Monday, August 02, 2004

dah demam???

balik ke kuantan lama kali ni. dari khamis hingga ahad. di samping mengajar di negeri penyu, amik peluang kali ni utk buat smart card (ic baru tu). pegi ke jpn at 8.30 sekali dapat no 106...Ya Allah, ni yang lain2 ni siap pasang khemah kat luar pejabat ni ke sejak malam tadi??? hairan sungguh aku...

kali ni semua adik beradik berkumpul. kakak balik dari negeri burung kenyalang sebab dia nak konvo sabtu ni. dia ajak pegi ke penang sekali tapi jauh sangat..malas rasanya. adik bongsu ku pun pulang juak kali ni dari melaka. rindu dengan diaorg semua sebab lama benor tak jumpa.

sepanjang 4 hari di kuantan, cik talamubi dan suami menggila tengok AF. dari pagi petang siang malam. dengan imbasannya AFnya, diari AFnya..semua tengok. hampir 24 jam. seronok pulak tengok. maklumlah kat umah sendiri kat johore ni takde astro, tu yang sekali sekala dapat peluang, bantai bagai nak rak.

malam sabtu tu kami semua tercongok depan tv kecuali kakak dan adik bongsu yang memang tak minat. pi, adik bawah cik talamubi yang rugged dan selama ni tak amik tahu langsung bende2 macam ni pun boleh terlekat depan tv baru2 ni. lawak pulak tengok. seronok sungguh kami tengok. yang paling best part si zahid nyanyi lagu2 ikut suara jamal, saleem, awie, anuar zain tu. and paling best gak dengar si aznil tu bercakap. lawakk betullah mamat tu.

kitaorg paling tak suka maz. sorrylah pada peminat dia. no offense. setiap org ada preferences sendiri. so tak kisahlah kan. attitude probleemmm lah dia tu!! a HUGE one!

memang terkejut bila tau si linda kena buang. fav family cik talamubi dia tu. sebab dia suara best and lawa pulak tu....waaaaa!!! geram sungguhhhh....tak adil betul rasanya. tapi lantaklah, sooner or later kena buang gak cuma ingat dia dapat masuk the top 5 at least.

hari sebelum tu kami tengok ulangan konsert AF yang anding kena buang tu. masa tu mas nyanyi lagu ;cant get u out of my head' from kylie minougue. Ya Allah...tu jelah yang boleh cik talamubi cakap. tak tahu dah nak cakap apa...teruk betul. malam tu nak tido cik talamubi tak puas hati, sebab rasanya lagu tu senang gila dan tak perlu tarik suara tinggi2. tapi lenggok si mas menyanyi lagu tu betul2 tak kena. cik talamubi kata kat hubby, 'bang sepatutnya lagu tu macam ni..na na na, na na na na naaa..' cik talamubi buatlah ala2 gaya kylie gitu suara tu. sekali suami cik talamubi pegi tutup mulut kita pulak, sebab tak tahan telinga dia kata..cis!!!!!

lagi satu cik talamubi suka tengok part diaorg nyanyi lagu menuju puncak tu. especially tarian diaorg tu...besstt gilaa...'bang, nanti orang nak beli vcd salah satu konsert tu nak practise menari macam diaorg utk lagu menuju puncak tu'....tapi laki aku buat tak layan je....cisss!!!

looking forward to watch puteri gunung ledang. nampak gempak. especially lepas tengok soundtrack filem tu oleh tiara jacq tu. power betul minah tu menari. tabik sama tiara. semalam sampai di sku*** around 4. kawan cakap kat metro ada big sale. teringin nak menjeguk. bukan nak beli apa pun. nak negok2 je. ingat petang ni nak gi jap. tapi masalahnya....metrojaya kat johore ni kat mana ya??? **%#!#&(_*^&%

0 Comments:

Post a Comment

<< Home