jumaat yang mulia...
Assalamualaikum muslimin dan muslimat sekalian...
Hari ni dah jumaat, penghulu segala hari. jumaat ni dah jumaat ketiga kita berpuasa. tak sangka eh, dah almost 15 days kita berpose. maksudnya tinggal separuh bulan je lagi. sekejapnya rasa. hari ni, cik talamubi pegi kejap lambat. hampeh sungguh. kejenya banyak melambak, tapi masih lagi tak reti-reti nak datang cepat. lepas tu barulah melompat ke sana sini nak siapkan keje. sebab org lain masuk pukul 8 pagi, kita pukul 11...sungguh tak efisien. hari ni jugak, kumpulan tadarus cik talamubi vaporise entah ke mana. semuanya senyap. buat tak reti...hehehe..nak take a break kot. takpe, kami konpiden boleh habis. ni dah pertengahan juzuk 4. kami punya kumpulan sampai juzuk 5 je. dalam 3 hari lagi InsyaAllah selesai...
baca diary cik kieli, teringin pulaaak laah nak bukak puasa kat
tapi takpelah, ahad ni, ada majlis bukak puasa kat seri malaysia. so tunggu yang tu dulu. kalau agak2 tak puas hati etc...baru ke chimosa tu pulak. semalam printer baru dan pen drive baru sampai. setelah hampir 3 tahun, aku menumpang dan menagih printer kerani2 dan printer wakaf pejabat yang keadaannya hidup segan mati tak mau tu, akhirnya dapat jugak printer sendiri. dah tak sanggup babe. harap2, semangat bekerja pun barulah macam printer dan pen drive tu.
semalam, tiba2 cik talamubi terliur nak makan petola masak air. pegilah ke kedai, beli petola 2 biji. balik, masak. lauk2 lain beli je kat bazar ramadhan. hari ni lak hubby tiba2 teringin nak makan sayur kangkung. dia kata dia terbayangkan kangkung tiba2 masa dengar khutbah. canggih2. khusyuk sungguh tu rasanya. oklah, nampaknya petang ni kena beli sayur kangkung pulak. lauk2 beli. weekend ni baru masak semula. bukannya apa, raw material kat rumah tu dah habis. nak pi pasar lak, kat bandar ni, mak cik talamubi kata bandar org kaya. pasal pasar awamnya tutup pukul 12.00. kat bandar cik talam dan suami pasar tutup pukul 4 petang gitu. yelah, org kat sini beli bahan2 mentah semuanya kat jusco rasanya. masalahnya ikan dia baunya kurang sedap kat jusco tu. tu yang malas tu...
lagu favourite buat masa sekarang: pening by ezlyn dan m daud kilau. :D


0 Comments:
Post a Comment
<< Home