after 1 week
dah seminggu tak update. quite busy the last whole week. dari isnin hingga khamis pegi library. study. ada exam next monday (doakan cik talam korang semua!!!) selasa dan khamis tu curi masa pergi ke department. berjumpa supervisor. supervisor kata takpelah, study utk exam dulu minggu ni. thank u Sir. hehe. pegi ke department, supervisor tunjuk bilik cik talam. di dalam tu ada the other 3 postgraduates. 2 lelaki dan sorang perempuan. perempuan tu nama kristina, laki tu sorang nama antti (quite a famous name for a guy here in finland) and sorang lagi tu nama sobei, sopei..syed sobri??? apa entah, stepo kot...ntaH, memang takleh ingat nama yang sorang lagi tu. mungkin sebab nama tu kurang familiar utk cik talam and secondly sebab dia dah berumur, so tak berminat lah kot aku mendengar nama dia masa diperkenalkan ehehhe. Antti tu, hensem gila sehh..macam muka ethan hawke cuma dia kurus lagi and pakai spec. betullah, macam ethan hawke, sekali dua tiga dan berkali2 aku tengok, saling tak tumpah macam muka fav actor aku tu...hari selasa tu decide nak baca notes di department sekejap. sebelum tu pi fax borang ke sponsor di coffee room. tengah aku termangu2 pasal form tu asyik tak went thru the fax machine and ada suara perempuan bercakap2 dari machine tu in a language that I didnt understand, ada sorang mamat tu tegur. 'can i help u with that?' dia tanya. baik pulak lah. so kami dua pun godek2 lah mesin fax tu. hampeh, hehe dia pun tak berjaya. cuma satu je yang dia berjaya figure out, suara minah dalam fax machine tu not in finnish but in bahasa german...hehehe. baik mamat tu, very helpful sebab masa tu gak cik talam nak log in computer kat situ to print out notes tapi takleh, dia kata takpelah dia tolong log in kan guna account dia..tiba2 supervisor aku masuk ke bilik tu cakap 'oh, your user id and your password is in the envelope on your table' heheh, mana aku tahu, aku ingatkan yang U bagi tu boleh pakai gak kat department....
tengah baca notes tu, tiba2 S**war datang, introduce me to a girl. ooh inilah kristina...akhirnya ketemu jugak aku dengannya. kristina ni bukan kristina yang sebilik ngan cik talam tu tapi ini adalah student supervsior cik talam gak. baik sangat minah ni. masa cik talam sampai dulu dia xde, dia balik hungary for 2 weeks dengan anak and suaminya. tapi dia bagi banyak brg kat cik talam thru my supervisor masa tu, bagi pinggan kaca, cawan, sudu, garfu, makanan baby, air kotak, tisu dapur...rupanya dia baru balik semalam. hari ni dia mintak S**war tunjukkan di mana cik talam duduk di department tu.
borak2 sat ngan dia. baik bangat orangnya. dia ajak cik talam ke biliknya. kemas je. share dengan another 3 person. one of them is my supervisor's korean student. baik mamat korean tu. fasih berbahasa inggeris. sudah 4 tahun dia di finland. takpe, meh aku supplykan drama2 korea kat kau. aku bet i have more korean drama and movie colection than you do...tiba2 kristina cakap 'ok take your bag and lets follow me. its ok, our supervisor is not around' ehheheh. dia ajak cik talam pi sello..alahai malas sungguh aku, tengah2 study tu nak pi shopping mall lak. tapi pi jelah. naik kete, bukannya naik bas macam selalu.
dalam kete sembang2 ngan dia. kaya raya rupanya minah ni. kota2 anak menteri. masa pi car park tu cik talam stoplah kat kete buruk kat car park tu. ingatkan kete dia, yelah student kan, manalah mampu..sekali, jeng3x, dia pi kat kete peugeot besaaarrrr and baru lagikk....cite2, laki dia keje di nokia di helsinki. anak dia nama greta. dia baru beli umah kat finland ni. kat hungary dia ada 2 rumah, satu apartment satu umah biasa. dua2 tak sewakan...balik hungary (balik kampunglah tu) 5 kali setahun....kaya sehhh.....sampai kat sello, dia bawak cik talam mula2 ke tempat baby. dia plg concern pasal baby...dia ajar baju apa nak kena pakaikan, makanan macam mana itu ini, ubat-ubatan bla bla bla. lepas tu bagi tips kat cik talam lak, makanan ni sesuai bla bla, sabun cuci ni sesuai bla bla, roti ni bagus bla bla, brand ni murah bla bla..setelah selesai program 'sepetang bersama cik kristina di pusat membeli belah' kami pun balik.
jumaat tu cik talam rehat.penat sebab dari isnin ke khamis dah keje. me, hubby and anak pi keluar hari jumaat tu (semalam). mula2 kami pi Maastrati (registration office) to register hubby and baby. then kami jalan2 sekejap kat stockman. then kami plan nak pi torjoulos (rasanya cam salah eja ni). kena naik bas 18. tunggu bas dekat 20 minit. then perjalanannya Ya Allah, jauhhhhh, dekat 45 minit rasanya dlm bas. tak sampai. sampai masuk highway semua. panic gak cik talam ngan suami, betul ke ni??? dalam journey planner betul dia kata, naik bas 18. akhirnya tiba dan Alhamdulillah kami selamat sampai. worth it. muraaahhh barang2 kat kedai tu, murah bangat compare ngan KKK dan prisma and kedai2 lain kat tmpt cik talam ni. kat sini cik talam beli travel card that allows me to travel for free (sebb dah bayar duit kad tu) in the whole espoo area. hubby pulak free sebab dia bawak baby dalam stroller. so kami pun bebaslah ke sana ke mari, turun naik bas itu ini sebab percuma.
malam tu kami makan macaroni soup. lepas tu start mendownload. tq to cik kieli my besst friend kerana introduce us to that 'toooot' website (bukan kedekut ilmu eh tapi atas dasar2 untuk keselamatan diri dan organisasi) hehehe..segala bende yang melayu aku download, biasalah cik talam, bila di perantauan, semangat patriotik tu mulalah menebal lebih dari tahap standard. sampaikan majlis birthday mawi semua aku tengok. kalau boleh upacara penyerahan kete suzuki swift to mawi tu pun aku nak tengok. malam ni nak tengok G&G (filem baru tu), MIdol episod latest...
one thing cik talam perasan kat sini, bag brand samsonite tu glamor betul kat sini. kat malaysia pun glamor, mana2 pun glamor sebab bag tu mahal, cuma kat sini merata2 org pakai. dari bag laptop, bag luggage sampailah ke bag sekolah budak2 pra sekolah (tadika) semua pakai samsonite. memang cik talam dah lama teringin nak bagpack yang gambor penguin tu. tadi tgk dua org budak adik beradik bawak bag tu nak pi tadika....agaknya kat sini, bag samsonite setaraf ngan bag sekolah jenama Swan kalau kat malaysia kot....
better pen off now. movie nk start dah. ingatkan nak buat karipap hari ni.alamatnya takdelah, kalau dah tengok movie close kitchenlah...


0 Comments:
Post a Comment
<< Home