zaman dolu2
it's been some time. nothing extraordinary things really happened. macam biasa. pi school, balik, makan, tengok movie atau reality show atau drama jepun. esoknya macam tu lagi dan berulang2.....weekend lak, masak spesel sikit, tengok extra movies, kadang2 keluar buat groceries and begitulah cara hidupku di sini...heheheh, time's running so fast. kejap je dah weekend. sempena raya baru ni, i was really into this drama raya. tak kiralah drama apa pun, teringin sangat nak tengok drama2 raya ni. kadang2 best gak sebab sebab drama2 raya ni selalunya kelakar2. i love cite kelakar, sebab memang nature cik talam kot, suka ketawa2 gitu heheh. sebelum tu dah download satu, cite gitulah raya. i really enjoyed that cite. lawak habis.... memang best gila, mencapai tahap cite fav ku. mungkin pada org lain cite tu nonsense, takpelah, as for me, i give 5 stars for that movie. tak sangka bob ku2 tu lawak gila rupanya, apek and yasin tu toksah cakaplah kan. sham the music director tu pun rupanya pandai berlakon, hamid gurkha and yusni jaafr as always, my fav veteran actors... last sunday, we managed to download another drama raya 'daun ketupat kering'. i read the review, semua org puji habis cite tu, sampai tv1 buat encore...pendapat aku, sah lawak habis aa cite ni....sekali, lepas tengok..Ya Allah, sedih gilaa..mengalir2 air mata...sedih yang amat lah, sampai meninggalkan kesan, rasa menyesal pulak tengok cite tu...it took me almost 3 days to somehow get over the movie...kalau tak, asyik terbayang2 je especially scene last tu...waaa sedihhhhh......
kingdon of heaven was heaven...hehehe...best sehh cite tu, mula2 takut nak tengok, takut bias. biasalah, this american movie, dari kalah boleh jadik menang di vietnam kan. an american movie can always change history. so let the hubby watched it first. his comment: good movie, very fair, ikut history, langsung tak bias....good...my fav drama jepun yang tengah main kat jepun skaang ni pulak, is superb as always, sekarang kat jepun dah episode 6, tapi we just got the english subtitled version until episode 5..the japan-version of meteor garden punya drama ni memang best, laju jalan citenya sebab cite jepun max episode 11-12 and this drama pulak, from the review, they predicted it will have the max of 9 episodes only. kalau cite taiwan ke HK, paling koman 30 episode. so jalan citenya meleret2lah...tapi dalam meleret2 tu yang aku tak pernah miss tu....talking about this cite cina, sejarahnya panjang untuk cik talam. i always be the die hard fan of chinese drama and movie. mula menonton siri drama cina sejak darjah 4 (sebab darjah 4 start sekolah pagi)...sejak tu tak pernah miss tengok cite cina, tiap2 hari 6-7 petang sampailah masuk mrsm masa form 4. lepas satu, satu cite. habis yang ni, next cite lain, tengok jugak. dulu, pi kedai sewa video (dulu takde vcd) dengan kakak, takde lain mesti pinjam cite cina, tak reti tengok cite omputih sangat masa tu, kalau tengok pun cite lawak2. beli video2 kat speedy pun beli cite cina. sampaikan majlis anugerah filem ala academy tapi version hong kong pun aku tak pernah miss (diaorg selalu tayang ni masa chinese new year). sebut je pelakon dan penyanyi mana semua aku kenal. bukan setakat yang femes amos tu, yang jadik pak pacak, pelakon sambilan, semua tahu nama (nama penuh lagik), dalam bilik, melalak nyanyi lagu cina, kaset nya pun ada, nasib baik mak aku sporting, buat tak tahu je, kat sekolah, siap berlakon lagi, masa waktu rehat, berlakon scene cite cina yang ditengok petang sebelumnya, 'ko jadik ini, ko jadik ini, aku jadik ini' bagi watak masing2..esoknya, berlakon episode seterusnya. kiranya ada ulang tayanglah kat sekolah, versi live lagi..kat sekolah pun kawan2 gila tengok cite cina, yelah sebab sekolah convent kan, kawan ramai cina, tapi kawan2 melayu pun sama brand ngan cik talam, semua minat tgk cite cina..masa nak amik upsr, study kat porch tiap2 petang. atas meja siap ada alarm clock. neighbor tanya nak buat apa ngan alarm clock tu. heheh, set masa, pukul 6 kena berenti study sebab nak tgk cite cina. bukan cik talam je, adik beradik semua gitu, my sis and my 2 little brothers. ada satu ketika tu, cite cina femes gila ke keluar kat wayang. zaman dulu wayang buruk jelah, takdelah ala2 tgv macam sekarang...so kami adik beradik pun pegilah. penuh panggung, full house. kami 4 adik beradik je muka melayu...yang lain semua cina...but the good thing is, dari menengok cite cina ni, cik talam bolehlah cakap cina setakat sikit2 tu, boleh paham sikit2 and they are very useful walaupun sikit2. lepas tu satu lagi, cik talam perasan, i can get along woth chinese very easy and very well. dulu masa degree, rapat betul dengan kawan cina. its kinda weird sebab masa tu kat university, cina kawan ngan cina, melayu ngan melayu and etc. bukan takde, ada kita sembang2, borak2 masa kelas dengan yang lain races tapi takdelah rapat sangat. cik talam, oklah rapat ngan diaorg. diaorg siap ajak aku pi singapore (sorang2 melayu, yang lain semua cina), diaorg datang ke bilik di hostel sembang2 (sebab diaorg ni semua duduk luar, tak duduk dalam kampus)...i never have problems be friend with them.
tapi tu dulu, sekarang tak tengok cite cina sangat dah...no time maaa...ehhehe, kecuali masa cuti pantang dulu, aku sakan balas dendam, tengok balik. puas hati. lepas tu bila dah naik keje, mulalah nak kena balik before 6 sebab once dah ikut cite cina ni, berantu, nak kena ikut sampai habis....tulah, cite zaman muda2....sekarang rasanya, drama cina tu ok lagik, tapi movie2 dah kureng...adalah yang best macam infernal affairs 1, 2, 3 tu.....tapi kebanyakannya sekarang ni memang tak tengok sangat dah...insaf...hehehe...
hari ni cadangnya nak keluar jalan2. dah bape minggu, asal weekend ke duduk umah..sekali hari ni snow lak turun. takpe tengok dulu, kalau tup2 dia stop, kita cabutlah....time2 ni rindu lak kat keluarga kat tanahair dan sahabat2 ku...sahabat2 c-club....to cik kieli, selamat hari lahir.....may you enjoy your birthday and semoga all your wish come true...muaaahhhhhh


1 Comments:
Boleh tolong bagi link/torrent "Daun Ketupat Kering" tu? Sy nak sgt download citer tu!
Post a Comment
<< Home