bidan terjun
selasa
cik talamubi setelkan menanda kertas peperiksaan program separuh masa yang diajar. nasib baik 16 orang je. selesai menanda dan menjumlahkan markah, terus cik talamubi hantar markah dan borang2 lain yang berkaitan kepada pegawai yang bertanggungjawab. habis satu bab. tutup file itu. tinggal 2 subjek lagi yang markah finalnya belum lagi selesai. makan tengahari di kedai seri menunggu bersama suami. dah lewat jugak masa kami pegi tu, tapi nampaknya ramai lagi yang seangkatan dengan kami. penuh jugak kedai tu masa kami tiba di sana. late lunch agaknya diaorg hari ni.
menghadiri mesyuarat pada pukul 3 petang. dilantik sebagai AJK T*** F. ok jugak. at least rakan2 lain yang dilantik semuanya sama kepala. senang sikit nak buat keje. selesai mesyuarat, terus berkejar ke bilik. solat. petang ni sepatutnya ada perlawanan badminton. call kak g. dia kata tak jadik ptg ni sebab fak kami tak bagi nama utk beregu. takpelah, kita pegi jelah. tengok2. apa salahnya menyibukkan diri kat gelanggang tu.
cik talamubi dan saudari racirare pun pegi dengan semangat. suami cik talamubi kata 'takyahlah pegi, u guys tak register pun, kalau nak main pun court tak book'. betul jugak. tapi atas dasar semangat kesukanan terlampau, kami redah jugak. tiba di sana, kami tanya dengan urusetia tu, 'kak, fak kami boleh main tak?' dia jawab, 'korang tak daftar tapi kebetulan pusat *** ni tak hantar orang hari ni, so korang masuklah.' hehehehe, bidan terjun kita. terus diletakkan di kumpulan B dan diarah berlawan dengan pemain fak **. hehehe apa idaknya. orang lain sebelum tu dah beberapa game. yang kita ni dengan baru dtgnya, bidan terjun sungguh, main tibai je. kalah lah pasukan cik talamubi. waaa!!! tak sempat nak ke gelanggang jutawan, awal2 pusingan dah kong...
'walaupun korang kalah, tapi u main paling cool', suami cik talamubi cakap. 'kenapa pulak?' cik talamubi tanya. 'sebab u still senyum2, ketawa2 walaupun kena smash semua'...aaaaa yang tu nak buat macam mana, dah sifat semulajadi. balik dari court tu, kami berbincang dalam kereta nak makan apa malam ni. ingatkan nak balik rumah dulu, bersiap2 baru keluar semula. tiba2 dekat simpang rumah cik talamubi, suami cik talamubi memecut laju. ala2 mat rempit senario gitu. dia terus bawak ke taman U. 'takpelah, since u kalah hari ni i belanja u pizza'....dia cakap...hehehe bagus jugak, lain kali nak kalah lagilah....
hari ni cik talamubi ada mesyuarat dengan persatuan pelajar. ok budak2 baru ni. aktif dan baik budi bahasanya. harap2 tahun ni punya high committee takdelah menyebabkan cik talamubi sakit jantung macam tahun lepas. lepas meeting, solat dan jaga exam. Alhamdulillah hari ni paper last cik talamubi. boring menjaga peksa ni sebenarnya. kaki pun penat nak melayan diaorg yang mengangkat tangan. malam ni ada majlis penghargaan ajk blok di rumah cik talamubi. so today, no badminton!
kertas exam yang petang tadi ada atas meja ni. 62 orang semuanya. nak tanda sekarang ke tak nak??? mmmm kalau start tanda, ketagih tak boleh nak stop! tapi hari dah petang, nakk balikkkkk....argghhh pejam mata, esok jelah aku sentuh kertas2 tu!


0 Comments:
Post a Comment
<< Home