apa sajelahhh budak2 ni...
semalam, final exam paper I*** selesai. tapi dari pagi tadi, pintu tak henti2 diketuk oleh students yang amik subjek tu...'puan, carry mark saya berapa?'...e eh...dah habis final, nak tahu carry mark buat apa??? dahlah kita tunggang terbalik menanda, cuba nak habiskan hari ni jugak. subjek ni pulak banyak teori. tak macam subjek lagi satu yang jauh lebih fun sebab banyak calculation and design. kita dengan terhangguk2nya membaca jawapan diaorg yang berjela ala2 laporan kaji cuaca daerah chemor gitu, diaorg tak habis2 menanyakan bende yang dah lepas...hangin jugak cik talamubi hari ni. apa sajelahhh budak2 ni... tak paham aku
malam tadi, jamuan majlis penghargaan berjalan lancar. baik hati sungguh kak nab, hidangan nasi beriyani lengkap dia kira RM 3.50 je satu kepala. siap dengan air tu. sapa tak kenal, kak nab yang pemurah tu. tanya cik kieli. kalau ke kedai dia tak dapat makanan free tak sah. diorder mee goreng biasa, diberi mee goreng siap dengan potongan ayam goreng dan 2 bungkus air epal. semuanya free pulak tu. kadang2 naik segan nak ke kedai dia...
pagi ni cik talamubi dan suami makan nasi beriyani semalam yang dipanaskan. banyak betul lebihnya. tapi mengenangkan rasa bersalah tak sudah sebab banyak sgt makan nasi beriyani ni, cik talamubi telah menogak satu jug besar 'roobos tea' pagi tadi. ala2 nak membuang toxic gitu...akibatnya, ke toilet dalam acara berganti2 pagi tadi. toxic keluar kot...lantak kau....
cerita buli dah keluar. nampak macam best jugak. lagipun afdlin. InsyaAllah ok rasanya. jarang rasa dissapointed dengan cite2 dia selama ni. nak jugak menonton cite ni. tgklah, dah siap hantar markah final esok2...
sambutan harijadi maksuwa akan dibuat selepas cik kieli balik dari hometown dia. thinking of mengajak seorang lagi ahli c club 7 turun ke sini minggu depan. sapa lagi kalau tak ann usagi. birthday dia next week, so bak kata cik kieli, alang2 kita sambut utk both of them...bercakap tentang c-club 7 ni, kalau member kami, prudence jadik pindah ke sini, nampaknya bertambahlah taburan anggota c-club 7 berdaftar kat johor ni. 5 out of 7. not bad huh. sorang lagi di kl dan sorang lagi di sheffield, uk. so agak2nya nanti, lagi meriahlah dan keraplah perjumpaan kelab dibuat.
dari tadi britney spears tak habis2 melalak kat speaker cik talamubi ni. baru beli cd mp3 album terbaru dia, in the zone. overall view: GOOD, 4 BINTANG! oklah cik britney, cik talamubi nak balik dah ni. nak masak pulak, penat dah berdisko dangdut dengan awak, esok pulak kita sambung ye...bye. anyway here is one of my fav song from her new album. enjoy!


0 Comments:
Post a Comment
<< Home