Monday, March 22, 2004

never...

penat jugak hari ni. dari pagi berkejar ke sana ke sini sampailah sekarang ni, finally i have a chance to take a breath and write something in this journal. cik talamubi akan ke kl esok. ada short meeting dengan seorg professor danish di UM. so the first thing that i did this morning is call office tu and tanya the direction to get to that place. macam biasa, cik talamubi naik bas. turun kat stesen universiti. sampai situ je tahu. lepas tu macam ne nak sampai kat opis tu, haram tak tahu. so indian guy yang jawab phone call tu describe to me in detail how 2 get there. siap dengan 'jalan 10 meter ke hadapan bla bla bla'...baik sungguh, terpaksalah cik talamubi bawak tali tape esok, nak measure that 10 m length. anyway thank u for your help :).

then cik talamubi menyiapkan isi borang u**. nak isi borg ni pun dah satu hal. nak kena carik code numbernya bla bla, lepas tu printer kat atas yang disediakan utk kami ni pulak buat hal. inknya ala2 nyawa2 ikan gitu. tenggelam timbul. so kena pulak pinjam printer kerani bawah. nasib baik dia sproting. siap hantar borang tu, cik talamubi call dr d*** dari Fakulti ****. suka benar dia dengar cik talamubi nak jumpa profesor danish tu esok. sebab dia pernah jumpa prof tu masa di uk dulu. dia pernah dapat hadiah buku dari prof tu. tu yang excited tu kot. 'u ada tel no dia kat sini?' dr d*** tanya...'ada, 016-*******' dengan lurusnya cik talamubi bagi. lancar je keluar dari mulut tanpa sedar consequencenya. tiba2 barulah tersedar, opsss i did it again, better tel professor tu yang aku kasik no tu kat dr d***. so i emailed him and tell him the whole story.

cik talamubi seterusnya ke pejabat dr d*** at 12 noon utk pinjam buku yang diberi oleh prof tu to her. study sikit utk meeting esok (last minute, man!) dan seterusnya cik talamubi terus menerus berjalan ke sini sana sampai 3.30 baru masuk opis semula. mana taknya, semua tmpt nak pegi hari ni. lepas ke opis dr d***. cik talamubi ke pejabat bendahari. mana taknya, slip gaji kelabu asap. lagi satu ink nyawa2 ikan. satu particular pun tak nampak. so mintak photocopy punya slip dari record mereka. then cik talamubi ke pejabat pos bayar bill handphone. lepas tu ke sri puteri beli tiket bas utk ke kl esok. the earliest i can get, 8 am. lantak kau. biar cepat banyak sikit ruang masa kalau jadik apa2. then menuju ke kedai komputer berdekatan. saje survey pen drive. reason: semua org tanya...'masih pakai disket lagi?'...even head of department pun tegur baru2 ni. yelah2 aku tak 'cinta IT, sayang IT, suka IT' macam siti nurhaliza tu. tu yang mensurvey harga tu. oklah kedai tu, murah2 barangnya.

then kami ke T U utk lunch. mula2 tuju ke kedai pak abu. lama tak gi. kalau ada student memang kedai tu jam. so time lah nak merasa. malangnya kedai pak abu tutup. celebrate kot sebab bn menang semalam. so kami menuju ke restoran seri menunggu. tutup jugak. join pak abu buat celebration party agaknya. so instead kami lunch di kedai rosie phua. selesai makan, kami solat zuhur di jusco, kemudian ke jb. first time in life tiba2 ada kesedaran nak check duit dalam kwsp. takut gak dengar org kata, u better check. mana tahu apa2 senang nak complaint sekarang. so pegilah ke kwsp dan akhirnya berjaya ke tempat tu selepas 2 kali menanya org. memang lomah sikit cik talamubi dengan tempat2 kat sini. blurr gila sebab selama ni kalau pegi pun sah tido dalam perjalanan. pegawai kat situ bagi printed slip of my balance in account. kemudian kami ke kaunter khas utk tanya macam mana nak dapatkan no pin utk check balance online. kerani yang bertugas masa tu, err macam mane yek nak cakap. she's nice but kinda loud. i repeat, LOUD. believe me. lepas tu soalan yang dia tanya kita punyalah tak clear, so dah macam itik dengan ayam. dia tanya lain, cik talamubi jawab lain. berterusan sampai beberapa ketika sampai satu tahap bos dia kat situ mencelah. bos dia paham kot apa cik talamubi nak. so bos dia explain. ooo cakaplah kena register online. nanti 5 hari lg baru dapat no pin tu. kerani tadi pulak err, dia pun mencelah sama cuba menerangkan pada cik talamubi bende yang dah sedia terang sebab boss dia dah terangkan. so apalaga, cik talamubi speaking london sikit dengan boss dia. dia nak menjawab jugaak...tak nak kalah...cik talamubi tanya 'do we need to come here to get the pin no?' kerani tu dengan pantas menjawab NEVER...hehehe..dia nak jawab tak perlu kot. never pun never lah kak oii..never ending stroy ye??? :)

malam tadi kawan cik talamubi sms. dia ada masalah. need somebody 2 talk too. so kita janji nak jumpa hari ni. tapi takde pulak dia dtg sampai sekarang. maybe malam kot. apa eh citenya?? suspen jugak. dari sms dia tu, teruk betul. macam depress gitu. mak takut!! cik talamubi tak reti. pembimbing rakan sebaya masa kat sekolah dulu pun tak pernah join. inikan pulak nak jadik kaunselor tak bertauliah. takpe, yang penting we make ourself available utk dengar masalah dia. and i guess thats all she needs anyway. tapi tulah, bak kata cik kieli, masa belajar dulu satu hapa xtvt pun tak join. dah keje ni, join itu, join ini, jadik mc, jadik pengadil, semua boleh. so apa kata malam ni kita try jadik kaunselor pulak?;)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home