sejenak di conference
cik talamubi dan suami sampai di kl pukul 4.30 ptg hari isnin. jam nya mak datukk. dari pudu raya, kami terus naik lrt ke asia jaya. turun di stesen lrt tu, menjenguk2 kami mencari hotel tempat utk menginap. dari jauh dah nampak armada hotel tu, tapi nak ke sana tu bagaimana ya??? so apalagi, kami berjalan dengan kepala mendongak ke atas melihat mercu tanda tersebut. semakin lama lambang armada hotel semakin jelas sampailah akhirnya kami tiba di hadapan hotel tersebut.
masa check in, staf yang jaga tu asyik tanya..'betul cik nak satu katil queen? betul tak nak 2 katil single?'....Ya Allah, BETULLLL abang oiiii.....tidak syak lagi, jawapan saya muktamad, tak perlukan talian hayat. dia ingat cik talamubi datang dengan boypren kot, sebab dia asyik jeling2 kat suami cik talamubi yang tunggu di lobi. woii, tu laki aku lah!..sabor jelah mamat tu. takkan muka sikit punya ayu, lagi sopan dan berbudi bahasa ni kau nak syak yang bukan2?? sabo jelah...
esoknya kami berjalan ke singgahsana hotel, tempat conference diadakan. what a great conference I attended. paling best jumpa academician yang expert in PBL dari japan, singapore, hong kong dan australia. kak k yang attended that conference too siap jumpa Dr Tan ** *** tu (expert in PBL from nanyang U) untuk jemput dia bagi talk kat U**. nak dia convincekan our VC. and he is willing to come. he is nice. siap tanya kak k..'do u have my book?' kak k jawab, 'i', thinking of getting the book after this'...and guess what, dia bagi satu dari bag dia. siap ada reben...waa bestnyaa.....sah dah ada autograph dalam buku tu..penting tu, tak gitu cik kieli??? :)
hari rabu tu kami pulang ke jb. masa cik talamubi naik bas dengan suami, terkejut dengan gelagat 2 orang
sekali lepas bas berjalan barulah tau, si tua gatal tak sedar diri tu rupanya one of the bus driver...waaa!!! jangan jadik kes suhaili sudah..gatal semacam je aku tengok. Alhamdulillah kami selamat sampai. sebelum turun di sk***, kami tak tahan ketawa mendengarkan dialog 2 org penumpang bapukdi seat hadapan dengan pemandu bas yang sorang lagi. 'bang, malam ni ingatkan nak tido ngan abang, abang tido kat mana???' Ya Allah, pengsan aku dengar. diaorg tu memang dah macam perempuan, siap pakai baju kurung yang sorang tu. tapi kalau dah lelaki, lelaki jugak. suara garau dan muka kasar diaorg memang still obvious. 'oo abang malam ni pukul 10 kang nak drive ke penang pulak' jawab drebar tu....keke, seriau agaknya mamat drebar bas tu..hehe..macam2..
eh dah nak kena balik...hari ni memang hectic. maklumlah dah 2 hari tak masuk keje. tapi malam ni, masih sempat nak tgk wayang dengan cik kieli. hectic pun hectic jugak, buli tetap kena tengok. ok afdlin, tunggu ye, kami mai!


0 Comments:
Post a Comment
<< Home