Tuesday, July 06, 2004

after some time...

at last, finally, after about a week, i have a chance to update this diary. mana taknya, last week, hampir the whole 1 week network down. &*()%$$&*#% betul...bosan jugak rasanya, without internet. mati kutu.

where to start...ok, last last sunday, i made a birthday party for my beloved husband. jemput kawan2 sek**** dan rakan rapat yang lain. called cik kieli malam tu, because i thought maybe she'd already in sku*** tapi masa tu dia masih di hometownnya. kinda frust jugak sebab memang dah berhajat mengajak dia utk majlis besday ni. InsyaAllah lain kali ada majlis besday lagi, kita jemput lagik. me and hubby started our day hari tu cukup awal. pagi2 dah bangun and headed to sports center utk main badminton tapi malangnya court tutup. so terus ke pasar membeli bahan mentah. balik dari pasar, langsung tak duduk, terus bersilat di dapur. panik gak sebab semuanya baru nak buat hari ni. kecuali satu dish, egg tart dah dibuat malam tadi (oleh hubby cik talam) sebab bende tu kena serve sejuk2. akhirnya at 2, we managed to get everythings ready. juadah: mee kari, karipap, tembikai dan air sirap - ditempah dari kak ban. mee kari dia punyalah banyak lauk, tak sangka lak dia nak jadik segenerous tu. from me and my hubby lak, kami masak pulut, rendang ayam, popia, egg tart, sandwich. Alhamdulillah semuanya ok. org puji egg tart tu betul...sedap kata diaorg. siap ada gula hangus dibasenya and also that rendang (which is both cooked by my hubby). apsal diaorg tak puji popia, pulut dan sandwich yang aku buat??? :(

tetamu pulang dalam pukul 5 gitu. lepas asar, cik talamubi ke umah ziz untuk berkaraoke. macam2 lagu, dari sealed with a kiss, ke siapalah aku dari amy mastura hinggalah ke lagu dangdut secangkir madu merah. semuanya kami taram.

esoknya, monday, cik talamubi lambat ke opis. penat yang amat, tok sah cakaplah. sakit badan. sebab mengemas semua. tapi cik talamubi ni memang dah jadik habit buruk, kalau dah datang lambat, terus malas nak buat keje. so lepas dalam 4 jam di opis, tiba2 cik talamubi terpikir nak buat teknik rebonding...gilo ke apo?? so, pikir sikit2, terus ajak ziz ke saloon. 3 jam setengah melangok kat saloon tu untuk process memrebondingkan rambut. hasilnya, puas hati, berbaloi ngan RM yang dicurahkan. ps/ perlu keeee?????

Alhamdulillah cik talamubi semester ni dapat mengajar kat angkasa lepas utk 2 subject. satu di negeri penyu bertelur dan satu lagi kat sini. mula2 tak nak jugak sebab cik talamubi ada tugas lain di k****. tapi dah disuruh jugak, dan pikir2, subjek lagi satu tu pun sikit je kreditnya, so terima. Alhamdulillah syukur pada Allah utk rezeki kali ni.

so hari khamis tu cik talamubi dan suami balik ke hometown. sampai at 3 am. kemudian 7.30nya bertolak pulak ke negeri penyu utk mengajar. nice students. very active. maybe sebab mengajarbuat style group ni, diaorg beria sikit nak menjawab soalan kita. macam competition gitu. i finished the class earlier hari tu sebab me and my family nak ke kl pukul 4 petang tu sebab sepupu cik talamubi kawin minggu ni.

kami sampai di kl at 9. ayiq dah selamat akad nikah petang tadi. dah jadik laki orang sepupu aku..kecik lagi rasanya...hehehe. tengok persiapan mak ngah untuk menyambut menantu firstnya ni memang perghhh....set bilik tido je RM 6000 plus. kek kawin je dekat RM 500. hadiah bagi kat tetamu pun expensive. kanopi pun punyalah lawa...big investment, HUGE! takpelah, dia pun anak 2 je. lepas ni abang ayiq pulak. lepas tu dah takde dah...

kat majlis kawin tu ada dj dijemput. cik talamubi sumbangkan sebuah lagu duet dengan pakcu cik talamubi...lagu JIKA oleh melly tu. aku nak nyanyi yang paling comel sebenarnya tapi pakcik2 dan sepupu cik talamubi tak tahu lagu tu, so takde partner utk berduet. hairan gak, aku ingat satu malaysia tahu lagu tu???

nak balik cepat hari ni. malam ni nak tengok spiderman 2. dah siap book seat. tak sabar lak nak tengok mary jane (bukan spiderman)...this is the hundredth time i'll watch a sequel movie without watching the first part of it. takpelah, malam tadi dah tanya hubby dah pasal spiderman 1 so more or less dah tahulah hari ni sikit2 character dalam cite tu...tapi so far, ikut pengalaman cik talamubi lah, setakat ni memang takde masalah tengok cite part2 terus without watching the first 1. bukan je takde masalah, seronok lak tu...hehehe...at least jimat sikit, orang lain gi tengok wayang LOTR sampai 3x, kita tgk sekali je, org lain tengok harry potter kat wayang 3x, kita sekali je dan macam2 lagilah...tengok last punya part pun paham jugak...so why bother..??:D

0 Comments:

Post a Comment

<< Home