musim itu kembali lagi
musim itu kembali lagi...musim apa? musim durian ke??? tak, musim durian baru lepas. kalau ada pun dah tinggal baki-bakinya. tapi sekarang ni musim yang sedang melanda salah satunya is malaysia shopping carnival sampai september ni. me and hubby pegi jugak metro (akhirnya) khamis lepas. sebab memang rasa nak gi sangat since minggu lepas. memang metro tengah sale. tapi takde lak yang berkenan di hati. tengok baju, handbag dan kasut...muak pulak rasanya. langsung takde yang terpikat. dah tua benor ke aku ni??? interest dah ke bende lain agaknya. lately suka tengok barang2 rumah gitu. tapi buat apa beli pun sebab sekarang bukannya duduk rumah sendiri. belum settle down lagi...akhirnyan suami cik talamubi yang dapat baju 2 helai. dah lama kita carik baju tu sebab dia memang suka sangat baju tu. selesa katanya. dia beli satu light green and satu lagi color coklat muda...nice...
musim kedua yang tengah melanda cik talamubi sekarang ni ialah musim kawin. minggu ni ada 4 jemputan kawin. 2 sabtu dan 2 ahad. hari ni (sabtu) akan pegi yang kat area ni je. anak lecturer kita kawin. dia pun kat kawasan ni sebab dia tinggal in this inner ring. esoknya lak kenduri kawin di kawasan nii jugak. kebetulan sungguh. dalam U ni jugak. anak salah sorang lect yang pernah cik talamubi dan cik kieli 'tengok' suatu ketika dulu. dengan rambut highlightnya....remember who, cik kieli???:)...tak sangka anak dia dah besar....
nak ke jusco jap lagi. nak membeli pembalut hadiah. ingatkan hari ni nak membuat kuih kacang. ada orang panggil kuih kasturi...alaaa kuih yang dibuat dari kacang hijau tu,lepas tu goreng...cuma tak ingat, nak balut kuih tu masa nak goreng, guna tepung gandum ke tepung beras??? takpe jap lagi check website....saje je nak buat. kalau jadik boleh bawak gi umah zah malam ni, sebab nak tengok AF kan...harap2nya malam ni tak blackoutlah...dah 3 hari berturut2, asal petang je, black out, membawa ke malam. fed-up betul. tapi kami dah plan dah ramai2, kalau blackout lagi malam ni (Nauzubillah), kami nak ke restoran aliff...menumpang tengok kat situ. order teh tarik secawan lepas tu lepaklah kat situ sampai 10.30...:D


0 Comments:
Post a Comment
<< Home