Friday, December 31, 2004

selamat menyambut tahun baru

happy new year! esok masuk tahun 2005. sekejap je rasanya. macam baru sekejap masuk tahun 2004. tapi 2004 ni dah lalui macam2. ada yang seronok, ada yang tak seronok, ada yang pelik-pelik...lama tak update sebab busy sangat sepanjang 2 minggu karnival sukan k****. siang malam pi tengok game. mainnya tak reti. sorak je pandai. especially game volleyball. tak pernah miss. dari pusingan awal sampai final. juara lagi tahun ni. hari tu, masa pregnant 5 minggu, sibuk menyokong volleyball untuk sukan antara universiti. hari tu 5 bulan, sibuk pulak menyokong volleyball untuk karnival sukan. cakap pasal anak, minggu depan kena pi checking lagi. perkembangan terkini??? takdelah kot, kecuali perut yang semakin mengembang. minggu lepas masa christmas, pi angsana beli sikit2 baju dan alatan2 baby. sikit2 dulu pasal nanti kang nampak kat tempat lain, nak beli lagi. oklah, baby dapat 4 pasang baju, dan barang2 dia yang lain, mak dia pulak dapat bag baru ala2 tropical gitu. besar sikit. warna oren. takpelah, sebab raanya dah tak sanggup nak bawak knapsack ke sini ke sana. malulah pulak rasanya. bukannya, bag tu nak beli biskut, air dan coklat ke mana2. cakap pasal anak, nama pun belum exactly pilih sebab masih tak confirm jantinanya tu. dr memang dah bagitau tapi tak tahulah tu confirm ke tak, ye tak??? tapi nama anak sedara cik kieli tu best pulak lah aku rasa. dahlah aku memang suka nama ala2 jepun2 gitu. tapi takde idea lak. pasal kita ni tak paham bahasa jepun, kang main bubuh je kang, org jepun ketawa pulak. lagipun takdelah pulak kena mengenanya ngan aku ni haaa nak bubuh nama ala2 bunyi jepun gitu. macam kakak cik kieli tu, dia memang tinggal sana lama, yang kita ni??? haaaa, menjadi peminat vcd jepun untuk sekian lama....bolehlah tu....takkan nak bagi nama sinchan??? takpelah, nanti pikir2 lagi...

minggu depan sabtu, ahad, isnin akan berangkat ke sarawak untuk family day. preparation dah siap. takde apa pun. esok cuti, bestnya, sah tv singapore banyak cite best2. ingatkan esok nak buat karipap sebab dah jadik suka sangatlaa ngan karipap semenjak dua menjak ni. setakat beli singgit dua hinggit tu, memang tak cukuplah. lebih baik aku buat, boleh makan berhari2. tapi aku nak buat hok stail kodi jelah. dah tak ingat teknik memusing2 yang dipelajari ngan chef kieli dulu. agar2 pun teringin jugak nuat. agar2 milo je yang aku reti sejak dulu sampai sekarang. tapi selalunya bila sampai harinya, malas melampau, end up beli jugak kat stall kat taman uvwx tu. takpe, kali ni jangan malas, mesti berusaha gigih, hait!

Monday, December 13, 2004

bbq dinner and raya-raya

since last week, meeting dan majlis tak henti2. end up tido lambat almost every nite, bangun pun liat. isnin malam, ada majlis raya. besar-besaran. banyak food-thats the best part. majlis started at 8 but we arrived at 8.30. isyak dulu apa2 hal pasal nanti balik sah dah tak larat. me and friends duduk satu meja termasuk suami2 kami. ada lemang, rendang, satay, soto, nasi beriyani, kuih macam2, roti jala etc. amik sikit punya banyak tapi end up banyak gak tak habis. tak larat babe. sabtu malam baru ni pun baru lepas majlis raya *****. yang ni buat konsep gotong royong, masak sendiri for almost for 400 people. cik talam tolong sikit2 je. malam jumaat tu tolong matikan tali ketupat pasal nak anyam tak reti. pagi sabtu pulak tolong potong2 nenas. sabtu malam tu pun macam2 food. lemang, ketupat, satay, laksa, nasi beriyani, soto....semua masak sendiri sesama geng2 *****. selasa malam lak ada meeting. lama lak tu. sampai almost 12. nasib baik pagi esok no class. rabu malam ada meeting bl** pulak diikuti meeting sukaneka yang bermula khamis ni. khamis sukaneka U bermula. petang tu kami pi tengok team perempuan kami main volley dan bola baling. dua2 menang. malam lak team guys main volley. ni sah2 a menang sebab ramai U player dalam team tu. tu pun nasib baik rules limitkan dalam satu team boleh ada max 3 je pemain U. kalau tak, enam2 orang tu semua U players. jumaat malam takde apa2 xtvt, sebab nak tengok survivor. yes! julie kena kuar. padan muka. tapi sekarang dah start tak suka twila pulak. rasanya dia exaggerate sangat bila marah2 tu. petang tu pi tengok team bola baling pompuan kami main lagi. menang lagi. Alhamdulillah. mula2 tentok team lawan tu macam hebat semacam je. sebab ada style gitu. budak2 kitaorg lak takde style, macam anak ayam gitu. tapi tulah, depaorg humble tu, cewaahh..menang..

sabtu pagi, pi tengok bola baling lelaki main sat. malu lak nak duduk lama2 tepi court tu sebab suck...maklumlah kaum lelaki kat tempt kami ni mulai pupus. yang tulah main bola baling, yang tulah main bowling, semua main sebab tak cukup org dah. teruk budak2 tu kena belasah. tu baru lawan team lawak2. kalau lawan team hebat2 lagi entahlah...so decided tak nak tengok dah game tu. ke pejabat, siapkan apa yang patut, lepas tu pi lunch. petang bersiap2. nak pi dinner. me and hubby dijemput oleh final year student ke malam graduation mereka kat austin h golf rsrt. best sebab food dia best2. bbq. ada lamb (tak makan pun, rasa secubit je), ayam, ikan, udang besar, mee goreng, salad, kek, buah2 dan koktel. rasanya 2-3 hari ni macam terlebih makan. nak kena control gak ni.

ahad tu pi pasar beli kuih dan paper. lauk2 basah tak beli sebab dalam peti banyak lagi. lepas zuhur ke umah zar. ada open house, dahlah tengah lapar. bestt. ada nasi tomato dan laksa. lepas tu straight ke umah are. dia pun buat open house. lawa umah dia. baru pindah last 2 months. memang cun. best aa duduk umah sendiri. tepi lake lagi. kali ni lake betul2, bukan paya...tempat tu pun nampak macam nak develop banyak lepas ni. are masak mee hoon sup, nasi impit, kuah kacang, rendang daging, ayam bakar. are ni memang dari kami bujang2 dulu tere masak. balik tu me and hubby ke sk prd. beli buah2 sikit dan beli dvd. malas dah nak pi tengok wayang cite incredible tu. takde masa. dari sehari ke sehari tak pi pi jugak. beli dvd jelah. lepas tu beli police story tu. cite jackie chan tu. gambar pun lawa gile. puas hati2. malam tertido punyalah awal, 8 lebih dah tertido masa tgk the incredibles tu. bangun, semayang isya' lepas tu rasa lapar pulak. dah pukul 11 malam masa tu. baru tadi bertobat tak nak makan dah malam ni. tapi lapar pulak. so makanlah kuih sikit ngan air milo...

esok nak kena pi keje awal. banyak keje daaa. hari 'tu' pun dah dekat. tak tahu nak beli apa untuk suami, isteri dan dot dot dot ku...nantilah pi survey2....

Wednesday, December 01, 2004

pening lalat

hari ni memang rasa penat semacam, takde mood nak buat apa2. pi keje, attend meeting sat, lepas tu ada students' meeting, pi jumpa boss mintak duit nak pi conference (tak tahulah dapat ke idak) but he's nice and considerate. dapat tak dapat tak kisah, dua2 ok. syukur Alhamdulillah. buat preparation for tomorrow's morning class. berdegak-degak aku dalam bilik sorang2, macam ada students lak kat depan ni. agaknya orang kat luar yang lalu lalang pun dengar. biasalah, lecturers are always more prepared then setudents...kalau tak appreciate ni tak tahulah...

kawan rapat kat fak bagitau tadi, hari tui dia pi makan nasik lemak sedappppp gillllaaaaaa kat senibong. pernah baca diary cik kieli mentioning about this place. teringin lak aku dengar dia describe tadi. kat mana eh senibong??? nibong tebal aku tahulah, kat pulau pinang nun jauh di utara....

kawan sek**** msg. nak tengok cite les nana b. ok2, meh datang beramai2. pasal aku pun dah selesai segala keje untuk hari ni. kalau tak pun, memang tak tahu nak buat sebab tengah pening2 lalat dari tadi pasal tak cukup tido. malam tadi again balik at 12.40 malam. nak lelap tu, entahlah pukul bape baru tertido....lama gak rasanya, sebab seingat cik talam, mata still takleh tido after some time...so dari aku tertido kat opis ni baik melayan kawan2 menonton cite kat umah. lepas tu bolehlah kalau depa nak tengok JL semalam. ada gak cik talam tape kan. frust gak aku sebab siti sarah tak dapat. ziana pun bessttt. nasier wahab pun best walaupun cik talam not a big fan of him....vince...hmmmm...hehehehe no komen kot, especially on his voice....misha bergaya sungguh, perfect dia nyanyi, siap ngan gaya2 commonnya tu....make up dia pun paling lawa semalam. malam ni final singapore idol. cant wait, memang ditunggu-tunggu. hidup taufik!