Sunday, September 25, 2005

sehari di helsinki

ahad lepas kesampaian jugak hajat cik talam nak makan karipap. buat intinya pagi2, biarkan sejuk lepas tu uli tepung. tapi kali ni cik talam betul2 malas nak buat karipap pusing (the original karipap yang cik talam belajar ngan cik kieli), cik talam ingat nak accelerate (asalkan dapat makan sudah), so buat yang 1 adunan tepung je (normally we have 2). tapi since cikgunya mengajar pakai 2 adunan tepung, kali ni bila cik talam modify and guna satu, cik talam jadi tak retii nak gelek tepung tu...waaa, aku conpiuss, end up aku taram je...hehe, bila dah goreng, rasa dia ok lah, acceptable (me and my husband memang semuanya ok, tak picky), tapi rupa karipap tu jauh sekali dari rupa karipap yg sebenar, ada yg bentuk macam dinasour, meteor dan macam2 lagi, yelah sebab takde penggelek, guna gelas plastik, mana taknya...


minggu lepas tgk G&G, 5 stars utk movie tu, walaupun its a simple and predictable type of movie, but i really like it. its a light and yet entertaining movie. isnin, cik talam sat for my first exam. Alhamdulillah dah selesai. supervisor anta email 'm***, good luck! king of malesia is coming to helsinki today and tomorrow' hehehe, tq for the wish. pasal king of malesia tu, hehehe...

selasa, cik talam mengemas2 meja. lap sini lap sana. kemas drawer. lepas hari ni barulah cik talam boleh stable duduk kat bilik postgrad tu. sebelum ni pi lepak di library. kawan2 sebilik ku, oh baik...minah kristina (sebilik) yang mula2 cik talam ingat kerek tu rupa2nya baik sungguh, cuma kat sini one thing about finnish is they are very reserved. so u have to initiate the conversation etc..tapi once u tegur diaorg memang and helpful gila lah...kristina and antti tolong setupkan komputer cik talam. lepas tu kristina ajak cik talam minum kopi kat pantry...ehhhe, cik talam kata esoklah rasanya, hari ni saya nak balik awal...

cik talam jumpa supervisor, bincang2, minta kebenaran balik awal pasal nak pi kela. kela tu berada kat selo. pi kelanya (urusan rasmi) 10 minit je, lagi 2 jam lebih meronda2 kat selo. kalau terserempak ngan supervisor mati aku hhehe..waaaaa happy bangat, ketemu rice cooker yg dijual dengan harga 18 euro je...besar lak tu, aku tak percayaaa.....kat uk dulu susah sungguh nak mencari cinta rice cooker. kalau ada pun, ala2 rice cooker diraja gitu..mahallll...baru nak beli sekali out of stock, dia kata dia tengah order, mungkin esok lusa sampai..ok kami dtg balik nanti...rupanya kat sini org2nya makan nasik, so tak heranlah beras kat supermarket kadang2 lagi murah dari kedai india. lepas tu kami buat groceries, then singgah orient shop beli roti canai segera...

rabu, khamis, jumaat, nothing....cuba buat homework and cari data sikit utk research.Alhamdulillah semua ok, cuma cik talam rasa terkilan sikit sebab kat sini susah nak carik tempat solat. masa kat UK dulu, no of muslim students ramai, so our present in the department is quite significant, maka kami boleh cari satu space khas utk semayang secara terang-terangan gitu. kat sini, teramaaaaaaaaatlah sikit no of muslim students (err sikit tu meaning cik talam sorg kot kat department tu)....tapi kat sini diaorg ok asalkan kita explain, tapi nak mengexplain tu...rasanya kalau boleh nak solat kat bilik sipa(secretary) or dalam bilik postgrad cik talam tu sendiri tapi nak kena bgtau and explain kat the three roomate tu...hmm...takpe nanti bincang ngan supervisor, mesti Allah permudahkan urusan Amiin...semalam cristina (kawan hungary) tanya, 'are u muslim" 'yes' cik talam jawab...heheeh dia baik sangat...everyday mesti dtg meja cik talam, bagi artikel2 baby, borak2, ada petang jumaat tu, Ya Allah punyalah lama dia berbual sampai aku bagi hint yang aku banyak keje nak siapkan..dia cite pasal suami dia lah, bla bla...tapi memang kaya rasanya minah ni, org2 kat embassy hungary semua tu kawan dia, profesor2 pun ramai dia kenal, ibu mertuaku dia is a medical doctor, selalu cakap nanti mehlah jalan kat hungary, biar dia cakapkan ngan org embassy tu pasal visa semua...(kalau ko bagi duduk apartment ko for free nak aaahh)

sabtu (yesterday) was a fun fun day. me and hubby and baby pakat ngan R***, his wife and his 2 kids, kami jalan2 sehari di helsinki. amik bas from U nombor 102T or 103 terus sampai, baru sembang2 ngan isteri R*** (namanya azim) dah sampai. rasanya tak sempat nak betul2kan seluar masa duduk tu dah kena turun. dekat sungguh rupanya helsinki, selama ni cik talam selalu rasa jauh (sebab selama ni imagine macam nak pi KL dari JB)...then kami jalan dekat port semua sampai ke flea market. nice place. kat sini flea marketnya everyday, tapi plg meriah on sunday...takpe lain kali pi sunday lak...cuaca panas (18 degree C), matahari semua ada, bessst dan sesuai utk bersantai..lepas tu kami naik tram (kat sini aku tak tahulah masa beli org beli tiket, betul2 based on trust, takde org jaga, dia letak mesin scanner tiket tu kat tepi escalator. kononnya sebelum turun escalator tu korang scan aa tiket korg tu, masalahnya kalau tak scan pun takde org jaga dan takde org bother, based on trust)...cuma kadang2 kalau journey jauh2 tu adalah pakcik inspector gadget datang buat inspection.

lepas tu kami pi K market, beli ikan rainbow trout. tgh sale. besar2 ikannya. then kami amik tram turun di stesen hakamintie (in seedish, hagnas)...beli sayur2 sikit kat market dia, then pi tengok kedai daging2 halal and pi kedai grocery ling (malaysian owned). beli sos cili, kicap, beras, roti canai (muraah lagi dari di tempat cik talam), then kami pi beli ayam, sosej kat kedai arab...

lepas tu naik tram semula, turun di stesen kampi. sampai di bas stesen yang canggih manggih...balik tu R*** ajak singgah umah. ok...diaorg tinggal dalam area U, bessttt...azim (wife R***) hidang air nescafe susu dan cake..bestnyaa nescafe susu...daah berzaman tak minum susu pekat...lepas tu diaorg insist stay for dinner, mula2 risau gak, since saturday and sunday buses are not as frequent as during weekdays. R*** kata takpee, mesti ada basnya...ok then. kami sembang2. diaorg dah lama di sini. R*** dah masuk setahun. wifenya and kids lak datg bulan jun baru2 ni. diaorg kata yang feasible for us to visit from here (dekat and reasonably cheap aaa, not that cheap but ok lah) are estonia (crystals heaven) and sweeden...germany ok tapi kena ada visa..err, ok, cik talam rasa tu nanti2lah..ni baru sgt tiba. finland ni pun tak jalan lagi....

azim masak laju sungguh, cekap2...we had chicken curry, ikan masak sweetsour and sayur goreng campur udang for our dinner. lepas tu balik..

balik tu, tiga2 terbongkang..penat sehhh....hampir 10 jam keluar...lain kali kalau nak pi helsinki lagi nak kuar pagi2 supaya boleh balik cepat...

hari ni whats the plan??? takde apa, basuh baju, gosok tudung (sini baju takyah gosok, takde org nampak), kemas2, masak2, rehat2...

cau cin cauuu

0 Comments:

Post a Comment

<< Home