selamat menyambut tahun baru
happy new year! esok masuk tahun 2005. sekejap je rasanya. macam baru sekejap masuk tahun 2004. tapi 2004 ni dah lalui macam2. ada yang seronok, ada yang tak seronok, ada yang pelik-pelik...lama tak update sebab busy sangat sepanjang 2 minggu karnival sukan k****. siang malam pi tengok game. mainnya tak reti. sorak je pandai. especially game volleyball. tak pernah miss. dari pusingan awal sampai final. juara lagi tahun ni. hari tu, masa pregnant 5 minggu, sibuk menyokong volleyball untuk sukan antara universiti. hari tu 5 bulan, sibuk pulak menyokong volleyball untuk karnival sukan. cakap pasal anak, minggu depan kena pi checking lagi. perkembangan terkini??? takdelah kot, kecuali perut yang semakin mengembang. minggu lepas masa christmas, pi angsana beli sikit2 baju dan alatan2 baby. sikit2 dulu pasal nanti kang nampak kat tempat lain, nak beli lagi. oklah, baby dapat 4 pasang baju, dan barang2 dia yang lain, mak dia pulak dapat bag baru ala2 tropical gitu. besar sikit. warna oren. takpelah, sebab raanya dah tak sanggup nak bawak knapsack ke sini ke sana. malulah pulak rasanya. bukannya, bag tu nak beli biskut, air dan coklat ke mana2. cakap pasal anak, nama pun belum exactly pilih sebab masih tak confirm jantinanya tu. dr memang dah bagitau tapi tak tahulah tu confirm ke tak, ye tak??? tapi nama anak sedara cik kieli tu best pulak lah aku rasa. dahlah aku memang suka nama ala2 jepun2 gitu. tapi takde idea lak. pasal kita ni tak paham bahasa jepun, kang main bubuh je kang, org jepun ketawa pulak. lagipun takdelah pulak kena mengenanya ngan aku ni haaa nak bubuh nama ala2 bunyi jepun gitu. macam kakak cik kieli tu, dia memang tinggal sana lama, yang kita ni??? haaaa, menjadi peminat vcd jepun untuk sekian lama....bolehlah tu....takkan nak bagi nama sinchan??? takpelah, nanti pikir2 lagi...
minggu depan sabtu, ahad, isnin akan berangkat ke sarawak untuk family day. preparation dah siap. takde apa pun. esok cuti, bestnya, sah tv singapore banyak cite best2. ingatkan esok nak buat karipap sebab dah jadik suka sangatlaa ngan karipap semenjak dua menjak ni. setakat beli singgit dua hinggit tu, memang tak cukuplah. lebih baik aku buat, boleh makan berhari2. tapi aku nak buat hok stail kodi jelah. dah tak ingat teknik memusing2 yang dipelajari ngan chef kieli dulu. agar2 pun teringin jugak nuat. agar2 milo je yang aku reti sejak dulu sampai sekarang. tapi selalunya bila sampai harinya, malas melampau, end up beli jugak kat stall kat taman uvwx tu. takpe, kali ni jangan malas, mesti berusaha gigih, hait!


0 Comments:
Post a Comment
<< Home