what a great weekend we had!
petang jumaat pukul 2.30, cik talamubi ke TU, menghadiri weekly meeting di sana. at 4, kami bersurai. kak k ajak cik talamubi ke jusco. ok, jommm kita! cik talamubi bawa ecah bersama. kami beli bun. lepas tu kembali ke ofis. paper dah selesai di hantar ke supervisor tapi was2 pulak, entah diterimanya atau tidak. sebab, network fac teruk sikit lately. takpe nanti kita check. at 6, kami ke court. bermain sakan. partner cik talamubi terpukul jari telunjuk cik talamubi dengan bahagian besi raket dia. Ya Allah punyalah sakit. kebas sekejap. malam tu, membiru ungu lah jari telunjuk tu....
malam tu, at 8.10, cik kieli fetch me and ecah and wahie ke pasar malam. cik talamubi beli nasik lemak, ayam goreng and apam balik. best nasik lemak tu. tak sabar nak beli lagi minggu depan. lepas sesi makan2, kami mula beroperasi. sebagai penyanyi jalanan gitu. berkaraoke sakan. dengan penyanyi utamanya cik kieli serta cik talamubi dan maksuwa sebagai backup singers (ala2 freshie gitu). ecah pulak tengok je lah tv tu sebab dia tak tau lagu2 melayu ni. malam tu, cik talamubi tido ngan ecah.
esoknya (sabtu), lepas subuh terus cik mimi ke dapur. nak buat agar2 milo sebagai desert utk majlis makan2 hari ni. alamak, banyak mana nak letak air ni? kang keras ketung pulak agar2 aku....so apalagi, gunakan talian hayat, call mak di kuantan at 7.30 semata2 nak bertanyakan resepi agar2. bangga mak aku, anak dia dah ada menunjukkan ciri2 minat dengan this masak2 thing..lepas buat agar2, cik talamubi masakkan roti canai instant utk ecah. then kami ke kedai.
lepas tu, cik talamubi buat groceries. 12.30 selesai dan pulang ke rumah. janji dengan diaorg, makan will be at 4.30 since ecah has class until 4 pm. so decide nak masak lepas zuhur. tapi sambil tu dah start goreng kacang tanah. nak buat kuah kacang. nak buat rojak cadangnya. alang2 dah goreng kacang tu, terus masak kuah kacang tu, sebab kuah kacang ni takes time jugak nak pekatkan dia. tiba2, api dapur gas tu padam..Ya Allah, perlu ke..time suami aku takde, time kawan2 nak dtg makan, kau habis??? malangnya tong gas tu tak boleh nak jawab....sedddihh nyaaa....call abang gas tu suruh hantar gas ASAP. nampaknya ASAP tinggal asap....aku suruh as soon as possible tapi lepas 2 jam menunggu asap pun tak nampak....'hello, awak sesat jalan ke???' cik talamubi hilang sabar...dah bape kali call, kata on the way, tapi tak sampai2 gak...'tak kak, ada ni kat arked'....dia jawab. 'cepat sikit dik, sebab kawan saya nak dtg makan kejap lg ni'...dah pukul 3 masa tu, satu hapa pun belum masak kecuali kuah kacang half done tu...waa!!!..sekejap lepas tu dia sampai, sorry ye dik, tak bermaksud nak lost temper...
so at 3.15 tu bermulalah cik talamubi, ala2 masuk pertandingan iron chef gitu. mana taknya, nak siapkan a few meals within 1 hour. waaa, 3 masakan sekali letak atas dapur. tangan ligat macam org main dram. kejap kacau gulai, kejap kacaau sambal, kejap kacau kuah kacang. lantak kau...kkekekek....akhirnya berjaya jugak menyiapkan meal. nasi putih, gulai lemak ayam+kentang, sayur campur, ikan goreng sambal dan ikan terubuk masin. agar2 milo sebagai desertnya. lepas makan kami menonton cite korea. malam, cik talamubi nak buat cucur udang utk dimakan dengan kuah kacang. tapi fail. ingatkan kek je boleh bantat, rupanya cucur udang pun boleh. nasib baik cik kieli come to the rescue. malam tu kami makan rojak dengan cucur udang, sengkuang, timun dan cili merah...selesai makan, kami menonton HMI misha aka rancangan syok sendiri lepas tu tgk cerekarama. best cite tu. then kami tgk konsert britney (go britney!) kat vegas lepas tu saluran ceria anda diteruskan dengan pirates of the carribean. suku cite cik talamubi dan tertido...
the next morning, hantar ecah ke kedai at 7.45 am. then balik ke umah, buat breakfast. menu: cekodok kentang+udang. lepas tu cik talamubi tertido...at 1something, cik kieli pulang. maksuwa dah pulang sebelum tu. kembali keseorangan lah cik talamubi. menguruskan hal2 rumah. basuh baju, gosok baju utk 5 hari, lipat baju, kemas rumah, sapu rumah...waaaa, pengsan aku. pukul 5.30, amik husband. dia dah sampaiiiiii...yayyyyyyyyyyyyy!!! seronok betul, macam nak menangis rasa...(kekek, over sungguh)...berubah wajah dia dengan rambut ala2 gi jane gitu. malam tu, kami menonton america's next top model. ingatkan dah last episode tapi rupanya next week ada 1 lagi. tak sabar nak tgk even though dah tau sapa yg menang.
thats how i spent my weekend baru2 ni. it was funnnnn!!!! and as a conclusion: experiment memasak cik talkamubi menggunakan kaedah trial and error menjadik, takdelah best pun, yang penting diterima oleh tetamu2 yanng hadir, Alhamdulillah. Hipotesis cik talamubi yang mengatakan 'i'm gonna screw it up' masa mula2 nak memasak tu ternyata salah, yang penting semuanya berjaya dimasak. sedap tak sedap tu belakang cite...ehhehehe...bantai jelah...
to cik kieli, ecah and maksuwa, thanks a lot guys for accompanying me over the weekend. :)


0 Comments:
Post a Comment
<< Home