genting experience: horrible or fun and sweet???
cik talamubi dan suami rushed balik ke johor lepas mengajar di angkasa lepas jumaat lepas sebab i have to be in johor by nite sebab malam tu jugak nak bertolak ke genting
malam tu kami bertolak ke genting. menangis jugak aku dalam bus tu lepas bye bye suami. macam tak biasa. ke jepun sampai 17 hari ok, ni ke genting utk 2 hari. tapi sebab penat sangat rasanya, i think i just need some rest masa tu sebelum gi for another travel, tu yang sayu je bila lambai suami dari bus tu. dalam bus, budak2 pasang cite the eye. perlu ke??? dahlah pantang aku cite2 hantu ni, sedangkan cite perempuan harum sepanjang hari tu pun aku tak tengok2 lagi, nikan lak cite seram macam ni. tutup mata sepanjang cite.
kami sampai at 6.30. tapi menunggu urusan bilik semua, at 7 baru dapat masuk. subuh gajah lah kami pagi tu. gi kursus dan perasmian pun tak mandi sebab tak sempat. lantaklah. lepas makan tengahari baru mandi. petang tu cik talamubi bagi ceramah untuk sesi 1 bertajuk generic skills. bantai je tu sebenarnyaaa....
malam tu tina2 cermin mata cik talamubi tercabut...waa nak pengsan rasenya pasal apa, contact lense tak bawak. mana lak aku nak carok kedai cermin mata kat atas gunung ni. nasib baik zah and n*** ada. diaorg tolong pasang balik guna macam2 equipment. dari credit card, kertas, keychain, brooch ke plastic ubat, semuanya di guna. mana taknya, skru tu kecik mengalahkan mikroorganisma gitu. tu yang payah tu.
esonya lepas kursus kami naik kereta kabel menuju ke puncak. and it was the most terrible experience i've ever had. mula2 excited, tapi once naik, Ya Allah...nak pengsan aku. pandang ke atas, tinggi lagi nak kena naik. pandang bawah lak sayuuuppp je. dahlah sekali sekala bergegar kabel car tu sebab lalu di tiangnya. ketawa budak2 tu tengok cik talamubi. bukan dibuat2 tapi memang takut betul. dalam hati menyumpah2...kenapalah aku tak tunggu je kat bawah??? yang gatal2 nak naik sama tu apsal???
perasaan gayat cik talamubi ni memang kisah benar, bukan rekaan. tak percaya?? tanyalah cik kieli dan wanie. hanya mereka yang memahami. masa naik rollercoaster kat korea, hampir pitam. menggigil lutut hampir sepanjang malam. kat disneyland hari tu pun, naik yang splash tu cukuplah. tak sanggup. berdegup2 jantung. org lain enjoy, kita menderita. sebenarnya masa kat disneyland tu, bukan naik spalsh mountain je takut, sebenarnya naik flying dumbo tu pun cik talamubi dah takut gila. peter pan, and semua bende2 lain yang berterbangan di udara. cuma masa tu kontrol sikit tapi perasaan takut tu still ada.
kami sampai di rumah pada ahad, 3.30 pagi. lepas tu berbual ngan suami sampai 5 lebih. punyalah penat hari tu..ok sambung lain kali untuk cite sepanjang minggu baru2 ni...nak kena balik cepat ni sebab ada kawan nak belanja kami kat white sand village...ciao!


0 Comments:
Post a Comment
<< Home