal macam baru semalam terasa. tahun ni cik talamubi menunaikan tanggungjawab sebagai isteri mithali dan dot dot dot dengan menyambut raya di rumah ibu mertuaku. keluarga belah suami kecil sahaja. ada 3 adik beradik. tapi meriahnya cukup terasa. kami balik dari deepavali lagi. dah lama benor tak balik kampung. amik peluang student cuti ni untuk mengqada' masa2 lampau sebab lama tak balik. mak dan ayah cik talam pun suruh balik rumah belah suami dulu tahun ni. maklumlah tahun pertama gitu. bagi cik talam sendiri, takde bezanya. kemeriahannya tetap sama. keseronokannya tiada beza. makannya tetap over.

hari khamis tu (deepavali) kami sampai 3.30. bertolak lepas zuhur. Alhamdulillah tak jam lebuhraya utara-selatan. the journey was smooth. malam tu kami semua berbuka puasa di rumah adik. keluarga mertuaku ni canggih sikit. mak, akak dan adik suami semuanya duduk kat satu taman yang sama. malam tu adik masak spesel. ikan bakar terubuk cicah ngan kicap, ikan siakap masak tiga rasa, kerang rebus, sayur campur ala2 chap cai. ada bubur kacang jugak, itu ibu yang buat. lepas makan cik talam ubi rasa ala2 nak pitam gitu. sebab terlebih sangat rasanya mencekik. ikan pulak besar2, banyak pulak tu dia buat, dahlah cik talamubi suka sangat ikan terubuk bakar.... lepas solat semua, kami meneruskan acara dengan program memasak wajik. tempat cik talamubi, kami panggil nasi manis. sedappp. especially makan masa panas2. esoknya semua berbuka di rumah ibu. cik talam membantu memotong2 apa yang patut. suamiku tersenyum bangga. tu baru tolong potong2, dah puji berjela2...heran aku. malam tu juadah berbuka: ayam goreng berempah, asam pedas spesel ikan pari, masak lemak putih sayur, kacang panjang goreng + tauhu...mengah lagi sekali hari ni cik talam. yang paling sedaappp asam pedas tu, which is my fav food actually...

esoknya sabtu hari busy sedunia. ya lah esokkan raya. pagi, ibu dan akak ke pasar. cik talam dan suami tolong basuh baju. lepas tu ibu balik dalam pukul 11. kakak start anyam ketupat. adik keje lagi hari ni, so dia takleh join. cik talam tak reti anyam2 ni, so cik talam tukang kupas bawang2, dan keje2 lain. menu raya: ketupat, rendang ayam, kari daging, lontong kering dan sambal undang...

esoknya lepas balik semayang raya, program bermaaf-maafan dan membagi angpau. kaya anak sedara aku. tak sampai tengahari dah dapat collect RM 80 lebih. lepas tu akak balik ke rumah mertua yang jauhnya tak sampai setengah jam perjalanan. adik pulak malam tadi dah balik rumah mertuanya. me and hubby, lepas makan, makan. lepas tu kami ikut ayah dan ibu ke rumah kawan chinese diaorg utk bagi juadah. sebelum tu, keluarga adik ibu, mak teh (which is duduk satu taman jugak) datang. cucu2 dia tu ada 2 orang. kecik lagi. tapi tak laratlah aku Ya Allah. asyik nak berkepit ngan aku. aunty, aunty. aku ni bukannya artis, janganlah nak berkepit ngan aku je...

petang tu akak dan keluarga dah balik semula. malam tu adik pun dah balik ke sini. kami semua beraya ke rumah mak teh. lepas tu ke rumah jiran akak, beraya.

esoknya keluarga kami (3 kereta) dan keluarga mak teh (2 kereta) bertolak ke kampung halaman di kajang. kat sanalah rupanya nenek dan sedara mara suami aku tinggal. bertolak pukul 9 pagi, 10.30 malam baru sampai rumah. sampai nak koma aku hari tu. rumah pertama, gi rumah busu. nenek duduk ngan busu. busu masak mee udang. cik talam tersilap langkah. amik mee punyalah banyak, tak tahu lak lepas tu ada berbiji2 rumah lagi. lepas tu, kami ke rumah pakcik tib. punyalah besar rumahnya. banglo gitu. lepas tu ke rumah mak andak. lepas tu gi umah uncle ramly (tu semua adik beradik ibu, tu pun ada lagi yang belum pegi). lepas tu rumah kak noi dan kak ana (anak mak long). kak noi tak masak, cuma ada kuih muih pasal dia baru seminggu bersalin. anak diaa cuteeee. kak ana masak spaghetti (mak mertua aku panggil strawberry) dan mee kari. lepas solat maghrib, kami bertolak balik. sepanjang perjalanan balik, cik talamubi tak leh bersandar pun, mengah babe. senak gitu. makan tak ingat dunia. pening kepala lagi. sakit belakang lagi...waaa!!!

esoknya mak cik talam call. dia pun masih di KL (kuala lipis). dia kata since cik talam tak sihat dan sian lak sebab berbadan dua, takpelah raya ni duduk umah mertua pasal tak lama lagi cik talam ubi nak balik gak ada kelas angkasa lepas. mak kata, takpelah, yang penting cik talam sihat dan tak sengsara sakit2 badan semua. cik talam mengikut je nasihat bonda. yang penting kita jaga hati semua orang. esoknya kami ke air terjun sagil lepas tu senggah tangkak. dapat jugak cik talam beli kain yang diingin selama ni. harga asal RM 160. lepas mintak kurang dapat RM 65. oklah, mintak RM 60 mati2 dah cina tu tak bagik.

semalam cik talam bertolak kembali ke sini. balik2 je aduii, rumah macam kena tinggal setahun. macam rumah cite nang nak tu. usang betul, berdebu...so cik talam dan suami bergotong royong, kemas umah, mop lantai, mengemas sakan, basuh baju. perut lapa gila. kat peti lak takde apa2 pasal dah kosongkan peti sebelum raya hari tu. pegi jusco utk makan. perut dah masuk angin masa tu. cik talam makan nasi ayam. lepas makan ingatkan nak jalan2, kat atas tu, sekali semacam lak rasa. akhirnya termuntah aku. 2 kali. satu kat exit jusco tu, satu lagi kat parking tu. weeekk...habis semua keluar balik. rugi je makan. suami kata, keluar macam air paip. waaaa malunya aku. janganlah ada cctv kat situ...

tadi pegi keje, baca diary cik kieli. lawa template dia yang baru ni. cik talam suka tulisan2 cina kat tepi tu. font dia pun lawaa. SELAMAT HARI LAHIR cik kieli!!!!. muaahhh!!! i love you!!! ekkeke