Thursday, February 26, 2004

What a relief...

Alhamdulillah, what a relief...3/4 daripada what-to-do lists yang dibuat semalam berjaya dislash sehingga tengahari ni. Yang paling urgent was carry marks students. Dan akhirnya penantian students yang tak henti2 dan tak bosan2 mengetuk pintu cik talamubi bertanyakan carry marks berakhir apabila pagi tadi cik talamubi berjaya menyiapkan carry marks untuk 3 subjects yang diajar pada semester ini. Hairan jugak cik talamubi bila pelajar2 ni suka sangat bertanyakan carry marks; tak kira lelaki ke perempuan, tak kira bangsa apa, suka sangat bertanyakan 6 million dollar question tu, 'cik talamubi i***, carry marks saya berapa?' I bet bukan kat cik talamubi je diaorg tanya, semua subjects yang diaorg amik pun diaorg tanya tentang bende ni...It is very true that they have right to know their carry marks before final exams. But what bothers me is kenapa perlu tau carry marks? takkan kalau dah dapat carry mark tinggi, takyah study kuat2 and score for the final? kalau dapat carry marks rendah pulak, takkan nak menangis siang malam sebab dah tak boleh nak buat apa pun, u cannot drop the subject (tempoh dah tamat), u cannot sit for retest (there's no such thing in these subjects) etc...so kalau cik talamubilah, prefer tak nak tau sebab that can caused

  • over confident (kalau carry mark dah tinggi)

  • depression (kalau carry mark rendah sangat)



pagi tadi datang keje lambat...waaaa, rosak separuh dari hari khamis aku. letih yang amat malam tadi. mana taknya main badminton mengalahkan atlet yang training nak gi SUKMA (sukma je hehehe). main 1 hour and 15 min. 4 of us termasuk my hubby bermain sakan. walaupun yang wanita2 ni hehehe skill dia memang power kuang kuang kuang (teruk lah tu) tapi kitaorg tetap berada di tahap keexcitedtan tertinggi. cik talamubi yang bergandingan dengan suami sendiri (takkan suami org lain kot) lawan dengan another 2 girls. kita main 2 sets. set pertama diaorg menang (17-15) and set kedua kami menang (15-6). suami cik talamubi dulu wakil maktab dan universiti, kira tere jugaklah. hehe. so cik talamubi banyak kali cakap ngan dia 'smash bang!' keke kiranya nak menang cepatlah ni. tapi dia kata 'tak nak, sebab i smash target kat badan, nanti kesian pulak diaorg'..oklah, kita mian macam biasa jelah. tapi since game tu start after 45 min kami dah main secara suka2 dulu, so masa game tu cik talamubi dah collapse. penat siot...mula2 nak stop je lepas first set tu, tapi diaorg insist nak main 2 sets. memandangkan cik talamubi letih sangat dan dalam kepala ingat nak balik jeeee, tiba2 tahap keteraan dan serangan cik talamubi meningkat dengan mendadak. pantang dapat bulu tangkis tu aku smash. kesian gak team lagi satu tu, dia serve pun cik talamubi smash. bola tinggi, bola rendah semua bantai. bola tanggung (istilah hasbullah awang RTM), bola cangkung, bola ala kangkung semua cik talamubi bantai smash (over actinglah pulak). naik terkujat suami aku tengok. akhirnya sekejap je kami menang set tu....

'apsal tiba2 u tere?' suami cik talamubi tanya. 'bukanlah, i dah tak tahan dah, letih.....nak cepat2 habiskan game tu, tak sabar nak balikkkkkk' cik talamubi jawab.

org selalu kata main badminton ni kalau terburu2 bawak padah. tapi cik talamubi, main2 terburu yang menang, main hati2 yang lingkup. akibat beria sgt main tak ingat dunia ptg tu, lepas american idol terus tidoo malam tadi. tapi frankly, last nite punya group was the best. semua contestants suara powerr22...finally .....:)

cik kieli, bintang hati tu dah start ke??? tadi cik talamubi check mega pavillion and gsc, belum ada. yang ada dari kelmarin cerita bisikan asmara remaja tu....kalau dah keluar jangan lupa bagitau ye. tak sabar nak tengok anuar zain...;)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home