update
nothing's new. kalau ada pun, bende yang biasa2 je. ke puteri specialist sekali lagi semalam untuk appoinment. melayang lagi RM, sama macam minggu lepas. mak datang sabtu baru ni sampai isnin. maklumlah kami isnin baru ni cuti. mula2 abah nak datang sama, tapi tak jadik sebab banyak keje. so end up mak datang sorang naik bas. dia bawak baju yang cik talamubi tempah kat ktn. siap jugak akhirnya baju kurung pahang. dengan pesak sebesar2nya, oklah, lain dari baju kurung kampung yang cik talamubi ada selama ni.
sabtu tu lepas amik mak di bus stop at 7.15 am, me and hubby ke pasar dan kemudian beli breakfast. beli lontong dan soto. tengahari tu mak masakkan ikan masak kicap. cik talamubi not very well. terkebil2 jelah tengok mak masak masa tu. malam tu, kami bawak mak ke gazebo pl. sekali, tutup. tak pernah2 tutup rasanya. dah lah jauh. so makan jelah kat kedai sebelah tu. oklah not bad. ramai customer. maybe some of them pun actually mula2 nak makan kat gazebo. esoknya lepas asar, bawak mak tengok rumah contoh kat taman p. rumah contoh tu represent rumah yang cik talamubi beli. InsyaAllah hujung tahun ni atau awal tahun depan siap. cepatlah pulak, baru lagi rasanya uruskan hal2 rumah tu...
lepas tu kami ke kip mart. memang cik talamubi tak berapa sangat dengan tempat tu. cuma admit sayur2 dan buah2 dia memang murah. beli limau, betik dan jambu batu. kemudian kami ke jusco. makan2. cik talamubi makan mee goreng (mak kata, 'of all the thing, mee goreng yang awak teringin???')..nak buat macam mana, terliur sangat dah. hubby makan laksa sarawak. mak makan cantonese mee. lepas tu kami maghrib terus di sana sebelum meneruskan operasi jalan2. mak beli something kat lovely lace. lepas tu dia nampak ada satu design kasut kat kedai bata tu. cik talamubi dah notice dari last week dah. memang class sikit design tu berbanding ngan yang lain. lawaaaa...mak kata, 'mana lawa?' cik talamubi kata..'hijau kot'...mak kata..'purple pun lawa jugak...' end up dia amik dua-dua pasang sekali...
lepas tu naik ke tingkat atas. bershopping lagi mak aku. cik talamubi tukang angkat bakul jelah...hujung2 bulan ni, mana nak shopping....balik tu macam biasa sembang2 lagi ngan mak. bak kata hubby cik mimi...'pot pet je awak ni'...hobi maaaa..nak buat macam mana, tup-tup keluar cite, mak beli rumah baru-baru ni...rumah keempat lah ni rasanya...banyak2 nak buat apa eh,


0 Comments:
Post a Comment
<< Home