perginya seorang patriot...
sedihnya sungguh cik talamubi dan suami minggu lalu. sedih sebab apa? ayam kat kampung mati ke??? selalunya orang akan tanya soalan macam tu kalau tengok muka kita bermuram durja. tapi kali ni bukan ayam kita yang mati (sebab takde bela ayam pun). tapi yang mati is our 'flipper'!...waaaaaaaaaa!!!
flipper - nama ikan yang diberi sempena nama ikan tom kurus dalam cite jerry mcguire tu. ikan yang dihadiahkan oleh cik kieli bersama bende2 lain sempena perkahwinan cik talamubi. ikan yang menemani dan menghiburkan cik talamubi dan suami sejak hampir 7 bulan yang lalu. ikan yang betul2 kami sayang sebab dia baik dan cute. warnanya ungu kebiru-biruan...waaaaaaaaa flipper kenapalah kau meninggalkan kami....
dulu, flipper ni memang aktif. berenang ke sini sana. masa cik talamubi pegi jepun, cik talamubi tak lupakan flipper. cik talamubi belikan flipper rumah baru. akuarium plastic yang sizenya besar sikit dari the first one. mula2 flipper kekagetan (perkataan berikut diambil dari salah satu novel melayu yang dibaca). dia remain stiff. tak berenang. kami agak dia rasa kekok ngan rumah baru. after some time, dia berenang dengan happynya. maklumlah rumah dah besar sikit. kalau kita ketuk2 cermin akuarium tu dia datang kat kita. aku rasa macam dalam cite free willy pulak, cuma bezanya ikan kami ni berjuta2 kali ganda lebih kecil dari willy.
tapi sejak lebih kurang a month ago tak silapnya, flipper semakin mandom. kami bagi makan dia tak makan. akibatnya banyak makan lebih dalam akuarium dia tu. mula2 cik talamubi agak dia tengah mengikuti program diet, tak pun dia makan teh orang kampung, tu yang tak berselera tu. lepas tu dia dah tak berenang2 sangat. duduk je. tak tahulah kalau sepupu dia si nemo tu hilang lagi kali ni. tu yang dia risau tu agaknya. a few times we caught him macam terbaring gitu, risau gila cik talamubi, tapi bila kami ketuk2 dia tersedar, rupanya dia tengah tido...
sampailah minggu lepas, lepas kami balik dari negeri penyu, masuk je bilik, tengok flipper dah menghebuskan nafasnya yang terakhir...waaaaaaaaaaa!!!! dia terapung dipermukaan air. rasanya dia meninggal masa kami takde di rumah. mungkin dia pun tak sangka nak say goodbye kat kami so dia bertahan sampai ke outstation. sedih gila cik talamubi. tak sanggup rasanya.
'ikan ni memang ikan pendek umur, dia bukan untuk disimpan lama2. ni pun dah kira lama dia bertahan.' suami cik talamubi cakap. dia dah banyak kali mentioned yang ikan jenis ni memang selalunya sekejap je. tapi for almost 7 months, flipper dapat bertahan. great achievement for him. mula2 cik talamubi suruh suami tanam kat mana2 body flipper tu sebab tak sanggup sangat rasanya nak flush dia dalam toilet. tapi esoknya cik talamubi tengok akuarium flipper dah terlangkup, suami dah bersihkan. sampai sekarang cik talamubi lupa nak tanya hubby mana flipper punya body. mana yek bang u letak??? hari tu kami ke giant ada gak survey2 ikan lain untuk ganti flipper tapi rasanya we r not ready yet. tapi pulak yang berkenan di hati. sedih lak sebab tak pernah amik gambar flipper. so kenangan kami ngan flipper hilang macam tu je.
tapi takpelah. semua yang datang akan pergi. Allah lebih sayangkan flipper dari kami. to flipper, so long....from both of us.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home