.fi
Assalamualaikum semua
Alhamdulillah, cik talam, hubby dan baby adam dah selamat sampai di negara kimi rojak rakkoinen. cite sebelum bertolak dan persiapan nak bertolak tu rasanya usahlah dikenang lagi...nightmare on the elm street rasanya. hectic gila. very the very hectic...marilah kita mulakan hidup baru, cerita baru, bab baru, cewahhh...
cik talam and family bertolak pada 31 August dari senai pukul 8.50 malam (delay 25 minutes). menangis2 aku kat airport tu. masa pi UK dulu, asyik tergelak2. ni menangis2 sampai dalam kapal terbang pun menangis. sampai tercengang abang MAS yang jaga tempat boarding tu. mesti dalam hati dia kata 'la akak ni, JB ke KL tu takdelah jauh benor....'
sampai kat KLIA, tukar diapers adam, buat susu dia, lepas tu call family, then kami boarding. perjalanan ke amsterdam 12 jam lebih. full betul kapal terbang tu...semua mat saleh. seramai2 penumpang dalam kapal terbang 2 tingkat tu ada 3-4 je muka melayu. tu pun aku tak tahu exact warganegara diaorg, malaysian ke indonesian ke...kami bertiga duduk depan sekali sebab ada baby. cipta rekod sebab cik talam tak tengok tv langsung sepanjang perjalanan. pertama sebab penat gilo, kedua sebab adam pun tak selesa sangat, ketiga sebab frust kot sebab ingatkan cite sembilu 2005 tu ada, rupanya ditayang utk perjalanan amsterdam - kl.
sampai di schipol airport amsterdam dalam 6.45 pagi waktu dia. jalan2 sikit dan pi salin diapers and baju adam semua then boarding ke helsinki. perjalanan dalam 2 jam 15 minute. aku pun tak sangka macam mana kami dapat business class gitu dalam kapal terbang ke helsinki tu. naik KLM. patutlah makanan semua dalam gelas kaca2 gitu. ala2 gelas wine. agaknya peraturan depa, kalau bawak baby kena duduk kat situ kot.
kat amsterdan, kastam dia check bagai nak rak. laptop semua kena bawak keluar dari bagnya. tali pinggang laki aku pun kena bukak. sampai kat helsinki lak, vise versa. sampai kami mencarik2, manalah kastam ke police ke nak check barang ni. rupanya turun kapal terbang, amik luggage terus menonong je keluar..lawak betul....
Alhamdulillah bag kami sebanyak 7 buah termasuk 3 kotak dan hand luggage sebanyak 6 bag (total 13) semuanya selamat. luggage kami total 93.5 kg. ALhamdulillah sangat lepas. aku rasa seperti membawa seluruh dan seisi rumah ke Finland. lantak kau...
sampai je, tiba2 ada omputih datang dan hulur tangan. oh, supervisor ku. dia bawak pembantu sorang, orang Asia jugak. nasib baik depa bawak 2 kete. perjalanan ke espoo amik masa dalam 15 minit gitu je. then kami pi Harakantie untuk amik kunci rumah. selesai tu kami terus pi apartment kami di Lintukorventie 7, Lepaavara.
mula2 takut gak sebab bayangkan rumah tu mesti hampeh. pertama, tengok dalam gambar kelilingnya hutan, macam dalam kebun getah. keduanya, supervisor cakap, masa dia student kat U tu tahun 1968 dulu pun rumah tu dah ada. sikit punya lama daa...lepas tu lagi dalam website asyik ckp umah tu tak furnished...sekali masuk, Alhamdulillah puas hati. semua ada kecuali katil dan meja makan. perabot pulak ala2 mpden gitu. banyak gadget2...peti ais dan stove dah ada. itu lah plg penting rasanya. cuma lampu takde, kena beli sendiri rupanya kat sini. heran aku tengok sume lampu togel2. ada fiusnya je. so lepas angkat brg, supervisor dan asst. dia ajak pi beli lampu dan tilam sikit.
kami di bawa ke kedai brg2 secondhand gitu. tapi brg2 semua in a good condition. kami beli sofa bed, lampu satu sebab ada satu je kat kedai tu, meja makan kecik satu dan 2 kerusi. supervsior dan asst dia tukang bargain. semuanya diangkut naik kete supervsior dan asst dia. lepas tu singgah di kedai beli mentol dan susu.
sebelum balik supervisor ajar bukak stove, cite pasal alarm system, tutup bukak oven tunjuk kat kami dan tolong pasang sofa bed semua. aku rasa macam dalm rancangan home improvement pulak. esok dia busy so aku dan laki and baby kena survive sendirilah pegi depaartment.
so far Alhamdulillah. tapi penat gak, menapak. dah lama tak menapak. hari ni je cik talam dah menapak dekat 6 km. bagai nak mati aku. pergi ke bandar berdekatan iaitu di Tapiola nak beli travel card, sekali counter belum bukak daaa..takpe esok pi lagi. banyak bende lagi belum setel, kela korti belum dapat (card ala2 untuk pengenalan diri gitu), phone belum register (kat sini takde phone tu macam rusa masuk kampunglah nampaknya) and banyak bende lagilah. takpelah, kayuh pelahan2...
to cik kieli, thanx a million kerana kenalkan elisa pada cik talam. kami dah jumpa sabtu baru ni di helsinki pada majlis kemerdekaan anjuran embassy gitu. ramai betul malaysia. tak sangka lak. tapi students ilek. ada me and sorang lagi tu je. yg lain keje, or meniaga...kayo2 semuanya kecuali kami yg bergelar students ni. please come and visit me here ok cik kieli, and kawan2 c-club yang lain.
muahhhh!!!!


0 Comments:
Post a Comment
<< Home