membeli belah untuk menjual juil
semalam sekali lagi cik talamubi balik keje awal, pukul 1.30 dah cau cin cau!!! kelmarinnya pukul 3 sebab ada majlis perasmian gitu. semalam lak ada meeting, tapi sebelum meeting me and hubby pegi lunch at 1.30. kononnya gi lunch awal, boleh balik pejabat semula buat keje sikit sbeelum pegi meeting at 3. tapi angan2 tinggal angan2 mat jenin je nampaknya. pukul 3 masih lagi di juiceco, berkejar2 balik ke k**** utk meeting. semalam memang dah ditunggu, 8 hb setiap bulan ada sale 20% di anera dan 10% di bakery la isla bonita tu. apa lagi, kami pun beli bun berkondong2. memang suka pun makan bun2 dan pastry ni.
sampai di k****, nasib baik meeting belum start. risau gak sebab kita chairman kita lak lambat. meeting kali ni, kami makan lontong darat. tq kak nab :). meeting kali ni specific pasal jualan sempena pelajar baru nak masuk ni. sebagai pengerusi cik talamubi lah org yang paling risau. kalau tak untung jualan kali ni, terpaksalah jadik ala samurai, kamikaze gitu....
lepas meeting me, miss anne dan zal decide nak settlekan keje bahagian kami. so lepas asar kami bertolak ke pasar petani. membeli kerepek2 untuk dibungkus kecil2 dan dijual. kerepek ubi yang tak pedas tu asalnya RM 12 sekilo, cik talamubi mintak kurang dapat RM 5.50 je sekilo...bagus2. selain tu kami beli kerepek ubi pedas dan kerepek pisang. mesin sealer dah dibeli minggu lepas.
lepas tu kami ke kedai hardware how are you di sri putera. membeli gelas kertas berpenutup 400, plastik kuih 1kg, plastik merah 4 beg, sudu 300, plastik kerepek 3 bag, pengepit kuih 3 batang. lepas tu kami ke TU pulak, ke kedai borong. beli air kotak 3 carton, air mineral botol kecik 5 kotak dan botol besar 2 kotak. cadangnya hari ni kami akan membungkus2 kerepek2 tu. ala2 indusrtri kecil gitu.
petang tu, lepas balik, suami cik talamubi pun balik. rupanya dia ke hypermarket gergasi tu sorang2. nak buat surprise kononnya. belikan album besar yang cik talamubi nak sangat tapi cik talamubi asyik merungut lately sebab malas nak ke gergasi tu. dia belikan jugak penggantung mug and rak pinggan. tqqq :). semalam masa di juiceco, lepas makan tu, kami jalan2 kat kedai paling wangi kat juiceco tu. terpikat pulak dengan set pinggan mangkuk kat situ. terus rembat. diskaun 50% babe (ala2 lagu oh babe kru tu)....cantik betul. dah berapa kali usha, rasa macam tak important sgt nak beli bende tu, tapi tulah nafsu ni asyik teringat kat pinggan mangkuk tu. bunga2 dia lawa2, soft je...ala2 bungan kat curtain dan cadar laura ashley gitu. baru hari tu insaf tak nak spend on nonsense thing bulan ni, tapi gagal.
nak buat keje lah. minggu ni hectic. dengan jualannya. kuliah lak nak start. prepare notes lagi....waa!! takpe, sabar, sabar..take yr time. one at a time...:)


0 Comments:
Post a Comment
<< Home