Wednesday, February 25, 2004

HIT IT!!!

pagi tadi lepas solat subuh, tekad tak nak tido balik. sebab, kalau dah tido balik, harapan nak pegi keje awal tu memang tipis, senipis kulit bawang (cewah!). so lepas subuh (which is takdelah bangun awal sgt pun :)), cik talamubi terus buat breakfast. breakfast apa kita pagi ni? ya, itu dia...homemade instant roticanai. dalam masa 5 minit, siap 4 keping. lembut pun lembut macam kat kedai mamak tu...hehehe...biasalah, wanita moden...;)

lepas masak, kemas bilik, mandi and sampai office at 8.10 am. lepas tu terus buat what-to-do list. penting list ni sebab selagi tak dislashkan semua item dalam list tu, kinda gelisah jugaklah. tapi nampaknya memang takkan terslash-slash lah item2 tu dalam satu dua hari ni sebab keje tu takes time. nak kena hantar questionnaires to about 300 kilang seluruh malaysia...errr.........

dalam pukul 11, received quite an important (not that important actually) phone call from a friend. isu: gaji. isu yang nampaknya tak reda2 sejak 2-3 bulan ni...mana tak temper, sebab kita ketinggalan 1 tangga gaji kerana kesalahan err..sapa eh? banyak pihak yang terlibat, so tak tau nak point kat sapa...dah banyak kali komplen pun sama jugak....(duhhh!!!)...anyway, InsyaAllah akan ke pejabat berkaitan esok untuk bersemuka dengan org yang bertanggungjawab...senang cakap depan ni, biar dia tengok keseriusan, kefiercean dan kebengisan muka kita...bukan nak carik gaduh, tidakk..jauh sekali. cuma nak settlekan bende yang dah lama tak setel2 ni...

hari ni cadangnya nak masak nasi goreng cendawan. terus terang memang tak tahu resepi dia. tapi dari malam tadi sebelum tido, cuba membayangkan rasa dan rupa nasi goreng cendawan yang selalu dibeli kat kedai2 sekitar tmn di sini. bantai jelah...asalkan letak cendawan, jadiklah kot...

kawan ajak main badminton petang ni at 5. cik talamubi bukan tak nak main, tapi baju tak bawak (alasan!). err...bolehlah sekali sekala. nak ikut wawasan salah seorg pemimpin kat sini - gaya hidup sihat...tapi ada sorang Dr tu bila cik talamubi cakap macam tu, dia kata..'kau jaga diri kau tu pun cukuplah, tak yah nak begaya2 sihatnya...' hehehe...gaya hidup sihat ni membawa banyak erti mengikut firasat cik talamubi...pertama - kita main sukan atau xtvt riadah lain yang boleh menyihatkan badan, kedua - tak bersukan pun takpe kalau tak nak, asalkan kita pandai bergaya menggayakan pakaian sukan dan alatan sukan yang kita ada pun dah cukup bagus. ada semangat kesukananlah tu kiranya....

nak baliklah, ready for the game, ready for the challenge bebeh. HIT IT! - bak kata siti nurhaliza :D.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home